Wednesday, September 13, 2006

Kelana Ilmu ke Bumi Ottawa

September 12, 2006 - 11:50 p.m. Pesawat MAS berlepas dari KLIA menuju ke Frankfurt, transit pertama sebelum tiba di bumi Canada. 13 jam kemudian, sayup-sayup kelihatan Bandaraya Frankfurt menyambut cahaya pagi, dan kami menunaikan Solat Fajar di terminal sahaja.

September 13, 2006 - 10:30 a.m. Kami menaiki pesawat Air Canada menuju point-of-entry Canada, Montreal menjadi destinasi seterusnya. Alhamdulillah, pesanan makanan muslim yang dibuat melalui internet dilaksana dengan baik oleh pramugari Air Canada. Perbezaan ketara antara pramugari Air Canada dan MAS, kebanyakan sudah pertengahan umur... seakan-akan Air Canada menerima wanita tua ada hak untuk bekerja.

1:00 p.m. Kami menjejakkan kaki di Montreal. Urusan imigresen dan kastam berjalan lancar - alhamdulillah, walaupun air mineral dan balm vick dirampas pegawai keselamatan airport Montreal.

2:45 p.m. Kami berlepas menuju Ottawa dengan menaiki pesawat Air Canada Jazz. Penerbangan antara Montreal dan Ottawa mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.

3:20 p.m. Tiba di destinasi - Bumi Ottawa. Ketibaan kami disambut pegawai dari Jabatan Penuntut Malaysia Kanada, En. Nasir. Kami terus dibawa ke rumah Cikgu Tarmizi, Ketua Jabatan Penuntut Malaysia Kanada. Alhamdulillah, tamat sudah pengembaraan selama 28 jam yang melelahkan!

Semoga Allah memberkati usaha menuntut ilmu di bumi Ottawa!

Friday, August 18, 2006

Khas buat Penyokong Ronaldinho

"Ronaldinho Mengharapkan Kejayaan Israel Menentang Lubnan"
Sila klik gambar untuk besarkan...

Thursday, August 17, 2006

27 Rejab - Isra' dan Mi'raj

Saban tahun Hijrah, ramai di kalangan umat Islam tidak ketinggalan menyambut 27 Rejab sebagai malam Nabi sallallahu 'alaihi wasallam diisra'kan oleh Allah subhanahu wa ta'ala dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa. Begitu juga masyarakat Islam di Malaysia. 27 Rejab dianggap tarikh berlakunya peristiwa besar tersebut. Sebelum kita mengambil apa-apa keputusan, elok sekiranya kita lihat pandangan dua tokoh besar zaman kontemporari mengenai perayaan Isra' dan Mi'raj...

1. http://yapis.blogspot.com/2006/08/hukum-menyambut-perayaan-malam-isra.html
(al-Syeikh 'Abd al-'Aziz ibn Baz)
2. http://yapis.blogspot.com/2006/08/berpuasa-sempena-isra-dan-miraj.html
(Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

Sedihnya, acapkali ceramah yang diadakan di masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia sempena perayaan Isra' dan Mi'raj tidak lebih sekadar bingkisan kisah peristiwa tersebut, sehinggakan tidak nampak perbezaan dengan Hikayat Malim Deman, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain. Penceramah-penceramah yang dijemput nyata tidak mengambil faedah dari penulisan tokoh sejarawan Islam, Ibn Khaldun yang menekankan kepentingan pengajaran dalam kajian sejarah. Nyata sekali konsep pengorbanan dalam berdakwah yang dilakukan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, kesukaran dan kepayahan yang merintangi baginda sebelum peristiwa tersebut, kewafatan pelindung baginda - Abu Talib dan Khadijah, penolakan penduduk Ta'if, aduan baginda kepada Allah akan lemah dan kurangya upaya baginda dalam berdakwah - tidak lagi menjadi tema utama ceramah Isra' dan Mi'raj... besarnya peranan solat tidak diberi perhatian, sebaliknya kisah karut-marut yang kononnya dilihat baginda sepanjang perjalanan agung itu yang menjadi fokus ceramah. Aduhai umat Islam Malaysia! Alangkah remeh!!!

Tuesday, August 15, 2006

Kebiadaban Tentera Syi'ah - Mencerca Para Sahabah dan Umm al-Mukminin 'A'isyah

21 REJAB 1427, Laman Mufakkirah al-Islam: Berpuluh-puluh kenderaan tentera 'Iraq (Syi'ah) di sebuah bandar besar mencela para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan Ummu al-Mukminin ‘A'isyah radiyallahu 'anha dengan memainkan lagu-lagu dan muzik-muzik ketika dilaungkan azan maghrib di masjid Sunnah di satu daerah yang terletak di barat Ibu Negara Baghdad. Wartawan Mufakkirah al-Islam yang berada di tempat tersebut menceritakan kenderaan-kenderaan tentera 'Iraq menggunakan pembesar suara memainkan lagu-lagu lucah ketika melalui masjid-masjid Sunnah di daerah tersebut.

Sumber tersebut menjelaskan tentera-tentera ('Iraq yang Syi'ah) sentiasa mencela para sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan Ummu al-Mukminin ‘A'isyah radiyallahu 'anha dengan cara nyanyian. Kebiasaan mereka menperdengarkannya di jalan-jalan dan keadaan tersebut berterusan sehinggalah berita ini disebut. Wartawan Mufakkirah al-Islam di Baghdad berkata: Sekiranya yang dicerca itu isteri atau ibu orang yang cuma mengkhanati ummah dengan pemikiran al-Taqrib (mendekatkan antara sunnah) dengan mereka ini (Syi'ah), terutamanya ketika sekarang ini dengan situasi di Lubnan, sudah tentu mereka (suami dan anak) akan berubah pendirian. Adakah kedudukan dan kemuliaan mereka itu lebih suci dari kedudukan dan kemuliaan Ummu al-Mukminin wa al-Muslimin yang suci lagi disucikan, ‘A'isyah radiyallahu 'anha!!!

http://www.islammemo.cc/news/one_news.asp?IDNews=121803

Monday, July 17, 2006

Menjadi seorang Negarawan



Kursus Kenegaraan
Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sepang, Selangor
13-17 Julai 2006

Alhamdulillah, kursus selama lima hari ini sedikit sebanyak berjaya menerbitkan kembali rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, di mana sejarah pembinaan sebuah negara yang penuh dengan cabaran getir disingkap kembali dengan bantuan penceramah-penceramah, fasilitator-fasilitator dan jurulatih-jurulatih yang hebat. Betapa nikmatnya kemakmuran yang dikceapi hari ini hasil pengorbanan generasi terdahulu, bersama-samalah kita perjuangkan agar kedaulatan negara terpelihara. Pendedahan mendalam mengenai sistem pentadbiran, fungsi-fungsi jentera politik dan institusi keselamatan negara turut menyumbang ke arah pemikiran matang di kalangan parapeserta. Sudah bersediakah anda menghadapi cabaran pada masa muka?

Saturday, May 06, 2006

Perkahwinan dan Tuntutan Islam

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan antara kamu kasih dan sayang..."
[Surah al-Rum, 21].

تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ اْلأَنْبِيَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Kahwinilah wanita-wanita lemah lembut lagi subur, kerana aku akan memenangkan jumlah bilangan umat dengan kamu semua daripada nabi-nabi pada hari kiamat."
[Ahmad dan al-Thabrani, menurut Ibn Hibban hadith ini sahih dari riwayat Anas].

Saturday, April 29, 2006

IE dan Kesesakan di Lebuhraya

APRIL 29, MELAKA: Sesi Penutup. Kesemua peserta dibahagikan ikut kumpulan. Bincang apa masing2 akan lakukan untuk memajukan lagi IE. Kemudian setiap ahli kumpulan diminta berjanji akan melaksanakan apa yg telah dirancangkan. Insya-Allah.

12.00 tgh - check-out. Lunch. Solat. 2.45 petang - bertolak pulang ke kampus dgn bas universiti. Hehehe... dengan tidak tersangka, jam tahap melampau dari Senawang hingga Seremban. 7.30 malam baru tiba di parking Kulliyyah. Buat panggilan untuk Prof. Anas, nyata mereka masih di hotel. Teksi yg dijanjikan terlewat kerana turut terperangkap dalam kesesakan di lebuhraya. Alhmadulillah, nyata mereka berdua menyukai layanan yg diberikan sepanjang berada di Malaysia. Hingga bertemu lagi, insya-Allah akan ku teruskan usaha menyemarakkan IE dan mendaulatkan al-Quran dan al-Sunnah.