Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Saturday, April 25, 2009

Village Park - Second Visit

Kali kedua bersarapan pagi di Village Park, Damansara Uptown bersama-sama isteri tersayang. Maryam dan Aiman tinggal di rumah sebab masih belum bangun. Tujuan utama ialah untuk membayar ansuran pinjaman rumah di OCBC, kemudian alang-alang sudah ke Uptown waktu pagi, singgah sarapan di sana. Ada kisah yang teramat panjang mengenai rumah yang baru dibeli, tetapi akan dikisahkan pada ruangan lain, insya-Allah.

Menu-menu biasa:
Nasi Lemak, Roti Bakar dan Telur Setengah Masak...

Keistimewaan Village Park - milo raksasa... ehh, milo dinosar. Entah, tak berapa ingat yang mana satu. Tapi memang besar. Teringat mug RM 2 kat ofis yang dibeli dari Sungai Buloh.

Hidangan baru kali ini - mee rebus. Asalnya terlihat ada pelanggan di meja bersebelahan yang pesan mee rebus. Nampak macam sedap, terus pesan sepinggan. Memang sedap.

Thursday, April 16, 2009

Treats Cafe TTDI

Haa... makan lagi. Kali ini ke Treats Cafe. Dekat sangat dengan rumah. Treats Cafe ni agak tersorok a.k.a. terpencil. Memang sunyi, bahkan waktu kami sekeluarga sampai, memang tiada pelanggan. Malam itu hanya kami yang makan di situ.

Inilah bahagian depan Treats Cafe.

Aiman dah setahun - big boy dah ni... Semoga menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Di restoran ini ada disediakan kid's corner. Ada buku, permainan, meja, stool untuk menarik perhatian kanak-kanak. Jadi senanglah kalau parents nak makan, sekurang-kurangnya anak-anak akan sibuk bermain.

Aiman seronok bermain sementara menanti hidangan.

Antara makanan yang dipesan:

Salmon

Fish Fillet

Secara keseluruhan, Treats Cafe memang best. Bersih. Layanan mesra. Ada astro. Interior design restoran tampak ekslusif dan mewah. Yang paling best ialah makanan. Fuh, memang sedap! Tambahan pula kebanyakan menu di sini unik. Tak main letak sos lada hitam je, tapi memang tukang masak akan sediakan sos-sos yang tersendiri, macam kat dalam gambar hidangan kat atas. Nak beritahu nama penuh atau sos apa yang digunakan pun dah tak ingat. Kalau ingat pun rasanya tak tahu apa benda pun. Oh ya, restoran ini dimiliki dan dikendalikan oleh Muslim, jadi jangan keliru dengan nama Treats Cafe. Harga pula berpatutan dengan kualiti dan saiz hidangan. Cuba jangan tak cuba!

Lagi gambar dan cerita penuh kat blog berikut bawah tajuk Aiman turns 1.

Friday, April 10, 2009

Restoran Sri Melaka, TTDI

Malam ini asalnya nak try restoran baru kat TTDI - Restoran Cengkih, tapi tak buka. Sebaris dengan Cengkih ialah Sri Melaka, jadi tukar selera ke Sri Melaka pula. Aiman tak ikut, sebab tidur.

Inilah Restoran Sri Melaka TTDI. Menghidangkan juadah Melayu. Persekitaran restoran bersih dan sunyi, hampir-hampir saja menyebabkan suasana romantis. Pelayan pula mesra dan tangkas. Harga mahal, tetapi sesuai dengan keadaan restoran yang tampak ekslusif. Sekali dua saja boleh ke sini, kalau berkala-kala boleh bankrap.

Kat sini, untuk kanak-kanak disediakan set hidangan plastik untuk kanak-kanak.
Tetapi apa kelas Maryam nak guna sudu garfu plastik, tak real! Besi baru real!

Maryam: Sabar menanti hidangan. Orang lain datang restoran mewah pakai cantik-cantik,
saya pakai kaftan je. Saya tak kisah pun.

Mama cuma pesan bihun goreng. Nak diet kot!

Set nasi ayam pandan - baba punya!

Inilah ayam goreng pandan. Dua ketul untuk setiap hidangan. Besar juga!

Sedapnya! Patutlah baba suka minum kopi, memang sedap!
Maryam pun suka.

Dah habis makan. Bila dah nak balik, hujan pun turun. Mari baba,
Maryam payungkan! Kita kan tak boleh kena hujan, nanti demam!

Tuesday, April 07, 2009

Roti Canai Montel

Pagi ini terasa hendak sarapan dengan roti canai. Sekali lagi singgah di medan selera di depan Sekolah Menengah Teknik Gombak. Kalau dulu kena roti canai Sasaran Selera, kali ini ke roti canai Montel pula. Kedua-dua gerai berada dalam blok medan selera yang sama.

Inilah gerai roti canai Montel - penulis sendiri tidak tahu kenapa diberi nama Montel

Ini pula roti canai Montel - dihidang bersama dua jenis kuah - dalca dan kari. Harga sama dengan Sasaran Selera - sekeping roti canai 80 sen. Kualiti roti pun sama, cuma mungkin roti canai montel lebih rangup sedikit berbanding Sasaran Selera (sebenarnya tak banyak beza sangat sebab roti canai Sasaran Selera pun dah rangup). Kuah ada perbezaan. Kalau di Sasaran Selera, disediakan kari dalca pekat. Di sini dalcanya berwarna kuning dan cair. Tapi boleh dapat kuah kari bersama. Bagi penulis, kedua-dua roti canai ini setakat ini memang memenuhi kriteria roti canai idaman hati (eh, perut yang sebenarnya...). Alhamdulillah tak perlu kembara jauh!

Minuman pula di sini lebih banyak pilihan berbanding Sasaran Selera. Yang dalam gambar tu ialah kopi radix 'aircond' (maknanya suruh letak ais kat luar cawan). Minuman paket harganya kalau tak silap RM 2 satu. Layanan pula kedua-duanya baik, tetapi jika dibuat perbandingan, Montel lebih mesra pelanggan. Lagi pula kerana Montel hanya ada dua pekerja berbanding Sasaran Selera yang ada ramai pekerja.

Lagi satu, penulis suka konsep gerai yang menyediakan tempat basuh tangan dalam bekas air macam yang ada kat dalam gambar tu. Betul-betul menggamit nostalgia waktu kecil-kecil dahulu, dan rasa macam dilayan sungguh-sungguh sebab ada orang yang ambil berat menyediakan air untuk basuhan tangan. Kalau ada sinki tu dah jadi perkara biasa, tapi bila ada bekas air dekat dengan kita rasa macam dilayan sebagai tetamu betul...

Rupa-rupanya ada satu lagi gerai roti canai yang baru beroperasi di sebelah Montel. Maknanya sekarang ada tiga gerai roti canai di sini. Insya-Allah ada peluang cuba gerai yang baru pula.

Monday, April 06, 2009

Dinner di Shoru, Kelana Jaya

Malam ini ada makan besar. Semua ahli keluarga terlibat. Oleh sebab ramai sangat, buat survey dulu nak makan apa. Majoriti nak makan western food. Kemudian baru decide nak makan kat mana. Keputusan yang dicapai ialah Restoran Cowboy di pinggir tasik di Taman Bandaran Kelana, berhampiran Stadium MBPJ di Kelana Jaya. Sampai di sana lebih kurang pukul 8 malam, nampaknya restoran berkenaan tidak lagi beroperasi. Memandangkan masing-masing sudah lapar, semua setuju untuk makan di Restoran Shoru, di sebelah bangunan MAS.

Char koay teow special - sedap. Memang sedap char koay teow kat sini, cuma kena hati-hati sikit berkenaan kualiti udang - kadang-kadang sudah hampir busuk.

Gerai Char Koay Teow Gurney di Restoran Shoru


Maryam: "Mana makanan saya tak sampai lagi, dah lama tunggu..." (sambil menepuk meja)
Aisar: "Eh, apa la kecoh-kecoh tepuk meja, sabar sekejap lagi sampai la."

Maryam: "Awak penyabar, saya tak..."

Maryam: "No - no take my picture, please... nak makan ni."

Aiman - sedang khusyuk merenung makanan

Parking tiada masalah sebab sebelah restoran ada kawasan lapang yang luas. Ada gerai cuci kereta lagi. Restoran Shoru adalah main anchor restaurant di sini, menyediakan makanan barat dan siam. Menurut ahli keluarga yang makan makanan barat, kualiti makanan sekadar boleh diterima. Manakala yang makan makanan siam pula memberi komen yang baik - memang sedap. Selain itu, ada banyak gerai kecil yang mengelilingi ruang makan, tapi hampir kesemuanya sudah tidak beroperasi kecuali Gerai Char Koay Teow Gurney dan gerai roti canai. Ada roti canai walaupun sudah malam. Cuma layanan sangat kurang baik, terutama pembuat roti canai. Apabila ingin menambah pesanan roti canai, pembuat roti canai akan menjawab dengan kasar, seolah-olah pesanan tambahan kita telah menambah bebannya untuk menebar lagi roti canai. Kemudian, ada sekali salah seorang bayi (baby) tertumpahkan air. Jadi bila diminta tisu, pembuat roti canai tadi akan ke belakang mengambil seberkas tisu dan mencampakkannya di meja roti canai. Jadi bersedialah anda untuk mengambil tisu itu dan mengelap meja sendiri.

Saturday, April 04, 2009

Sarapan di Village Park, Damansara Uptown

Weekend. Hari Sabtu. Ambil kesempatan sarapan bersama keluarga. Lebih kurang pukul 8 pagi, penulis dan keluarga menuju ke Damansara Uptown. Lokasi yang dituju ialah Village Park Restaurant yang sememangnya terkenal dengan nasi lemak dan nasi dagang. Kena datang awal sebab kalau lambat susah nak dapat meja.

Suasana dalam restoran yang sesak dengan pelanggan

Nasi lemak dengan rendang daging - sedap tak terkata!

Telur setengah masak, roti bakar lagi - banyaknya makanan... Boleh habis ke? Alang-alang nak datang pun susah, dah dapat meja pesan je la banyak-banyak.

Air kosong je ke? Apa kelas Maryam nak minum air kosong. Nak kopi ais la!

Aiman dah siap nganga mulut, tunggu makanan masuk saja ni.

Biarpun ramai pelanggan, layanan cepat. Kualiti makanan memang lazat, harga pun berpatutan walaupun agak tinggi sedikit sebenarnya - tetapi padan dengan kualiti makanan. Harga dan kualiti nasi lemak di sini jauh lebih baik berbanding Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. Pemilik restoran adalah Cina Muslim - jadi jangan lepaskan peluang makan di kopitiam milik Muslim.

**Soalan kuiz kali ini: Cuba teka siapa yang telah pergi ke Restoran Village Park tanpa sempat mandi? Dengan sukacitanya Aiman beritahu hint: perhatikan pakaian kami...

Friday, March 27, 2009

Pasar Kubang Pasu dan Perjalanan Pulang ke Kuala Lumpur

Hari ini semua sudah bersedia untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Pagi selesai mengemas barang, terus ke Pasar Kubang Pasu, beli kuih-muih untuk sarapan pagi. Kemudian dari sana terus ke Jalan Che Su, singgah sarapan di Kopitiam Khuan Heong Yan. Kalau kat tempat lain jangan haraplah kalau nak singgah makan di kopitiam Cina. Pengecualian hanya untuk Kota Bharu. Kali pertama masuk ke sini memanglah agak kekok, tetapi apabila melihat ramai sahaja orang Melayu yang turut makan, akhirnya rasa biasa. Bukti integrasi kaum lebih berjaya di Kelantan berbanding tempat lain.

Inilah Pasar Kubang Pasu - pasar tidaklah sebesar mana, tetapi meriah dengan pelbagai jenis makanan yang dijual. Murah pula tu. Cuma nak cari parking ada sedikit masalah. Gambar pasar kurang memuaskan disebabkan terpaksa diambil dari dalam kereta. Budaya Malaysia - jika tiada parking, kita double park sahaja. Tapi pemandu perlu ada dalam kereta kalau-kalau menghalang jalan.

Ini pula Kopitiam Khuan Heong Yan - jangan mudah tertipu dengan papan tanda kedai yang baru, sebab kopitiam ini sudah lama. Perabot dan susun atur di dalam juga lama. Teknologi pun lama. Buktinya, cuba pesan telur setengah masak. Telur-telur perlu beratur menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam bekas air panas yang hanya boleh memuatkan dua biji telur pada satu-satu masa. Kalau pesan roti bakar juga suspense, sebab selalu sangat roti hailam habis.

Bila perut dah kenyang, penulis dan keluarga mula bergerak meninggalkan Kota Bharu melalui Jalan Kuala Krai-Gua Musang. Singgah untuk solat dan makan di R&R Gua Musang. Kemudian singgah lagi di Medan Selera Majlis Agama Islam Pahang di Raub untuk minum petang. Layanan tak mesra, ada ke patut dah pukul 5 petang belum ada masakan panas! Agaknya sebab lauk-pauk untuk nasi putih masih banyak, jadi pemilik restoran tidak mahu memulakan khidmat ala carte walaupun dah petang. Mee kari saja yang sedap. Kebersihan boleh diterima, walaupun kalau nak diikutkan perlu bersih lagi sesuai dengan imej Majlis Agama Islam Pahang. Layanan itu perlu diperbaiki lagi. Tandas pun sama.

Keluar dari terowong Genting Sempah hujan lebat. Ada banyak kemalangan di sana sini sepanjang lebuhraya menuju ke Gombak. Lega sangat bila sampai di Taman Tun Dr Ismail.

Thursday, March 26, 2009

Makan Malam di Syam Restaurant

Makan malam di Restoran Syam di Jalan Abdul Kadir Adabi. Restoran ini dah lama beroperasi, tetapi sudah di'rennovate' dan tampak eksklusif. Dua tingkat. Layan!

Tak sempat ambil gambar makanan kerana memory card sudah penuh. Maaf ya!

Secara keseluruhan, Restoran Syam memang bersih. Layanan yang diberi juga baik. Kualiti makanan sedap. Harga berpatutan, bahkan murah sebenarnya. Lebih baik ambil set dinner mengikut bilangan pengunjung.

Eh, sebenarnya ada gambar makanan, tersimpan dalam handphone lain.

Inilah suasana dalam restoran di tingkat atas. Mewah. Chandelier terang sangat, imej tak sharp.

Udang masak mentega (yakni buttered prawn) adalah hidangan wajib keluarga, memang sinonim sejak berzaman dahulu. Tak tahu kenapa setiap kali makan di restoran masakan Cina mesti ada menu ini. Kat belakang tu ialah ayam goreng mangga. Sebab selalunya pesan ayam masak lemon, kali ini nak cuba kelainan jadi pesan ayam goreng mangga. Ingatkan special macam masak lemon, tapi rupanya ayam goreng tepung dengan kerabu mangga. Tapi kira ok la juga sebab dapat ayam goreng dengan kerabu mangga sekaligus.

Menu utama pada malam tersebut: Kerapu masak nyonya. Sedap. Ada rasa pedas-pedas masam sikit. Sewaktu hidangan sampai, api kat bawah ikan menyala kuat sangat, terpaksa minta pelayan cepat-cepat padamkan, sikit lagi dah nak hangit!

Nasi Kukus Awal

Selepas lebih kurang dua jam membeli-belah di Pasar Besar Siti Khadijah, perut mula berasa lapar. Kali ini penulis dan keluarga sepakat untuk mencuba di Gerai Nasi Kukus Awal pula. Gerai Nasi Kukus Awal terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi.

Pekerja gerai sedang sibuk menggoreng ayam

Nasi Kukus Awal - pilihan lauk-pauk yang ada

Suasana di Gerai Nasi Kukus Awal

Kawah besar untuk menggoreng ayam

Ayam kampung yang sudah siap digoreng

Banyaknya ayam yang sudah diperam - menunggu giliran untuk digoreng

Enam nasi kukus, enam ayam kampung, seekor bawal, hati ayam dan perut kesemuanya berjumlah RM 32. Macam tak percaya pula. Balik rumah di Jalan Bayam, singgah beli air di Gerai Pak Lah. Makan dan berehat. Petang pula baru keluar lagi.

Sarapan di Gerai Pohon Kekuk

Seperti biasa, sudah menjadi kemestian apabila ke Kota Bharu mesti singgah bersarapan di Gerai Pohon Kekuk di Jalan Dato' Lundang, depan Balai Islam Negeri. Hidangan utama ialah nasi dagang dan nasi berlauk. Ada dua barisan untuk pengunjung beratur, satu untuk pengunjung yang ingin makan di sini manakala satu lagi untuk yang beli bungkus. Kuih-muih juga ada, tetapi tidak banyak pilihan.

Pilihan lauk-pauk nasi dagang dan nasi berlauk

Kali ini ada tarikan baru di sini. Hidangan ikan bakar dan daging bakar. Sedap dan layan!

Selesai sarapan terus menuju ke pusat bandar.

Rumah Pusaka Jalan Bayam

Rumah pusaka keluarga Tok Ayah terletak di Jalan Bayam, di belakang Hotel Perdana. Ada kira-kira enam buah rumah sahaja di sini. Sebelah rumah ialah Taman Didikan Kanak-kanak Homalee, jadi di sebelah pagi riuh rendah dengan pelbagai aktiviti.

Tadika Homalee sebelah rumah Tok Ayah -
sedang bersenam sambil menari mengikut rentak lagu Siam

Di persimpangan jalan masuk ke kawasan rumah, ada gerai Pak Lah. Macam-macam makanan, dari nasi dagang sehingga ke pelbagai jenis kuih. Yang istimewa di sini ialah minuman. Memang 'kaw!'

Pak Lah sedang menyediakan minuman yang dipinta pengunjung

Tengok sahaja betapa ramai pengunjung gerai Pak Lah - sesak dengan makanan, dan pengunjung pelbagai bangsa juga sanggup duduk bersesak-sesak. Kalau tak best takkan orang sanggup bersesak-sesak, kan?