Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Saturday, February 14, 2009

Pulang ke Kuala Lumpur


MARYAM: Saya dah lama praktis suap susu kepada Si Botak. Sekarang adalah masanya untuk mempraktikkan segala ilmu di dada. Mari Aiman, kakak suapkan susu. Inilah adik saya, Aiman.

Hari ini nak balik Kuala Lumpur. Dah tiga minggu kami pulang bercuti di Pulau Pinang. Seperti biasa, singgah sebentar di Restoran Hameediyah beli nasi beriyani dan ayam ros, bungkus bawa balik KL. Pukul 5:00 petang kami bergerak meninggalkan Pulau Pinang. Singgah di Stesen Petronas Sungai Perak untuk isi minyak. Dalam perjalanan kami, di lebuhraya arah utara dari Kuala Kangsar sampai Ipoh banyak polis bersenjata berkawal, ambulans dan bomba. Ingatkan ada penjenayah yang diburu sebab banyak senjata, rupa-rupanya ada majlis penting di Kuala Kangsar. Kemudian saya muntah, berhenti sebentar di Behrang. Tak lama lepas tu Aiman pula muntah, kena berhenti lagi di R&R Ulu Bernam. Tiba di Taman Tun Dr. Ismail sekitar jam 10:00 malam.

Thursday, February 12, 2009

Guru Besar yang Garang!


Lagak seorang Guru Besar sedang mendisiplinkan anak murid.

"Dengar sini, awak jangan nakal-nakal. Kalau tidak, cikgu pukul tangan awak dengan senduk ni. Faham?" "Faham cikgu. Tapi kenapa cikgu pun kecil macam saya je?"

Pagi ni dua-dua Maryam dan Aiman belum mandi. Aiman duduk dalam walker sambil tengok ke luar, Maryam pula dengan senduk kayu. Dari semalam dia bawa senduk tu naik bilik tidur, pagi ni bawa turun semula.

Wednesday, February 11, 2009

Lagak dan Aksi Aiman


Rancangan SpaQ 2 dah habis. Mana remote control? Nak tukar channel.
Aiman tolong cari remote control. Eh eh, terjatuh pula!


Inilah rancangan favorite Aiman. Asal ada azan atau bacaan al-Quran, mesti tengok.


Aiman sedang menggigit puting botol susu dengan ganas sekali. Botol susu terlepas jatuh, Aiman terus kejar sampai ke kipas angin. Perhatian teralih pula kepada wayar charger telefon.


Pemain DVD menarik perhatian Aiman. Cuba nak berdiri,
tetapi bila dah duduk bersimpuh kaki susah nak berdiri. Hampir nak jatuh.


Masih lagi mencuba.
Align Center

Sudah petang, kami nak keluar!


Waktu petang. Kedua-dua Maryam dan Aiman sudah tak sabar hendak keluar.
Mama pula sibuk tengok Anak Betong. Baba tengah makan pasembor.

Sarapan di Medan Suri, Sungai Nibong

MARYAM: Tadi saya kelam kabut bersiap sebab nak ikut mama, baba dan maktok pergi sarapan dekat Medan Suri, Sungai Nibong. Ala, dekat dengan Masjid Jamek Sungai Nibong dan Terminal Bas Ekspress Sungai Nibong. Ramai orang cakap, roti canai sini best. Jadi kami datang nak cuba. Medan selera ni dah lama.

Mama makan nasi lemak. Lauk banyak. Nasi ok, cuma sambal saja tak syok.
Letak ayam, telur goreng dan ikan bilis, harganya RM 4.40.

Saya makan nuget ayam. Dua ketul saja. 40 sen satu.

Tengok saya makan nuget. Nak ke...?

Inilah roti canai yang orang sebut-sebut tu. Gerai Roti Canai Salam.
Roti canai orang Melayu yang buat, bukan mamak. Roti sedap, kuah pun ok.

Ini pula roti tampal. Menu hanya ada dua, roti canai kosong atau roti tampal. Roti jenis lain takde, mungkin sama ada perempuan yang masak itu tak tahu buat, atau mungkin sebab dia nak jimatkan masa memasak untuk pelanggan.

Saya masih lagi berusaha menghabiskan nuget saya.
Tak lama selepas ini garfu dan nuget terjatuh ke lantai. Tinggal satu nuget sahaja.


Saya sedang berusaha makan nuget.

Sebelum pulang, mama tapau nasi dalca sebungkus. Untuk makan tengahari. Balik singgah pekan Sungai Ara cari surat khabar.

Bangun Pagi


Pagi. Seperti biasa, Aiman bangun awal. Subuh dah bangun. Sekarang dah siap mandi. Maryam pula baru bangun. Jadi dua-dua terus bermain sama-sama. Tocang Maryam tercabut sebelah, tinggal sebelah saja sejak semalam.


Bila nampak mama dan baba dah bersiap nak keluar, apa lagi kelam-kabut Maryam nak mandi sebab nak ikut sama.

Thursday, February 05, 2009

Dah petang, kena balik rumah!


MARYAM: Saya baru balik main. Sebenarnya saya belum mahu balik, tetapi dah lewat dan mama suruh balik. Itu yang saya protes. Mama pujuk suruh minum susu, saya pun macam okaylah.


Aiman pun nak susu, jadi saya tolong pegang botol. Kemudian ada iklan vitagen, minuman kegemaran saya. Setiap kali iklan vitagen keluar mesti saya suruh semua orang lihat juga.


AIMAN: Emm... sedapnya susu ni. Puting botol ni pun sedap juga kalau digigit.


Inilah antara pantang larang kakak saya. Dia pantang tengok barang-barang mainan dia disimpan kemas. Dia mesti nak selerakkan, sedangkan dia bukannya nak bermain sangat pun.


Dinner malam ni saya makan laksa. Jom botak makan sekali.