Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Friday, July 24, 2009

Kaki atau Buntut?

Maryam and Aiman love this video song:



Whenever they were fighting with each other, we open this video and both of them will immediately stop fighting and watch it. This song originates from Indonesia. After such a long while, there is a word that we did not understand.

Baba: Bebek tu apa ya? Kalau nak kena potong baru masak, maknanya bebek tu kaki la, kan?
Mama: Bebek tu buntut la. Maknanya potong buntut angsa baru masak.
Baba: Ye ke bebek tu buntut? Bukanke kat Indonesia sup buntut tu maknanya sup ekor?
Mama: Eh, tak percaya pula dia. Jom tanya Non (our maid, she's from Indonesia). Non, bebek tu apa? Buntut kan?
Non: Bukanla. Bebek tu maknanya itik, sejenis itik berleher panjang.
Mama: Oh, ye ke? Itik rupanya...

Maknanya potong itik angsa la dalam Bahasa Melayu... HAHAHA, dua-dua salah. Sorang kaki, sorang buntut. Enjoy the song!

Lawak Nini

Ada dua pau yang bersahabat baik, pau kaya dan pau kosong.

Satu hari, kedua-duanya telah pergi menonton wayang. Filem sedih. Di akhir cerita, pau kaya menangis teresak-esak, tetapi pau kosong 'cool' sahaja.

Kenapa pau kaya sahaja yang menangis?

Seperti biasa, semua anggota keluarga Nini terus mengalah dan meminta jawapan dari Nini.

Jawapannya, sebab pau kaya ada 'filing' (feeling), pau kosong pula takde inti, sebab tu pau kaya sahaja yang menangis.

Camana pula pau kosong tu boleh jadi kosong? Mungkin sebab tukang masak pau lupa nak letak inti kacang merah.

Wednesday, May 27, 2009

Takaful Ikhlas

Tadi adalah perjumpaan kali kedua bersama Afyan, sahabat sewaktu masih sama-sama menuntut di UIAM. Afyan kini menjadi agen Takaful Ikhlas. Dua minggu lepas adalah perjumpaan pertama kami di mana Afyan telah menerangkan dua produk Takaful Ikhlas, iaitu Medical Card dan Takaful Savings. Untuk Medical Card, penulis telah mengambil polisi dengan Lonpac Insurance sejak Oktober tahun lepas. Setelah Afyan sendiri melihat jadual manfaat Lonpac, katanya jadual manfaat Lonpac lebih menarik dan murah berbanding Takaful Ikhlas. Cuma beza ketara ialah dengan Lonpac, sekiranya pelan kesihatan menyatakan had bilik hospital RM 220 semalam untuk twin-sharing, kalau nak tukar kepada bilik single yang berharga RM 450 maka pesakit perlu bayar 20% daripada jumlah keseluruhan bil. Walhal dengan Takaful, pesakit hanya perlu top-up bilik dengan duit sendiri.

Walau bagaimanapun, selepas mendengar penerangan Afyan dan membaca di internet, baru benar-benar sedar akan kepentingan untuk melanggan perlindungan takaful. Ini disebabkan penulis seorang sahaja bekerja dan perlu menanggung keluarga. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada penulis, maka kemungkinan keluarga akan menanggung beban kerana hilang sumber kewangan. Oleh itu, penting bagi mereka yang memiliki banyak tanggungan yang tiada sumber pendapatan untuk mendapatkan perlindungan takaful. Bagi yang ditanggung tidaklah penting sangat untuk mendapatkan skim perlindungan takaful.

Penerangan mengenai skim-skim takaful pastinya telah banyak ada di internet. Posting ini sekadar satu seruan untuk menggalakkan semua pembaca yang memiliki tanggungan tanpa punca pendapatan untuk mendapatkan perlindungan takaful. Seperti yang Afyan terangkan, tujuan utama takaful bukanlah untuk pelaburan, tetapi yang lebih mustahak ialah perlindungan.

Boleh ziarah Afyan di laman web beliau: www.afyan.com dan laman web Takaful Ikhlas di: http://www.takaful-ikhlas.com.my/

Wednesday, May 13, 2009

Blog Metro

Sudah terlalu banyak entri di Seri Negara yang berkisar tentang makan-makan dan aktiviti-aktiviti santai bersama keluarga tersayang. Kini Seri Negara tidak perlu lagi dipenuhi dengan entri-entri sebegini, kerana sudah ada satu lagi blog yang istimewa:

Lady Imia Evolym

Semoga lebih banyak kisah yang dapat digarap dengan baik dari pelbagai sudut kehidupan di sana. Buat kenangan anak-anak di masa muka, dan kenangan bersama tatkala meniti usia senja.

Thursday, April 16, 2009

Naruto dan Sakura?!

Hari ini mama bawa Maryam, Aiman, Farihah, Faiq dan Aisar ke playground kat IKANO.

Gambar ni nampak macam Faiq baru je lepaskan bebola api, Maryam pula baru tengah nak hasilkan bola angin rasengan!

Hahaha... pengaruh anime zaman baba muda-muda bujang trang tang-tang. Cerita penuh dan gambar-gambar di IKANO ada di blog berikut dengan tajuk Ikano Mutiara Damansara.

Aiman genap setahun hari ini.

Datang waktu hari kerja, baru dapat bermain dengan selesa dan puas! Takde orang, melainkan Maryam, Aiman dengan sepupu-sepupu sahaja.

Tuesday, April 14, 2009

Swimming Day

Hari ini Maryam dan Aiman, bersama-sama dengan sepupu mereka, Aisar, pergi ke rumah sepupu mereka, Farihah dan Faiq di Emerald Damansara Perdana. Budak-budak memang suka swimming!

Maryam dah sedia dengan beg sandang. Bakal ratu renang ni...

Aisar tak sabar nak swimming. Cuma tak tahu kenapa setiap kali ambil gambar, mesti Aisar genggam kedua-dua tangan dan letak kat mulut.

Baba tak berpeluang ambil gambar Maryam, Aiman dan sepupu-sepupu swimming sebab baba pergi kerja. Bila balik kerja sahaja...


Maghrib dua-dua dah tidur! Banyak sungguh faedah swimming, bukan saja badan sihat, ibu bapa juga ada masa boleh berehat!

Saturday, March 21, 2009

Bersiar-siar di The Curve Damansara

Selesai mandi, semua bersiap untuk berjalan-jalan di The Curve. Ramai orang, maklumlah cuti hujung minggu. Flea market penuh dengan macam-macam jenis barang. Ada satu gerai yang jual dress kanak-kanak. Jualan penghabisan stok, hampir kesemua jenis dress dijual pada harga RM 25.

Maryam dan Aiman dalam stroller di The Curve

Lebih kurang pukul 6 petang baru pulang ke TTDI. Lihat saja keadaan Maryam dan Aiman sebaik sahaja naik kereta, benar-benar keletihan:

Maryam

Aiman

Swimming kat Royale Bintang Damansara

Petang lepas makan tengahari terus ke kolam mandi The Royale Bintang Damansara. Maryam dan Aiman tukar pakai swimming suit dan mandi. Oleh sebab baru pukul 3 petang, kolam sunyi. Hanya kami sekeluarga yang ada.

Sempat rakam beberapa keping gambar dan satu video sahaja. Dua-dua excited dapat mandi kolam.

Maryam sedang warming up

Aiman sudah masuk kolam

Maryam rehat kejap

Maryam mengharung air di tengah kolam

Maryam di bibir kolam

Gaya seorang jaguh renang

Aiman dalam kolam

Aiman di tepi kolam


Video Maryam dan Aiman, memori telefon dah habis, itu yang video terlalu singkat

**p/s: Kemudahan surau dan tandas ada di sebelah kolam mandi, bersebelahan dengan Spa.

Ujian Kolestrol dan Restoran Santai TTDI

Pagi ini ada ujian untuk periksa tahap kolestrol dalam darah di Sinaran Pharmacy. RM 10 seorang. Pagi-pagi lagi dah ramai orang beratur di luar farmasi. Penulis dan isteri mendapat nombor giliran 14 dan 15. Ada dua pegawai makmal yang mengambil darah sampel. Tidak perlu menunggu lama. Selesai sampel darah diambil, ada peluang untuk periksa tahap kandungan gula dalam darah pula. RM 3.50 setiap seorang. Keputusan ujian gula terus diperoleh. Tahap gula penulis ialah 5.3, masih ok walaupun sudah dekat dengan 6.0. Keputusan kolestrol perlu tunggu tiga hari. Kemungkinan Khamis sudah boleh dapat keputusan.

Sinaran Pharmacy.

Untuk mendapatkan ujian yang tepat, calon dinasihatkan agar berpuasa. Jadi tidak boleh makan sebelum ujian. Habis sahaja membayar wang ujian, penulis dan isteri terus menuju ke Restoran Santai yang tidak jauh dari Sinaran Pharmacy.

Restoran Santai. Sedap atau tak, lihat sahaja kereta-kereta
pelanggan yang 'double-park' di luar restoran.

Dapur Santai.

Suasana bahagian dalam restoran dan kaunter pembayaran.

Restoran Santai terkenal dengan masakan Thai. Tetapi sebelah pagi takkan nak makan tomyam. Ada nasi lemak, mee, lontong dan laksa. Kuih-muih pun ada. Kebersihan restoran terjaga dengan baik. Sekiranya tidak merokok, lebih baik duduk di dalam restoran. Gaya reka bentuk restoran adalah bercirikan tradisional Melayu. Kualiti makanan dan minuman pun baik. Memang sedap.

**Keputusan ujian kolestrol diperoleh pada hari Rabu, tatkala penulis dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu. Tahap kolestrol ialah 4.6, masih di tahap ok juga.

Friday, March 13, 2009

Taman Tasik Lembah Kiara

Petang. Jika keadaan cuaca mengizinkan, antara tempat yang selalu dikunjungi ialah Taman Tasik Lembah Kiara berhampiran Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Maryam dengan Aiman seronok sangat. Cuba tengok...


Maryam asyik berlari ulang-alik dari tempat mama dan baba duduk
ke tempat permainan. Faiq pun macam tu.

Maryam dan Faiq memerhatikan sesuatu, tetapi macam takut-takut sikit nak pergi dekat. Itulah penghuni taman, monyet-monyet.

The big boy. Aiman dah bosan duduk ke? Kejap baba keluarkan dari stroller.


Aiman yang sangat teruja bermain. Habis seluar kotor.
Maryam terpaksa tolong tenangkan sama.


Aiman dah pandai panjat anak tangga. Seronok betul dia hari ini.

Sunday, March 08, 2009

Pop Loli dan Blok

Hah, buat apa dua orang tu? Zoom sikit benda kat tangan tu.
Aiman dah siap bawa masuk dalam mulut.

Oh, Aiman makan lolipop. Maryam tak makan ke?

Hahaha... sorok kat tangan ye Maryam? Aiman cuak takut baba ambil lolipop. Kecil-kecil dah pandai makan. Kenapa Maryam punya lolipop special ada dua warna? Sebab asalnya ada aunty dia beli lolipop branded sikit, tapi dah Maryam minta, terus bagi. Pandai pula pilih yang branded.

Thank you Aunty Ana.
Keesokan harinya baba terjumpa lolipop Aiman kat sinki, dah cair dah.

Ini pula binaan blok pertama oleh Maryam. Amacam, ok tak belajar dari baba ni?

Wednesday, February 18, 2009

Ziarah ke SMAPK

Berkoyan-koyan! Itulah perkataan yang menggambarkan jumlah kitab penulis yang ada dalam simpanan Masjid Al-Ihsan, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Semenjak belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berjinak-jinak dengan aliran tajdid, setiap siswa dan siswi sangat-sangat disarankan oleh para pensyarah dan guru-guru agar merencanakan perpustakaan sendiri. Perpustakaan tersebut mesti terdiri daripada kitab-kitab utama dan asasi Islam yang dikarang oleh para sarjana Islam. Setiap kali adanya pameran buku antarabangsa di PWTC saban tahun, maka berbondong-bondonglah siswa-siswi mencari kitab-kitab tersebut. Perbelanjaan membeli kitab lebih utama daripada perbelanjaan makanan! Hasilnya, apabila siswa-siswi ini menamatkan pengajian, masing-masing telah ada koleksi perpustakaan tersendiri.

Sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Ottawa, Kanada pada September 2006; pada awalnya penulis bercadang untuk membawa pulang kitab-kitab tersebut ke kampung. Namun, atas cadangan sahabat baik sekolah dahulu, lebih elok jika kitab-kitab tersebut dipinjamkan kepada Masjid Al-Ihsan di sekolah menengah penulis dahulu. Sekurang-kurangnya selama dua tahun, para pelajar sekolah boleh membaca dan beroleh manfaat dari koleksi kitab-kitab tersebut.

Masjid Al-Ihsan ada sejarah tersendiri. Dahulunya sebuah surau, tatkala penulis di Tingkatan 2 (1995) ia telah dinaik taraf dari sebuah surau sekolah kepada masjid. Tidak perlu lagi berjalan keluar untuk Solat Jumaat di Masjid Jamek Sungai Sekamat. Pada waktu itu, Masjid Al-Ihsan adalah masjid pertama yang ditubuhkan di sekolah di Malaysia. Ditadbir dan diurus oleh para pelajar dengan panduan guru-guru.

Kini selepas dua tahun setengah, penulis kembali ke sekolah lama untuk mengambil semula kitab-kitab tersebut. Kali ini ditemani seorang rakan sekolah yang kini sama-sama bekerja di UIAM. Selesai mengambil kitab-kitab, sempat juga singgah di bangunan sekolah dan bertemu kembali dengan para guru sekolah. Masih ramai guru-guru lama yang terus berkhidmat dengan sekolah, biarpun ramai juga yang telah berpindah. 11 tahun adalah tempoh yang lama. Selepas 11 tahun, baru penulis kembali menjenguk sekolah lama. Sememangnya banyak yang telah berubah. Kebanyakan guru menasihatkan penulis dan rakan agar menjaga kesihatan dan berlaku baik kepada isteri dan anak-anak. Insya-Allah...

Thursday, February 12, 2009

Rokok Daun, Si Botak dan Sembur Nyamuk


Maryam suka selerakkan rokok daun tokwan. Kali ni Aiman join sama. Dah masuk mulut dah. Maryam cuba nak ambil rokok kat mulut Aiman, tiba-tiba Si Betty sedang berjalan ke ruang tamu. Sepantas kilat Maryam terus bangun dan kejar. Oh, nampak tak mainan baru diorang? Harap benda tu boleh bertahan lama.


Sekarang Maryam dan Aiman berebut nak main Si Botak pula. Bila susah sangat nak rebut, Aiman tercapai sebatang daun rokok dan terus masuk mulut. Maryam pula bahagia dengan Si Botak.


Cuba teka apa yang Maryam buat? Oleh sebab kes denggi yang semakin darurat dan kurangnya tindak balas dari jabatan kesihatan, Maryam sedang sembur racun nyamuk. Hahaha... sebenarnya Maryam sedang main pam. Tapi muncung pam dihala ke orang.

Tuesday, February 10, 2009

Selamat Malam

Semenjak balik kampung ke Penang, Maryam sudah tidak tidur siang. Banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat di kampung. Lasak. Kawan-kawan rumah sebelah pun ramai. Lari sana, lari sini. Mandi kolam. Selepas pulang dari Tanjung, Maryam terus bermain. Berikut ialah akibat terlalu letih bermain...


Selamat malam semua!

Bermain di Petang Hari

Petang. Semua sudah mandi.

MARYAM: Kawan-kawan rumah sebelah panggil ajak main.
Sekarang saya sedang bersembang dengan diorang semua.

MARYAM: Saya masih lagi bersembang.


AIMAN: Kenapa saya asyik ditinggalkan dalam rumah sahaja...!

MARYAM: Bye bye! Esok main lagi!

Jual Murah di Campbell Street dan Bazar Chowrasta

Petang ini ke Campbell Street, ke bazar di sana. Lebih dikenali dengan nama 'Jual Murah' di kalangan masyarakat Pulau Pinang. Kawasan yang terkenal sebagai tempat membeli-belah kain baju dan macam-macam lagi. Aiman tinggal di rumah, Maryam sahaja yang ikut. Maktok nak beli kain sikit buat berniaga. Seperti biasa, kami parking di tempat letak kereta MPPP Jalan Argyle. Dulu sejam 60 sen, sekarang dah naik 80 sen. Jauh lebih murah dari kawasan parking swasta, RM 3 untuk setiap 45 minit.

Inilah gerai nasi kandar 'Line Clear' yang famous tu. Gerai kecil dan sempit, kat celah-celah bangunan. Ramai orang luar minat sangat dengan nasi kandar 'Line Clear.' Dulu pernah juga ke sana nak try. Memang sesak dan ramai pelanggan. Tapi melihatkan persekitaran gerai yang kurang hygenik, hilang selera. Hey, itu kami. Cerewet bab-bab kebersihan restoran. Biarpun persekitaran sebegitu, pelanggan tetap sesak.

Maryam sedang berjalan sambil melihat kedai-kedai sepanjang Penang Road.

Penang Road yang sesak dengan kenderaan. Boleh nampak gerbang Campbell Street sebelah kiri. Trek tram pun masih elok, boleh nampak dekat tengah-tengah Penang Road.

Itulah KOMTAR, bangunan tertinggi di Pulau Pinang dan pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Inilah gerbang masuk Campbell Street.

Maryam dah start masuk kawasan bazar. Lorong sempit, kiri kanan penuh kain baju. Amaran: kawasan bazar suasananya panas, jadi jangan pakai baju tebal.

Inilah suasana dalam bazar. Kat sini kena tawar. Kalau tak tawar memang rugi. Waktu tawar tu kalau boleh cakap loghat Penang lagi bagus. Boleh dapat murah. Sebab itu orang Penang panggil 'Jual Murah.'

Maryam sedang duduk di bangku sambil menunggu mama dan maktok pilih kain.

Lama sangat tunggu, Maryam dah start merengek.

Ada mamak cuba nak mengurat Maryam. Terus Maryam jelirkan lidah.

Oleh sebab dah sampai waktu susu, Maryam pun minum susu kat gerai di bazar, sambil mama dan maktok terus cari kain.

Cantik kain-kain kat sini. Tudung-tudung kat atas rak tu semua yang mama pilih. Banyak. Kat sini boleh dapat RM 10 satu. Kat pasar malam Jumaat lepas mama beli satu RM 18. Pashmina pun RM 10. Semua RM 10 la senang kira, mamak tu cakap. Dapat murah sebab kawan lama. Dulu waktu maktok sekolah darjah satu lagi dia selalu datang dengan toknek beli kain. Waktu tu mamak tu pun kecil lagi. Sekarang masing-masing dah ada cucu.

Maryam renung apa tu?

Oh, Maryam pun nak pilih kain juga?

Lepas habis beli-belah, singgah gerai cucur udang di bazar. Kat celah-celah gerai bazar yang jual kain baju, ada satu gerai makan. Cucur udang la yang best kat sini. RM 1.80 satu set.

Maryam berdiri atas bangku gerai. Gerai ini sempit.
Bangku pun masih guna bangku kayu panjang yang kecil.

Ini pula mee goreng mamak. RM 2.50.

Cendol RM 1.

On the way balik ke kereta, singgah kat Kambli's Bubur Corner, kat simpang Jalan Dato' Koyah. Famous gerai bubur ni. Ramai pelanggan. Sebenarnya bukan gerai pun, penjual cuma jual guna kereta tolak. Menu berubah ikut hari. Hari ini dia jual bubur kacang. Hari lain bubur gandum dan pulut hitam. Kalau nak tambah pulut pun boleh. Harga pukul rata RM 1 sebungkus.

Ini jadual menu bubur. Tak berapa clear. Oh lupa nak beritahu. Bubur ni bubur mamak tau, bukan bubur cara masakan orang Melayu. Jadi rasanya lain, rupanya pun lain sikit.