Showing posts with label Wisata. Show all posts
Showing posts with label Wisata. Show all posts

Monday, December 29, 2008

Maryam at Baiti's

Maryam ke Restoran Baiti's buat kali yang ke... ke berapa ye? Dah banyak kali. Kalau tak silap kali ke-empat rasanya. Menu pilihan: Nasi goreng senandung dan nasi lemak kukus ayam goreng rempah. Oh, untuk orang diet kueh teow goreng pun jalan. Jangan lupa roti bakar dengan telur setengah masak.

Satu lagi, blog ini tidak dapat meletakkan gambar-gambar makanan disebabkan pelancaran rasmi program diet peringkat keluarga (walaupun dah beberapa malam ada ahli yang gagal mematuhinya).

Sunday, December 14, 2008

Kijal oh Kijal

Sekitar 2:00 petang kami tiba di Seberang Takir untuk menziarahi kerabat di sana. Tidak lama kami di sana, sekadar melepas rindu dan berkongsi khabar sambil melawat yang uzur. Cuaca yang cerah memudahkan perjalanan kami di sepanjang jalan pantai Negeri Terengganu menuju Selatan. Lebih kurang jam 5:00 petang kami tiba di Awana Kijal, dan terus berehat melepaskan lelah. Makan malam sekadar tapau di Restoran Zara's yang terletak di luar hotel. Tidak banyak aktiviti di Kijal. Jalan-jalan ke perkampungan nelayan seperti Meraga Beris dan Pekan Kijal yang tenang, Mesra Mall yang anggun dan hebat dengan medan selera yang sangat selesa, pantai Kijal dan kolam mandi hotel yang membiru. Dua malam kami di sana. Servis dan layanan yang diterima dair staf hotel sangat memuaskan dan layak dipuji.

Pagi Ahad jam 10:30 pagi kami bergerak meninggalkan Kijal untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan sempat singgah sebentar di Hai Ping Kopitiam yang terkenal di Bandar Chukai, Kemaman untuk minum pagi. Tiba di Taman Tun Dr. Ismail sekitar 2:30 petang. Alhamdulillah.

Saturday, December 13, 2008

Jalan-jalan di Kota Bharu

4 hari 3 malam di Kota Bharu. Dari rumah keluarga Tok Ayah di Jalan Bayam, kami kembali meneroka keistimewaan Kota Bharu. Seakan-akan masih banyak keinginan di hati untuk berjalan-jalan, biarpun telah banyak kali kami jejaki pelbagai ceruk kota. Antaranya ialah Pasar Besar Siti Khadijah, Restoran Four Seasons di Jalan Dusun Raja, Pasar Kubang Pasu, Restoran New Horizon di persimpangan Jalan Kuala Krai-Pasir Hor, Restoran Nasi Sumatera di Jalan Gajah Mati, Restoran Nasi Kukus Zieman di Jalan Belakang Istana, Restoran Yati Ayam Percik di Jalan Long Yunus, Warung Roti Tempayan, dan Restoran Satay Malaysia di Jalan Pengkalan Chepa. Pun kali ini kami tidak dapat mengunjungi beberapa tempat kebiasaan seperti Pasar Malam Wakaf Che Yeh, Kopitiam White House berhampiran Istana Balai Besar, Warung Pagi Nasi Berlauk di Jalan Dato' Lundang dan Pasar Berek 12. Ada juga beberapa tempat baru yang kami jejaki, seperti kedai-kedai alat permainan di Jalan Kebun Sultan dan Jalan Dato' Perdana dan Kopitiam Hayaki di persimpangan Jalan Kebun Sultan-Kebun Raja untuk mendapatkan wifi percuma. Ada juga yang sering berkunjung ke kawasan Jalan Pintu Pong-Padang Garong untuk membeli-belah. Sempat juga melihat kemeriahan warga kota membuat persiapan mendengar ceramah Tok Guru Menteri Besar di kawasan Medan Ilmu.

Jumaat 10:30 pagi kami bergerak secara konvoi ke arah Pasir Puteh menuju destinasi seterusnya, Kuala Terengganu sebelum meneruskan perjalanan ke Kijal.

Wednesday, December 10, 2008

Kota Bharu, Kami Datang Lagi!

Musafir lagi. Jika minggu-minggu sudah tidak henti-henti menerjah ke Selatan, kali ini Pantai Timur menjadi tujuan. Kota Bharu dan Kijal.

Jam 11:00 malam kami bergerak meninggalkan Taman Tun Dr. Ismail. Dua kenderaan berkonvoi, Alphard dan Estima. Selesai mengisi minyak penuh dan membeli bekalan buat perjalanan di Stesen Petronas Mutiara Damansara, kami bergerak ke Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Terdapat dua kemalangan berasingan di LDP. Namun trafik tidak sesak. Tiba di Gombak kami melencong keluar dari MRR2 dan terus masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Perjalanan lancar. Cuma tatkala turun dari Genting Sempah, kabus terlalu tebal menyebabkan kami tidak dapat bergerak pantas. Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan tidak hujan, cuma kabus tebal di beberapa lokasi. Kami berehat sebentar di Benta. Kemudian terus lagi dan berhenti di Gua Musang. Tiba di Kuala Krai sekitar 6:00 pagi, lantas kami menunaikan Solat Subuh. Selepas 30 minit berehat kami meneruskan perjalanan. Walaupun hari semakin cerah, jarak penglihatan tetap terhad dek kabus tebal. Kira-kira jam 7:30 pagi kami tiba di Kota Bharu. Terus ke rumah keluarga Tok Ayah di Jalan Bayam, belakang Hotel Perdana.

Badan terasa letih yang amat sangat, tetapi mata masih sukar dilelapkan kerana perut sudah berkeroncong minta diisi. Jalan-jalan dan kedai-kedai di Kota Bharu masih sepi pada pagi hari kedua Eidul Adha. Akhirnya kami bersarapan di kopitiam Jalan Che Su. Sekembali di rumah, badan meruntun minta direhatkan. Dengan perut yang sudah kenyang, mata semakin layu dan berat. Kota Bharu perlu menunggu, masih ada banyak masa.

**Ini adalah kali keempat kami menerjah Kota Bharu dalam tempoh tiga tahun. Bagai ada ikatan teguh yang mengikat kami dengan Kota Bharu. Terlalu istimewa.

Sunday, December 07, 2008

Kampung Pasir, Johor Baharu

Semalam baru pulang dari Johor Baharu. Kampung Pasir. Dekat Plaza Angsana. Tiga malam di sana dari Rabu hingga Sabtu. Bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 2:30 petang dan tiba di Johor Baharu pada pukul 6:00 petang. Perjalanan lancar. Kitorang satu family, Ana, maktok, makngah dengan Irfan, bibik dua orang.

Oleh kerana letih disebabkan perjalanan jauh, malam pertama makan di gerai berdekatan rumah sahaja. Durian's Corner. Pagi keesokannya sarapan kat rumah maktok. Lepas tu keluar ke Taman Perling. Ada orang tu nak tempah baju kurung dan jubah. Tempahan banyak, maklumlah ramai adik beradik. Yang kelakar tu bab ukuran semua orang nak pakai ukuran lama. Diorang ni bentuk badan tak berubah ke? Mungkin tiap-tiap petang selalu exercise kat park Bukit Kiara sambil pakai i-pod, tu yang tak berubah.

On the way cari kedai jahit tu nak je marah orang tu. Mana taknya, jalan nak pergi tak tahu. Kita pula nak kena carikan. Dekat lima kali jugakla pusing kat Plaza Perling tu cari sebuah kereta Pesona tukang jahit. Alhamdulillah last-last jumpa juga.

Lepas siap buat tempahan, dah tak tau nak pergi mana. Mak-mak saudara kat sini beritahu ada shopping complex baru buka - Sutera Mall. Jadi orang tu nak sangat-sangat ke sana. Dengan lagak orang JB, kitorang dengan membabi buta carilah jalan ke Sutera Mall. Semalam dalam perjalanan ada terperasan Taman Sutera, jadi my instict kata mesti ada dekat-dekat situ dah nama sama. Qiyas saja. Alhamdulillah betul naluri tu. Sutera Mall besar, ada Carrefour. Tapi kedai-kedai tak best sangat. Pada awalnya nak makan kat Secret Recipe, tapi kat Taman Tun pun ada. So try kedai Seasons. Makanan kurengg tapi minuman sedap. Dessert aiskrim Svenssons tapi sebab dah kenyang tak beli.

Petang hujan lebat sangat-sangat sampai kitorang sesat ke UTM Skudai cari jalan balik. Jem tahap maksimas dengan banyak kenderaan yang stranded. Tu la dah tahu kereta kecik, yang pergi redah banjir tu buat apa. Kan dah jem. Time tu lori-lori dengan bas-bas selamba je laju, termasuklah Alphard JLD 678. Kereta besar, redah je banjir. Tinggi, air tak boleh masuk enjin. Tips dia kalau bawa kereta redah banjir, jangan sesekali berhenti sebab once kita berhenti sure air masuk enjin. Tersadailah jawabnya. Sampai rumah maktok terus tido...

Malam tu bawak Ana dengan cousins pergi funfair kat Danga Bay. Mahal. Naik keretapi layan. Tapi yang lain-lain tu buat penat dan pening saja. Kesian Ana kena muntah cousin dia, tapi sebab syok sangat main sampai tak perasan. Kitorang gelak je la time Ana citer.

Jumaat pagi tak ingat la buat apa. Tup-tup dah Solat Jumaat kat Masjid Engku Tun Aminah. Masjid dia walaupun kecil dan buruk tapi ada aircond. Cuma doa kat kerabat diraja panjang. Mungkin sebab Penang negeri tak beraja, jadi tak pernah ada doa untuk raja.

Sabtu pagi siap nak balik. Cuma myself kata kat orang tu, bosannya. Tiap kali melancong asyik-asyik shopping, makan. Shopping, makan. Orang melancong nak juga lawat tempat-tempat best. Jadi pagi tu kitorang keluar dengan Maryam jalan-jalan kat JB. First sekali kitorang pergi Taman Bunga. Park kat situ. Ramai orang bersenam. Jalan kaki pergi Istana Besar. Cantik. Lepas jalan-jalan kat situ pergi pula Masjid Sultan Abu Bakar kat atas bukit. Ada majlis kahwin, tapi kitorang tetap selamba ambil gambar. On the way keluar nampak Zoo Johor. Mulanya tak nak singgah sebab ingat apa sangatlah Zoo Johor ni, tapi lepas nampak zoo ada dua ekor gajah besar rasa macam okay jugak kot sebab kalau ada gajah sure zoo dia kelas jugak. Apatah lagi bila tiket masuk harga RM2 untuk dewasa, kanak-kanak pula RM1. Kitorang pun masuk la. Nak kata best sangat takde la, tapi boleh tahan la. Singa ada dua ekor. Harimau dua. Burung banyak. Tapi kandang dah banyak kosong.

Lepas zoo terus balik rumah maktok. Angkat barang dan berangkat pulang. Makngah drive Odyssey kereta baru Abang G. Sampai Taman Tun sekitar jam 4 petang.

Wednesday, December 03, 2008

Family Vacation with Su Hah at Port Dickson


View Larger Map
Trip ke Port Dickson kali kedua (trip pertama minggu lepas telah dipost di sini). Kali ini ke Banglo Bank Negara atas jemputan Su Hah. Asalnya tak boleh pergi sebab kursus SLAB (Skim Lanjutan Akademik Bumiputera) tinggal lagi dua hari. Pagi Isnin bertolak ke ofis dari Shah Alam. Last week dah habis semua sesi ceramah. So dua hari lagi ialah sesi perbincangan. Group Social Science dengan Prof. Sahari Nordin. Ada la dalam 8 orang, tapi sorang saja lelaki. Tiga orang ekonomi, seorang law. Yang lain semua education. Prof. Sahari sendiri datang lambat, dekat pukul 9. Padahal sesi sepatutnya start pukul 8:30 pagi. Disebabkan orang tu nak jugak-jugak pergi PD, ingatkan nak minta kebenaran balik awal sikit, around 3 petang. Sempat la kot ke PD. Tengok-tengok Prof. Sahari sendiri beritahu yang dia sibuk petang dengan pagi esok, jadi sesi perbincangan group kitorang habis setakat pukul 1 petang sahaja. Apa lagi, seronok la orang tu dapat ke PD.

Kitorang bergerak around 2:30 petang. Wani, Intan dengan Ana dan maid ikut sama. Jalan clear. Last week time family day KENMS UIAM kat Tiara macam perasan nampak signboard rumah peranginan BNM kat tepi jalan, somewhere dekat dengan lokasi lori gas terbalik last week. Keluar dari Seremban ambil highway PD. Straight keluar ke Teluk Kemang, terus sampai kat roundabout yang ada funfair tu. Singgah beli pelampong kat pantai PD. Mata semua meliar cari signboard BNM. Jumpa juga akhirnya, dekat dengan kem askar di Tanjung Tuan.

Rumah banglo cantik dan besar. Sebelah tu ada satu blok apartment. Semua untuk staf BNM. Sampai je Maryam terus swimming dan main playground. Malam tu buat BBQ. Esok pagi macam dah tak tau nak buat apa. Maryam dan Aiman swimming lagi. Risau diorang bebek sebab dua-dua mandi bogel, mama dia lupa nak bawa swimsuit. Katanya lambat diberitahu bahawa di sana ada swimming pool juga. Tengahari siap balik. Singgah kat Seremban, sebab adik-adik macam excited nak jumpa Syasya. Call banyak kali tetapi tak diangkat, maybe tengah exam kot. Jadi kitorang singgah makan kat KFC Seremban. Lepas tu baru ke tempat Syasya. Lepas jumpa Maryam cry tak ingat dunia sampai muntah-muntah, terpaksa stop kat playground depan kolej Syasya cuci kejap. Sampai Taman Tun around 4 petang. Tidur. Tiba-tiba orang tu beritahu esok nak ke Johor Baharu hantar maktok pulang ke kampung. Oh, ke selatan lagi...

Tuesday, November 25, 2008

KENMS IEEP 2008 at Tiara Beach Resort, Port Dickson

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba. 23 November 2008. Islamic Enhancement and Evaluation Program (IEEP) 2008 untuk KENMS. Tak jauh, ke Tiara Beach Resort, Port Dickson saja. Satu malam. Ini semua disebabkan untuk membantu menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Malaysia.

Pukul 1 petang baru berangkat ke PD. Pinjam Estima. Syasya ikut tumpang nak balik kolej. Sampai Seremban around 3 petang. Lepas hantar Syasya terus ambil highway PD. Tapi tersilap keluar exit Port Dickson. Jadi kitorang lalu jalan lama. Jem kat Lukut sebab diorang tengah repair jalan. Sampailah di pekan PD. Terus lagi. Hari tu check kat google map, Tiara ni lepas rumah api Tanjung Tuan. Jadi jauh lagilah. Macam bodoh je kan highway PD tu, lain kali tulislah exit betul-betul. Next time jangan keluar, straight ke Teluk Kemang lagi dekat.

Time dekat Lukut tu kitorang ada selisih dengan lori gas. Fobia bila teringat insiden kat R&R Rawang tahun lepas waktu nak balik Penang yang ada lori gas depan kitorang tiba-tiba meletup. Jadi bila terserempak dengan lori gas memang kitorang seriau. Lepas tu time dekat kawasan rumah api Tanjung Tuan, depan kitorang ada kancil, depan kancil tu ada satu lori gas. Tetiba saja lori tu terhuyung-hayang dan terbalik. Habis tong-tong gas jatuh bersepah atas jalan. Semua orang brek mengejut. Mamat yang kat dalam kancil tu lari keluar, ingat nak tolong. Tetiba je asap gas berkepul-kepul keluar. Mamat kancil tadi terus lari masuk balik dalam kereta, dan kitorang semua buat U-turn. Seram. Lari jauh sikit. Semua orang lain pun kelam kabut pusing. Camana ni? Program start pukul 4 petang. Ni dah 3:40 petang. Tunggu je la. Tak lama lepas tu asap gas dah makin kurang. Driver lori dengan kelindan keluar dari lori dan tolak tong-tong gas ke tepi jalan. Lepas jalan clear baru kitorang teruskan perjalanan ke Tiara.

Tiara ni bosan sikit. Cuma ada anak-anak tu yang seronok diorang boleh swimming. Tak tahulah kenapa committee pilih Tiara tahun ni. My wife complain, time tengah mandikan anak-anak kat kolam mandi, staf pompuan Tiara ni pakai seksi-seksi menari gelek kat kolam tu. Malam tu pulak time kitorang dinner BBQ kat tepi kolam, sebelah tu diorang buat pentas. Mula-mula ada show magic. Tu okay la jugak. Tetiba around 9 malam diorang buat pertandingan ratu bikini ke apa ntah, ada la jugak pondan-pondan pakai seksi kat atas pentas. Tak sesuai langsung KENMS buat IEEP tahun ni dekat Tiara. Nasib baik la satu malam saja. Dahtu, malam time dinner ada pertandingan pakaian beragam untuk kanak-kanak. Sepatutnya jangan la tunggu sampai 9 lebih baru nak buat pertandingan. Budak mana tahan nak berjaga beyond 9. Time tido kot.

Sunday, November 09, 2008

Jiranku Indonesia IV

After check-in, we went immediately to Tanah Abang and had our lunch at the food court on the eighth floor. The food court was so clean and nice. I think there are more than 100 food stalls to choose from (otherwise they won't be the largest textile market in Southeast Asia). The cendol was superb!

For shopping, we hired a porter to help us carry all our stuff. The rate agreed was Rp 50,000 for three hours. You need to have good negotiating skills in order to get the best price. The complex is so huge that we got lost oftenly.

Although the food court was clean, the food stalls may not. Maryam and my mom-in-law suffered from food poisoning and had to rest in the hotel the next day. I stayed in the hotel too. Only my wife and her sister continued to shop in Tanah Abang the next day.

It was the election night in U.S.A. so I had the opportunity to watch the result the whole day. It was before afternoon that they announced Obama's victory, and the Indonesians really celebrated it. They were so proud to have a special connection with Obama as he spent 2-3 years of his childhood in Jakarta. As I listened to his victory speech in Chicago, I hope that the world would be a better place later on when he take over the President's office. Obama seems to be a leader that promised to listen the the people (at least his own people). This is the power of democracy.

Democracy basically champions the idea of people's supremacy (majority actually, not the whole population). This idea is somewhat alien to Islam since in Islam we believe in God's supremacy over everything else. However, once we are within the boundary allowed by revelation, than we must apply our reasoning to find the best solutions. I believe that once we observe the divine rules and regulations, then democracy should be the best way to govern a nation. It's only when we give the people the right to determine their choice then we can move forward. Democracy nurture the people to respect each other and to consult, listen and voice out. Democracy is one of the good thing that we should learn from the U.S.A. It seems that they are practicing what Islam has been teaching us centuries ago - consult the people. And I've seen my neighbor, Indonesia are pushing a lot of reforms in their political structure. If the leaders learn to respect their own people, then the country is ready to move forward. If Indonesia really appreciates its own people, then it is not impossible if they become greater than Malaysia. If we still stick to our old traditions and against any reformation, then maybe our future generations will become domestic helpers (a.k.a. housemaid) in Indonesia.

Remember, the Philippines 40 years ago was among the most advanced and richest country in the world, where Japanese, Korean and Hong Kong citizens worked as domestic helpers in the Philippines. Where are they now? Yes, now we see the Filipinos emigrating to Japan, Korea and Hong Kong as domestic helpers.

Jiranku Indonesia III


View Larger Map
I was in Jakarta from 4-6 November 2008 with my wife and Maryam. This is my second trip to Jakarta. My wife wanted to shopping at the big Tanah Abang biggest textile market in Southeast Asia) together with her mom and her sister, so I thought that it would be better if there is a man to accompany the trip. We stayed at Millennium Hotel, which is within walking distance to Tanah Abang.

When we arrived at Soekarno-Hatta International Airport, we saw a travel agent kiosk selling hotel rooms at discounted rate. Since we didn't check the rate online, we have no idea what is the actual rate for Millennium Hotel. We decided to purchase one night accommodation only for Rp500,000, and later we'll compare the rate at the hotel itself.

The security at the hotel was strict. The security personnel firstly checked our taxi's boot before allowing us to enter the hotel's area. We had to line up and enter the lobby through a security gate.

The actual rate offered by the hotel was Rp 780,000, a lot higher than the rate offered at the airport. Since we'll be staying for two nights, we need to extend our accommodation for one more night. However, going back to the airport to purchase another extra night accommodation seems to be unwise. While we were still discussing whether to go back to the airport or just pay the extra price, the receptionist himself gave us the agent's phone number and told us to call the agent if we still want to pay the discounted rate. We were very surprised! I don't think this thing will happen in Malaysia. No way, this is your opportunity to make easy money.

We called the travel agency, and they agreed to pay for our extra accommodation at the same rate they offered at the airport, and their agent will come tomorrow morning to collect the money from us. Even until now I still have no idea why the receptionist offered this help to us in the first place. The hotel could still make profit if they charged us a bit higher than the travel agent.

We enjoyed our stay at Millennium Hotel. The breakfast was marvellous. Once Maryam vomitted at 6:00 a.m., and we had no choice but to ask for housekeeping service soonest. Immediately the person in charge came and tidy up our room. One more thing, after 7:00 p.m., everything at the bakery are sold at 50% discount.

Sunday, June 01, 2008

Jiranku Indonesia II

Lagi perkara menarik dari Indonesia.

Kelima, cara memandu. Subhanallah, jika anda belajar ekonomi dan pernah mendengar istilah free market, maka jalan raya di Indonesia mencerminkan situasi free market. Semua bebas, hampir-hampir saja tiada peraturan. Melawan arus, potong ikut lorong kecemasan, buat lorong sendiri, boleh juga minta kepada polis trafik agar beri kebenaran untuk buat pusingan di tempat yang tidak dibenarkan. Semua ikut suka hati. Bahkan sewaktu buat pusingan-U, jika tidak lepas boleh reverse sesuka hati. Pejalan kaki juga begitu. Nak lintas jalan cara Malaysia, tunggu kenderaan tiada baru nak lintas adalah sesuatu yang agak mustahil di kota besar seperti Jakarta. Cara melintas, meluru saja sambil melambai-lambai tangan minta kenderaan berhenti. Ajaibnya, biar seteruk mana pemanduan di jalanan, mereka benar-benar bertolak ansur. Habis marah pun sekadar menekan hon. Tidak pula keluar caci-maki. Malaysia? Jangan main-main di jalanan, banyak gangster a.k.a. samseng pembuli jalanan. Silap haribulan nyawa melayang!

Keenam, setiap stesen minyak milik Pertamina meletakkan beberapa polisi yang mesti dipenuhi operator mereka, seperti memberi salam kepada pelanggan, mengembalikan wang secukupnya dan mengucapkan terima kasih setelah selesai. Sekiranya ada antara polisi ini yang tidak dilakukan oleh operator, pelanggan boleh lapor dan berhak mendapat satu liter minyak percuma. Malaysia? Itu semua kenangan lama, sekarang semua self-service.

Ketujuh, masjid yang begitu banyak. Hatta gedung-gedung perniagaan, shopping complex semua ada masjid sendiri. Senang. Bukan saja satu kemudahan setiap kali waktu solat, bahkan Solat Jumaat juga mudah. Bayangkan Pasar Baru di Bandung yang setinggi tujuh tingkat, ada masjid di puncaknya. Apabila tiba waktu Solat Jumaat, kesemua pengunjung dan pekerja solat di situ sahaja. Dari perspektif ekonomi, ini menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Bayangkan kalau di Malaysia, contohnya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di Pulau Pinang, ada beratus kilang, setiap kilang pula ribuan pekerja, setiap kali Jumaat perlu habiskan masa untuk mencari masjid. Kalau tak silap, Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ada masjid di puncaknya. Mungkin sudah tiba masa bagi kerajaan memikirkan kaedah ini.

Jiranku Indonesia I

Sepanjang berada di Jakarta dan Bandung, ada beberapa perkara yang sangat menarik perhatianku.

Pertama, kesusahan yang dihadapi rakyat Indonesia. Melarat. Rumah-rumah haram dibina di mana saja ruang yang ada, hatta di bawah jambatan sekalipun. Kanak-kanak mengemis di jalanan. Tambah pula harga minyak yang melambung menambahkan lagi kesulitan hidup. Selang tiga bangunan dari Hotel Ardellia adalah pusat pengedar gas Pertamina. Sejak pagi orang ramai beratur panjang sambil membawa tong gas dan menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan gas memasak.

Kedua, ajaibnya kemiskinan yang menghimpit menjadikan rakyat Indonesia benar-benar bekerja kuat. Simpang-simpang trafik menjadi pasar bergerak. Air minuman, koran (surat khabar), majalah, permainan kanak-kanak, makanan ringan, penyanyi jalanan membawa gitar. Semuanya ada. Hatta di bandara (lapangan terbang) ramai yang menjual kartu telefon prabayar. Sepanjang jalan kelihatan berpuluh-puluh penjual bakso menolak kereta tolak. Tidak kurang pemungut barangan terbuang. Nyata mereka benar-benar bekerja kuat. Cuba kita fikir, dalam begitu susah payah mereka dihimpit belenggu kemiskinan, tidak pula mereka curi besi dan lain-lain yang menjadi kemudahan rakyat. Ada negara yang konon membangun lebih pesat dari Indonesia dan lebih kaya dari Indonesia, namun kejadian curi besi dah menjadi rutin harian pula. Sampai besi tiang kabel elektrik pun dicuri!

Ketiga, asal ada saja simpang, akan ada penjaga sukarela yang akan membantu melancarkan trafik. Sesibuk mana trafik sekalipun, di Indonesia tidak ada masalah untuk buat pusingan-U atau mencari parking. Begitu cara mereka berbakti. Ada yang baik hati akan memberi mereka wang, jika tidak diberi pun tidak mengapa.

Keempat, angkutan kota. Banyak sekali. Pengangkutan utama di Bandung. Van-van dijadikan kenderaan pengangkutan awam yang dikenali sebagai angkutan kota. Tampak sesuai sekali sebagai pengangkutan awam dalam kota-kota sederhana sibuk seperti Bandung. Kecil dan mudah berhenti. Luar kota baru naik bas besar.

Bercuti ke Bandung dan Jakarta: KUL-CGK-KUL-PEN

Maryam di Bandara Internasional Soekarno-Hatta,
Jakarta 31 Mei 2008

Sempena musim cuti sekolah, kami sekeluarga bercuti ke Bandung dan Jakarta dari 27-31 Mei 2008. Terbang dengan Airasia dari LCCT Kuala Lumpur ke Bandara Internasional Soekarno-Hatta, Jakarta. Kemudian terus melalui Jalan Tol ke Bandung. Empat hari di Bandung. Satu hari di Jakarta. Maryam demam lebih kurang tiga hari selama di Bandung akibat kehujanan pada hari pertama. Masa cuti lebih banyak dihabiskan untuk membeli pakaian yang sememangnya murah-murah. Sebab itu kami pergi dengan bagasi yang kosong. Sewaktu di Bandung kami menginap di Hotel Ardelia, manakala di Jakarta pula kami menginap di Hotel Ibis, Mangga Dua. Pagi Jumaat kami meninggalkan Bandung menuju ke Jakarta. Sabtu malam pulang ke Kuala Lumpur dengan Airasia juga setelah penerbangan ditunda lebih dua jam. Ahad tengahari selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan penerbangan Fireflyz yang juga ditunda tiga jam dari Terminal 3 Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang.