Wednesday, December 10, 2008

Kota Bharu, Kami Datang Lagi!

Musafir lagi. Jika minggu-minggu sudah tidak henti-henti menerjah ke Selatan, kali ini Pantai Timur menjadi tujuan. Kota Bharu dan Kijal.

Jam 11:00 malam kami bergerak meninggalkan Taman Tun Dr. Ismail. Dua kenderaan berkonvoi, Alphard dan Estima. Selesai mengisi minyak penuh dan membeli bekalan buat perjalanan di Stesen Petronas Mutiara Damansara, kami bergerak ke Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Terdapat dua kemalangan berasingan di LDP. Namun trafik tidak sesak. Tiba di Gombak kami melencong keluar dari MRR2 dan terus masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Perjalanan lancar. Cuma tatkala turun dari Genting Sempah, kabus terlalu tebal menyebabkan kami tidak dapat bergerak pantas. Alhamdulillah cuaca sepanjang perjalanan tidak hujan, cuma kabus tebal di beberapa lokasi. Kami berehat sebentar di Benta. Kemudian terus lagi dan berhenti di Gua Musang. Tiba di Kuala Krai sekitar 6:00 pagi, lantas kami menunaikan Solat Subuh. Selepas 30 minit berehat kami meneruskan perjalanan. Walaupun hari semakin cerah, jarak penglihatan tetap terhad dek kabus tebal. Kira-kira jam 7:30 pagi kami tiba di Kota Bharu. Terus ke rumah keluarga Tok Ayah di Jalan Bayam, belakang Hotel Perdana.

Badan terasa letih yang amat sangat, tetapi mata masih sukar dilelapkan kerana perut sudah berkeroncong minta diisi. Jalan-jalan dan kedai-kedai di Kota Bharu masih sepi pada pagi hari kedua Eidul Adha. Akhirnya kami bersarapan di kopitiam Jalan Che Su. Sekembali di rumah, badan meruntun minta direhatkan. Dengan perut yang sudah kenyang, mata semakin layu dan berat. Kota Bharu perlu menunggu, masih ada banyak masa.

**Ini adalah kali keempat kami menerjah Kota Bharu dalam tempoh tiga tahun. Bagai ada ikatan teguh yang mengikat kami dengan Kota Bharu. Terlalu istimewa.

Monday, December 08, 2008

Eidul Adha 1429H di Taman Tun Dr. Ismail

Eidul Adha 1429H disambut bersama keluarga Kuala Lumpur. Hujan renyai menyiram bumi Kuala Lumpur pada pagi raya. Rasa lapar yang mencengkam perut sejak semalam menyebabkan kami bersarapan ringkas, walaupun sunnah yang betul untuk Eidul Adha ialah jangan makan sehingga selesai solat hari raya. Berbeza dengan Eidul Fitri di mana sunnah untuk bersarapan sebelum keluar menunaikan solat hari raya.

Seusai bersarapan, kami bersiap untuk menunaikan solat hari raya di Masjid Al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail. Solat dijadual bermula pada jam 8:15 pagi. Kami tiba di masjid lebih kurang jam 8:05 pagi. Masih banyak ruang kosong, dan kebanyakan hadirin adalah dari kalangan warga asing. Warga Malaysia pasti pulang menyambut raya bersama keluarga di kampung. Suasana normal menyambut raya di Kuala Lumpur - kosong. Imam menyampaikan khutbah biasa yang kembali menyentuh bingkisan kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim sekeluarga, 'alayhimussalam.

Habis khutbah kami terus pulang untuk bersiap sedia menerima kehadiran tetamu. Ada juga peminta sedekah dari Pakistan yang setia mengunjungi kami sejak tahun lepas. Kemudian giliran kami pula berangkat menziarahi sanak saudara. Kota Kemuning di Shah Alam menjadi tempat berkumpul.

Petang masih ramai kaum kerabat yang berkunjung datang. Malam sebahagian sahaja yang masih bertenaga untuk keluar meneruskan program ziarah sanak saudara di Lembah Kelang. Yang lain bersiap sedia untuk perjalanan jauh malam nanti menuju destinasi impian saban tahun - Kota Bharu.

Eidul Adha 1429H = 1-9-1 and 0-8-22

= Maryam Muhammad Irwan & Faiq Fickry Auzani =
1 year 9 month 1 day & 1 year 9 month 4 days

= Aiman Muhammad Irwan =
8 month 22 days*

Eidul Adha 1429 H, Kuala Lumpur


*few more days to start crawling, insya-Allah!

Sunday, December 07, 2008

Kampung Pasir, Johor Baharu

Semalam baru pulang dari Johor Baharu. Kampung Pasir. Dekat Plaza Angsana. Tiga malam di sana dari Rabu hingga Sabtu. Bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 2:30 petang dan tiba di Johor Baharu pada pukul 6:00 petang. Perjalanan lancar. Kitorang satu family, Ana, maktok, makngah dengan Irfan, bibik dua orang.

Oleh kerana letih disebabkan perjalanan jauh, malam pertama makan di gerai berdekatan rumah sahaja. Durian's Corner. Pagi keesokannya sarapan kat rumah maktok. Lepas tu keluar ke Taman Perling. Ada orang tu nak tempah baju kurung dan jubah. Tempahan banyak, maklumlah ramai adik beradik. Yang kelakar tu bab ukuran semua orang nak pakai ukuran lama. Diorang ni bentuk badan tak berubah ke? Mungkin tiap-tiap petang selalu exercise kat park Bukit Kiara sambil pakai i-pod, tu yang tak berubah.

On the way cari kedai jahit tu nak je marah orang tu. Mana taknya, jalan nak pergi tak tahu. Kita pula nak kena carikan. Dekat lima kali jugakla pusing kat Plaza Perling tu cari sebuah kereta Pesona tukang jahit. Alhamdulillah last-last jumpa juga.

Lepas siap buat tempahan, dah tak tau nak pergi mana. Mak-mak saudara kat sini beritahu ada shopping complex baru buka - Sutera Mall. Jadi orang tu nak sangat-sangat ke sana. Dengan lagak orang JB, kitorang dengan membabi buta carilah jalan ke Sutera Mall. Semalam dalam perjalanan ada terperasan Taman Sutera, jadi my instict kata mesti ada dekat-dekat situ dah nama sama. Qiyas saja. Alhamdulillah betul naluri tu. Sutera Mall besar, ada Carrefour. Tapi kedai-kedai tak best sangat. Pada awalnya nak makan kat Secret Recipe, tapi kat Taman Tun pun ada. So try kedai Seasons. Makanan kurengg tapi minuman sedap. Dessert aiskrim Svenssons tapi sebab dah kenyang tak beli.

Petang hujan lebat sangat-sangat sampai kitorang sesat ke UTM Skudai cari jalan balik. Jem tahap maksimas dengan banyak kenderaan yang stranded. Tu la dah tahu kereta kecik, yang pergi redah banjir tu buat apa. Kan dah jem. Time tu lori-lori dengan bas-bas selamba je laju, termasuklah Alphard JLD 678. Kereta besar, redah je banjir. Tinggi, air tak boleh masuk enjin. Tips dia kalau bawa kereta redah banjir, jangan sesekali berhenti sebab once kita berhenti sure air masuk enjin. Tersadailah jawabnya. Sampai rumah maktok terus tido...

Malam tu bawak Ana dengan cousins pergi funfair kat Danga Bay. Mahal. Naik keretapi layan. Tapi yang lain-lain tu buat penat dan pening saja. Kesian Ana kena muntah cousin dia, tapi sebab syok sangat main sampai tak perasan. Kitorang gelak je la time Ana citer.

Jumaat pagi tak ingat la buat apa. Tup-tup dah Solat Jumaat kat Masjid Engku Tun Aminah. Masjid dia walaupun kecil dan buruk tapi ada aircond. Cuma doa kat kerabat diraja panjang. Mungkin sebab Penang negeri tak beraja, jadi tak pernah ada doa untuk raja.

Sabtu pagi siap nak balik. Cuma myself kata kat orang tu, bosannya. Tiap kali melancong asyik-asyik shopping, makan. Shopping, makan. Orang melancong nak juga lawat tempat-tempat best. Jadi pagi tu kitorang keluar dengan Maryam jalan-jalan kat JB. First sekali kitorang pergi Taman Bunga. Park kat situ. Ramai orang bersenam. Jalan kaki pergi Istana Besar. Cantik. Lepas jalan-jalan kat situ pergi pula Masjid Sultan Abu Bakar kat atas bukit. Ada majlis kahwin, tapi kitorang tetap selamba ambil gambar. On the way keluar nampak Zoo Johor. Mulanya tak nak singgah sebab ingat apa sangatlah Zoo Johor ni, tapi lepas nampak zoo ada dua ekor gajah besar rasa macam okay jugak kot sebab kalau ada gajah sure zoo dia kelas jugak. Apatah lagi bila tiket masuk harga RM2 untuk dewasa, kanak-kanak pula RM1. Kitorang pun masuk la. Nak kata best sangat takde la, tapi boleh tahan la. Singa ada dua ekor. Harimau dua. Burung banyak. Tapi kandang dah banyak kosong.

Lepas zoo terus balik rumah maktok. Angkat barang dan berangkat pulang. Makngah drive Odyssey kereta baru Abang G. Sampai Taman Tun sekitar jam 4 petang.

Wednesday, December 03, 2008

Family Vacation with Su Hah at Port Dickson


View Larger Map
Trip ke Port Dickson kali kedua (trip pertama minggu lepas telah dipost di sini). Kali ini ke Banglo Bank Negara atas jemputan Su Hah. Asalnya tak boleh pergi sebab kursus SLAB (Skim Lanjutan Akademik Bumiputera) tinggal lagi dua hari. Pagi Isnin bertolak ke ofis dari Shah Alam. Last week dah habis semua sesi ceramah. So dua hari lagi ialah sesi perbincangan. Group Social Science dengan Prof. Sahari Nordin. Ada la dalam 8 orang, tapi sorang saja lelaki. Tiga orang ekonomi, seorang law. Yang lain semua education. Prof. Sahari sendiri datang lambat, dekat pukul 9. Padahal sesi sepatutnya start pukul 8:30 pagi. Disebabkan orang tu nak jugak-jugak pergi PD, ingatkan nak minta kebenaran balik awal sikit, around 3 petang. Sempat la kot ke PD. Tengok-tengok Prof. Sahari sendiri beritahu yang dia sibuk petang dengan pagi esok, jadi sesi perbincangan group kitorang habis setakat pukul 1 petang sahaja. Apa lagi, seronok la orang tu dapat ke PD.

Kitorang bergerak around 2:30 petang. Wani, Intan dengan Ana dan maid ikut sama. Jalan clear. Last week time family day KENMS UIAM kat Tiara macam perasan nampak signboard rumah peranginan BNM kat tepi jalan, somewhere dekat dengan lokasi lori gas terbalik last week. Keluar dari Seremban ambil highway PD. Straight keluar ke Teluk Kemang, terus sampai kat roundabout yang ada funfair tu. Singgah beli pelampong kat pantai PD. Mata semua meliar cari signboard BNM. Jumpa juga akhirnya, dekat dengan kem askar di Tanjung Tuan.

Rumah banglo cantik dan besar. Sebelah tu ada satu blok apartment. Semua untuk staf BNM. Sampai je Maryam terus swimming dan main playground. Malam tu buat BBQ. Esok pagi macam dah tak tau nak buat apa. Maryam dan Aiman swimming lagi. Risau diorang bebek sebab dua-dua mandi bogel, mama dia lupa nak bawa swimsuit. Katanya lambat diberitahu bahawa di sana ada swimming pool juga. Tengahari siap balik. Singgah kat Seremban, sebab adik-adik macam excited nak jumpa Syasya. Call banyak kali tetapi tak diangkat, maybe tengah exam kot. Jadi kitorang singgah makan kat KFC Seremban. Lepas tu baru ke tempat Syasya. Lepas jumpa Maryam cry tak ingat dunia sampai muntah-muntah, terpaksa stop kat playground depan kolej Syasya cuci kejap. Sampai Taman Tun around 4 petang. Tidur. Tiba-tiba orang tu beritahu esok nak ke Johor Baharu hantar maktok pulang ke kampung. Oh, ke selatan lagi...

Monday, December 01, 2008

SLAB UIAM 23/11-2/12/2008

Selesai IEEP di Port Dickson, bermula pula satu lagi program yang penulis perlu hadir. Kursus Research Methodology di bawah Skim Lantujan Akademik Bumiputera atau SLAB yang merupakan satu kursus wajib bagi staf akademik kerajaan yang memohon biasiswa kerajaan untuk menyambung pelajaran. SLAB kali ini diadakan di universiti sahaja (alhamdulillah, penat banyak-banyak travel ni) dari 25/11 sehingga 2/12. SLAB dipenuhi dengan pelbagai ceramah dan perbincangan pelbagai topik yang berkaitan dengan penyediaan kajian tesis. Ada yang best, ada yang boring. Tetapi disebabkan ia wajib maka penulis hadir sahajalah dengan harapan mungkin ada slot-slot yang dapat memberi pengetahuan baru (hehehe, sewaktu nak buat masters dulu penulis ponteng sahaja kursus SLAB, ini disebabkan SLAB langsung tidak bermanfaat buat mereka yang akan study masters bu coursework only. So, apahal nak pergi buang masa sampai tujuh hari dengar benda tak bermanfaat. Lagi pula time tu otak masih gila-gila so berani la ponteng. Situasi kali ini berbeza disebabkan pengajian PhD ada bahagian kajian tesis, jadi eloklah pergi).

Sewaktu program tersebut penulis berjumpa ramai kawan baru, dan ada juga topik-topik menarik yang boleh dikongsi bersama. Ada seorang pensyarah dari KENMS ingin buat kajian mengenai kemampanan dan keteguhan sistem kewangan Islam terhadap gangguan krisis kewangan. Cuma masalahnya beliau belum dapat memikirkan instrumen yang sesuai untuk dijadikan kayu ukur tahap kekuatan sistem kewangan Islam. Penulis mencadangkan beberapa instrumen seperti jumlah untung perbankan Islam dan jumlah NPLs yang mungkin sesuai. Ada seorang pensyarah dari Fakulti Undang-undang UM nak buat kajian menarik. Kajian mengenai keperluan dan kaedah untuk memasukkan "good faith" dalam kontrak di Malaysia. Bagaimana hendak terangkan tajuk ini? Lebih kurang beginilah. Menurut beliau, di Malaysia tiada peruntukan "good faith" dalam undang-undang. Tidak seperti negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan lain-lain. Mungkin disebabkan kita terlalu mengikut common law yang merupakan legasi penjajah British. Peruntukan "good faith" ni lebih kurang begini. Kalau kita beli baju dari supermarket, tiba-tiba balik rumah kita dapati baju tersebut rosak, maka kita sepatutnya ada hak untuk pulangkan baju dan terima wang kita. Kiranya penjual apabila menjual barangan mesti ada niat baik agar barang tersebut benar-benar memberi manfaat kepada pembeli. Kalau penjual ada niat menipu dan cuba melindungi kerosakan pada barang yang dijual, dia boleh didakwa. Sangatlah baik jika peruntukan ini ada di Malaysia.

Sunday, November 30, 2008

Personal Justice oleh R.A.M.

Novel? Tak minat sangat. Tapi disebabkan ada orang tu komen kata asyik tulis benda boring saja. Perkara fakta memang biasanya boring berbanding gossip, sebab tu newspaper macam Metro lebih disukai berbanding Sinar.

Jadi tak lama dahulu ada ternampak novel Personal Justice, terjemahan daripada A.D.A.M. karya Ramlee Awang Murshid kat rumah. Kesian dah berhari-hari takde orang sentuh kat atas meja. Novel-novel jiwang juga yang laku. Tapi boring baca novel jiwang sebab boleh agak jalan cerita dan ending macam mana. Alah, macam movie Ayat-ayat Cinta tu la. Tengok 15 minit dah boleh agak siapa kahwin siapa, siapa mati dan lain-lain. Lainlah dengan movie dan novel thriller. Karya thriller Ramlee memang best. Suspen.

Siapa sangka jalan cerita tu boleh mengaitkan seorang wira negara dari Kuala Kangsar dengan Presiden Amerika Syarikat? Memang best. Cuma translation English tu banyak yang salah dari segi grammar dan lain-lain, sedikit sebanyak mengurangkan keseronokan novel walaupun jalan cerita best. Layan saja la...Justify Full