Friday, January 30, 2009

Swimming lagi!!

Maryam dan Aiman swimming lagi kat rumah tokwan. 4:45 petang, kira-kira nak masuk waktu Asar. Cuma hari ni takde ikan-ikan dengan udang kat dalam kolam.

Seronok!

Anak dara mandi. Abang-abang jiran sebelah tengah intai kat sebalik pokok pagar.

Kali ni Aiman kena pakai baju sebab dia cepat sejuk. Selesema sikit.

Maryam tembak pistol air. Habis semua basah.
Punyalah eager nak mandi, hari ni tak sempat pakai apa-apa dah terjun kolam.

Oh, minggu lepas lupa nak post gambar-gambar yang diambil oleh Maryam.

Gambar botak kesayangan. Ketiak botak dah terkoyak kat Penang, habis keluar isi.

Ada gaya jurugambar professional?

"Nak makan!"

Dua-dua makin gelap. Kat Penang, hari-hari main lari-lari kat kampung. Aktif. Pukul 8:00 malam dah tidur. Tadi, Maryam tolak bangku kecil ke meja kopi kat ruang tamu. Kemudian dia duduk dan cakap: "Nak makan." Maktok tanya, "Nak makan apa?" Maryam jawab, "Makan nasi."

Mama dia pun kena buat spaghetti sekejap.

Dah habis makan, mama tanya, "Mari makan roti." Maryam balas, "Nak aiskrim..."

Aiman pun nak makan juga!!!

Hari ini Aiman berjaya habiskan sebiji roti High5,
itupun setelah makan sup karot dua biji untuk tengahari tadi. Go Aiman!

Konspirasi Jahat?

Solat Jumaat di Masjid Al-Huda, Sungai Ara. Khutbah berkisar tentang pakatan jahat Yahudi dan Nasrani yang memusuhi Islam. Konspirasi teliti ini dijalankan untuk menyelewengkan umat Islam daripada ajaran Islam yang tulen, di samping menghalang kemajuan ilmu dan teknologi di negara-negara Islam. Kekejaman Zionis di Gaza menunjukkan betapa darah umat Islam begitu murah untuk ditumpahkan, seolah-olah tiada harga langsung. Malang sekali masih belum ada pembelaan daripada umat Islam itu sendiri. Justeru, umat Islam disarankan untuk memastikan aqidah mereka benar-benar mantap untuk menghadapi ancaman musuh.

Hmm... nampaknya masih ramai di kalangan umat Islam yang menganggap permasalahan yang melanda dunia adalah disebabkan konspirasi jahat Yahudi dan Nasrani. Biarpun tuduhan ini masih boleh diragui, jika ia benar sekalipun rasanya ancaman luaran ini bukan faktor sebenar yang mengakibatkan umat Islam dilanda seribu satu masalah. Dahulu kita pernah menjadi kuat dan memerintah dunia dan memakmurkan segenap penjuru alam dengan keadilan Islam, malangnya kelalaian kita sendiri yang menyebabkan musuh dapat mengambil kesempatan ke atas kita. Sudah tiba masanya kita menuding jari ke muka sendiri dan membuat muhasabah, jangan asyik menyalahkan orang lain.

Thursday, January 29, 2009

Swimming!

Petang makan laksa. Beli dekat van depan sekolah rendah. Layan juga laksa van ni, not bad. Bolehlah bagi B+. Maryam dan Aiman mandi kolam yang beli tadi.

Maryam tendang air

Raksasa angkat bot dan kapal

Ada udang lagi kat dalam kolam air

Aiman pun mandi. Kapal beli dah tenggelam karam kat dasar kolam

Maryam cuba nak tangkap udang dengan ikan-ikan yang ada kat dalam kolam.
Udang dengan ikan hidup, bukan tipu punya

Maryam dengan Aiman

Maryam ajak Pak Ngah mandi sekali

Maryam sudah kesejukan mandi lama sangat, kecut jari jemari

Maryam swimming kat rumah tok wan sambil tengok aeroplane

From Ayer Hitam to Bayan Bay

Sudah seminggu di Pulau Pinang. Cuaca panas, tiada hujan langsung sejak seminggu yang lalu. Hari ini cadangan asal ingin ke Bukit Bendera. Cuti Tahun Baru Cina sudah habis, jadi kemungkinan tidak ramai ke sana pada waktu ini. Namun jangkaan tersebut meleset. Kira-kira pukul 10:00 pagi tatkala sampai di Stesen Bawah Bukit Bendera, kaunter tiket sesak dengan barisan panjang sehingga ke pintu pagar stesen. Situasi normal ketika musim cuti sekolah. Mungkin pukul 3:00 petang baru dapat naik keretapi ke atas.

Tukar rancangan. Daripada kaki Bukit Bendera, terus ke Jalan Masjid Negeri menghala ke arah Lebuhraya Pantai. Selatan ke Queensbay Mall. Makan di Restoran Kapitan cawangan Queensbay Mall. Kemudian bersiar-siar di Queensbay Mall. Beli barang-barang mainan di Toys R' us, termasuk kolam kecil untuk Maryam dan Aiman mandi.

Bukit Bendera perlu tunggu. Mungkin minggu depan setelah tamat cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina, dan selepas Hari Wilayah Persekutuan.

Tuesday, January 27, 2009

Beriyani Hameediyah Cawangan Relau

Hari ini, untuk makan tengahari kami sepakat untuk beli nasi beriyani Restoran Hameediyah. Restoran ini dah berusia lebih 100 tahun. Dah dekat 100 tahun baru pengurusan restoran bersetuju untuk buka cawangan. Jika tidak, kena turun Tanjung dekat Campbell Street untuk menikmati juadah restoran ini. Kiranya sejak zaman my grandma muda-muda memang favorite family kitorang untuk makan nasi beriyani Hameediyah. Biarpun restoran asal dekat Campbell Street tu sempit dan ramai orang, ayam ros dengan daging masala sini tiada tandingan.

Jadi tengahari tu kami pergi ke cawangan Hameediyah di depan Sekolah Seri Relau. Dekat saja dengan Sungai Ara, tidak perlu ke Tanjung. Cawangan di sini tidak berapa ramai, mungkin sebab lokasi kurang strategik dan masih baru. Kualiti makanan ada sedikit perbezaan dengan Campbell Street, tapi tak kisahlah sebab dekat. Terbaca iklan, rupa-rupanya dah buka satu lagi cawangan baru di Putrajaya, dekat Diplomatic Enclave. Balik Kuala Lumpur mesti nak kena cari.

Sarapan di Taman Tun Sardon

Selasa. Hari kedua Tahun Baru Cina. Hari ini satu keluarga berazam untuk stay-up lepas Subuh. Tujuannya ialah untuk bersarapan di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor. Tempat persinggahan wajib setiap kali pulang ke Pulau Pinang. Sebelah Kompleks Pasar dan Balai Rakyat Taman Tun Sardon, terletak deretan gerai kecil yang banyak. Kebanyakannya mula beroperasi awal pagi, selesai Solat Subuh. Jadi memang kena datang awal. Macam-macam ada di sini. Roti canai, roti jala, nasi lemak, nasi tomato, nasi kandar, kuih-muih dan lain-lain. Cuma perlu layan diri sebab ramai. Untuk minuman sahaja pelayan akan datang ambil pesanan.

Balik singgah sebentar di rumah emak saudara di Flat Taman Tun Sardon.