Wednesday, March 25, 2009

Sarapan Nasi Lemak di Kampung Sungai Pusu

Pantai Timur lagi! Seorang kerabat dari keluarga isteri meninggal dunia pagi semalam di Taman Haji Da, Kuala Terengganu, kira-kira seminggu selepas ibu saudaranya meninggal di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Disebabkan masing-masing ada komitmen yang perlu diselesaikan pada pagi Isnin, maka penulis dan keluarga memutuskan untuk berziarah pada hari Selasa.

Kira-kira pukul 7:00 pagi, penulis dan keluarga bergerak meninggalkan Taman Tun Dr. Ismail menuju ke arah timur. Oleh kerana semua masih belum bersarapan, kami memutuskan untuk bersarapan dahulu sebelum meneruskan perjalanan panjang ke Kuala Terengganu. Destinasi kali ini ialah gerai nasi lemak Kampung Sungai Pusu di belakang kampus UIA Gombak.

Gerai nasi lemak Kampung Sungai Pusu adalah antara gerai kegemaran penulis sewaktu menuntut di UIA Gombak. Nasi lemak dan lauk yang dihidangkan di sini memang sedap. Ditambah pula dengan suasana kampung yang terpencil dan nyaman, sangat mendamaikan. Perlu layan diri untuk mengambil nasi lemak dan lauk yang diinginkan. Bila sudah habis makan perlu beritahu kepada Makcik Zaharah (pemilik gerai) lauk apa yang diambil. Gerai nasi lemak Kampung Sungai Pusu hanya beroperasi pada hari bekerja, seawal 7:00 pagi sehingga 9:00 pagi sahaja.

Pilihan lauk-pauk yang ada

Selepas kira-kira tiga tahun tidak ke sini, nampaknya kualiti makanan masih sama. Memang layan nasi lemak di sini. Suasana kampung masih ada, walaupun sudah nampak beberapa perubahan akibat pembangunan. Minuman pun sedap. Kena datang lagi, insya-Allah!

Aiman di gerai nasi lemak Kampung Sungai Pusu

Lebih kurang pukul 8:00 pagi kami sudah memasuki Lebuhraya Pantai Timur.

Sunday, March 22, 2009

Mesyuarat Pra-Perjumpaan Alumni Tajdid ke-4

Mesyuarat Pra-Perjumpaan Alumni Tajdid ke-4 di rumah Al-Akh Md Ruzani Koyube di Sri Gombak. Atas cadangan beliau, mesyuarat untuk membincangkan agenda-agenda yang akan dibawa dan dibincangkan dalam sesi Perjumpaan AT ke-4 minggu hadapan diadakan dengan dihadiri tonggak-tonggak utama AT. Ini bagi memastikan perjumpaan pada minggu depan berjalan dengan lancar dan teratur. Maryam dan Aiman ikut sama, bermain dengan Anas anak Ruzani dan Azizah.

Mesyuarat dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Al-Akh Khairil Anwar, pensyarah Kolej Taj, Ipoh. Disusuli pula dengan makan malam yang disediakan oleh tuan rumah. Selesai Solat Isyak, maka mesyuarat pun bermula. Lihat siapa yang paling sibuk waktu mesyuarat...

Maryam sibuk mencatat minit mengalahkan setiausaha

Oh, ada point penting mesyuarat yang perlu dicatat di papan putih. Semua tengok sini!

Ish, lama sangat la mesyuarat ni. Dah waktu susu saya ni.
Minum kat sini saja la (kat tengah-tengah perbincangan)

Lebih kurang pukul 10:30 malam bersurai.

Saturday, March 21, 2009

Dinner di Restoran Sawarabina, Hartamas Square

Sampai saja di rumah, terus bersiap untuk makan malam di Restoran Sawarabina, Hartamas Square. Kalau tak silap ini adalah kali kedua ke sini. First time dulu waktu nak angkat barang-barang pindah rumah dari Shah Alam ke Sungai Buloh bulan 1 dulu, ada pos kat blog untuk January 2009 boleh tengok kat archive. Malam ni cuma Maryam sahaja ikut, Aiman tinggal di rumah. Tokwan dan maktok pun ikut sama.

Maryam dah siap pakai dress yang beli siang tadi kat flea market The Curve. RM 25.

Sebab apa Maryam nangis? Kalau tak silap sebab dia suruh pakaikan baju si botak kot...

Maryam duduk di meja makan, khusyuk mendengar
perbualan orang tua sambil menunggu makanan.

Inilah gerai Restoran Sawarabina. Best! Dekat dan tidak mahal. Tapi minuman kurang best sebab gerai lain yang buat tapi tak pandai.

Bersiar-siar di The Curve Damansara

Selesai mandi, semua bersiap untuk berjalan-jalan di The Curve. Ramai orang, maklumlah cuti hujung minggu. Flea market penuh dengan macam-macam jenis barang. Ada satu gerai yang jual dress kanak-kanak. Jualan penghabisan stok, hampir kesemua jenis dress dijual pada harga RM 25.

Maryam dan Aiman dalam stroller di The Curve

Lebih kurang pukul 6 petang baru pulang ke TTDI. Lihat saja keadaan Maryam dan Aiman sebaik sahaja naik kereta, benar-benar keletihan:

Maryam

Aiman

Swimming kat Royale Bintang Damansara

Petang lepas makan tengahari terus ke kolam mandi The Royale Bintang Damansara. Maryam dan Aiman tukar pakai swimming suit dan mandi. Oleh sebab baru pukul 3 petang, kolam sunyi. Hanya kami sekeluarga yang ada.

Sempat rakam beberapa keping gambar dan satu video sahaja. Dua-dua excited dapat mandi kolam.

Maryam sedang warming up

Aiman sudah masuk kolam

Maryam rehat kejap

Maryam mengharung air di tengah kolam

Maryam di bibir kolam

Gaya seorang jaguh renang

Aiman dalam kolam

Aiman di tepi kolam


Video Maryam dan Aiman, memori telefon dah habis, itu yang video terlalu singkat

**p/s: Kemudahan surau dan tandas ada di sebelah kolam mandi, bersebelahan dengan Spa.

Makan Tengahari di Restoran IKEA

Hari ini tokwan dan maktok datang dari Penang. Maryam dan Aiman punyalah seronok. Esok tokwan dan maktok ada jemputan kenduri di Wangsa Maju, jadi mereka datang sehari awal untuk berjumpa dengan cucu-cucu kesayangan. Selesai check-in di Royale Bintang Damansara, kami berjalan kaki ke IKEA untuk makan tengahari. Ini adalah kali kedua Maryam dan Aiman makan di sini ditemani tokwan dan maktok. Kali pertama dulu pada bulan Disember 2008.

Memandangkan kami tiba pada waktu makan tengahari, restoran sesak dengan pelanggan. Terpaksa agih-agihkan tugas, sebahagian beratur di kaunter, sebahagian mencari meja kosong.

Menu yang ada memang unik dan istimewa. Maklum saja IKEA berasal dari wilayah Scandinavia. Banyak pilihan untuk salad, pencuci mulut dan roti. Menu utama pula ada ayam, ikan salmon dan bebola daging. Bebola daging memang sedap. Kalau datang sini perlu cuba bebola daging yang dihidangkan bersama sos dan kentang goreng. Untuk minuman pula, bayaran dikenakan terhadap cawan atau gelas yang digunakan, manakala minuman adalah percuma dan boleh isi berulang kali, cuma air mineral atau air kotak sahaja yang perlu dibayar. Keadaan restoran memang bersih, sesuai dengan imej IKEA sebagai satu syarikat yang terkenal di peringkat global (kalau kotor mesti malu!). Pelanggan digalakkan mengemas sendiri meja selepas makan, tetapi ramai yang tak endah jadi ada pekerja restoran yang akan kemaskan. Harga makanan boleh dikategorikan sebagai murah dan berpatutan bila dibandingkan dengan kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan.

Big Boy

Maryam posing manja

Maryam nak minum 'masam' (Maryam panggil oren = masam)

Ujian Kolestrol dan Restoran Santai TTDI

Pagi ini ada ujian untuk periksa tahap kolestrol dalam darah di Sinaran Pharmacy. RM 10 seorang. Pagi-pagi lagi dah ramai orang beratur di luar farmasi. Penulis dan isteri mendapat nombor giliran 14 dan 15. Ada dua pegawai makmal yang mengambil darah sampel. Tidak perlu menunggu lama. Selesai sampel darah diambil, ada peluang untuk periksa tahap kandungan gula dalam darah pula. RM 3.50 setiap seorang. Keputusan ujian gula terus diperoleh. Tahap gula penulis ialah 5.3, masih ok walaupun sudah dekat dengan 6.0. Keputusan kolestrol perlu tunggu tiga hari. Kemungkinan Khamis sudah boleh dapat keputusan.

Sinaran Pharmacy.

Untuk mendapatkan ujian yang tepat, calon dinasihatkan agar berpuasa. Jadi tidak boleh makan sebelum ujian. Habis sahaja membayar wang ujian, penulis dan isteri terus menuju ke Restoran Santai yang tidak jauh dari Sinaran Pharmacy.

Restoran Santai. Sedap atau tak, lihat sahaja kereta-kereta
pelanggan yang 'double-park' di luar restoran.

Dapur Santai.

Suasana bahagian dalam restoran dan kaunter pembayaran.

Restoran Santai terkenal dengan masakan Thai. Tetapi sebelah pagi takkan nak makan tomyam. Ada nasi lemak, mee, lontong dan laksa. Kuih-muih pun ada. Kebersihan restoran terjaga dengan baik. Sekiranya tidak merokok, lebih baik duduk di dalam restoran. Gaya reka bentuk restoran adalah bercirikan tradisional Melayu. Kualiti makanan dan minuman pun baik. Memang sedap.

**Keputusan ujian kolestrol diperoleh pada hari Rabu, tatkala penulis dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu. Tahap kolestrol ialah 4.6, masih di tahap ok juga.