Sempena musim cuti sekolah, kami sekeluarga bercuti ke Bandung dan Jakarta dari 27-31 Mei 2008. Terbang dengan Airasia dari LCCT Kuala Lumpur ke Bandara Internasional Soekarno-Hatta, Jakarta. Kemudian terus melalui Jalan Tol ke Bandung. Empat hari di Bandung. Satu hari di Jakarta. Maryam demam lebih kurang tiga hari selama di Bandung akibat kehujanan pada hari pertama. Masa cuti lebih banyak dihabiskan untuk membeli pakaian yang sememangnya murah-murah. Sebab itu kami pergi dengan bagasi yang kosong. Sewaktu di Bandung kami menginap di Hotel Ardelia, manakala di Jakarta pula kami menginap di Hotel Ibis, Mangga Dua. Pagi Jumaat kami meninggalkan Bandung menuju ke Jakarta. Sabtu malam pulang ke Kuala Lumpur dengan Airasia juga setelah penerbangan ditunda lebih dua jam. Ahad tengahari selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan penerbangan Fireflyz yang juga ditunda tiga jam dari Terminal 3 Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang.
Sunday, June 01, 2008
Bercuti ke Bandung dan Jakarta: KUL-CGK-KUL-PEN
Sempena musim cuti sekolah, kami sekeluarga bercuti ke Bandung dan Jakarta dari 27-31 Mei 2008. Terbang dengan Airasia dari LCCT Kuala Lumpur ke Bandara Internasional Soekarno-Hatta, Jakarta. Kemudian terus melalui Jalan Tol ke Bandung. Empat hari di Bandung. Satu hari di Jakarta. Maryam demam lebih kurang tiga hari selama di Bandung akibat kehujanan pada hari pertama. Masa cuti lebih banyak dihabiskan untuk membeli pakaian yang sememangnya murah-murah. Sebab itu kami pergi dengan bagasi yang kosong. Sewaktu di Bandung kami menginap di Hotel Ardelia, manakala di Jakarta pula kami menginap di Hotel Ibis, Mangga Dua. Pagi Jumaat kami meninggalkan Bandung menuju ke Jakarta. Sabtu malam pulang ke Kuala Lumpur dengan Airasia juga setelah penerbangan ditunda lebih dua jam. Ahad tengahari selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan penerbangan Fireflyz yang juga ditunda tiga jam dari Terminal 3 Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang.
Sunday, May 25, 2008
Memulaukan Saudara Sendiri
Setelah sekian lama berada di luar negara, baru kali ini berpeluang untuk menghadiri kuliah SS Mufti Kerajaan Negeri Perlis di Surau Al-Muhajirin, Taman Sri Ukay. Masya-Allah, bilangan hadirin terlalu ramai sehingga memenuhi segenap ruang yang ada di surau.
Kuliah berkisar mengenai perbuatan memulaukan saudara. Tiga hadith dibaca dan diulas dari Kitab Riyadh al-Salihin. Secara ringkas, Islam meraikan emosi manusia. Kadangkala, dalam pergaulan seharian, kita tidak dapat mengelakkan daripada mengguris perasaan orang lain atau orang lain mengguris perasaan kita disebabkan perkara peribadi. Maka, dibenarkan kita tidak bertegur sapa selama maksimum tiga hari. Selepas tiga hari berlalu, kita perlu menegur kembali saudara tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya rasa marah masih belum reda, maka Islam masih meraikan perasaan tersebut. Kita hanya perlu memberi salam. Tidak perlu bersembang disebabkan rasa marah yang masih ada. Setelah kita memberi salam, maka tanggungjawab kita sudah pun selesai. Sekiranya dia menjawab, maka kita berkongsi pahala dengannya. Sekiranya tidak dijawab, maka kita sudah terlepas dari menanggung dosa kerana telah menunaikan tanggungjawab kita.
Janganlah kita terus-menerus tidak bertegur sapa kerana Allah akan mengampunkan kesemua dosa pada setiap Isnin dan Khamis kecuali golongan musyrikin dan menangguhkan pengampunan terhadap mereka yang tidak bertegur sapa sehingga mereka berbaik semula.Ada yang bertanya kepada tuan mufti, adakah pengecualian ini termasuk mereka yang tidak bertegur sapa kerana sebab-sebab lain seperti berjauhan atau sibuk bekerja? Jawab tuan mufti, mereka ini tidak termasuk golongan yang memulaukan, kerana pemulauan atau tidak bertegur sapa ini disebabkan rasa marah akibat perselisihan faham yang lebih bersifat peribadi.
Pemerintah pula berhak menjatuhkan hukuman pemulauan lebih dari tiga hari kerana mereka diberi kuasa dan hukuman yang dijatuhkan itu tidak bersifat peribadi, tetapi disebabkan kesalahan jenayah yang berat. Ini pernah berlaku pada zaman Nabi sallallahu 'alayhi wasallam apabila baginda memulaukan tiga sahabat baginda yang tidak menyertai peperangan Tabuk lebih dari sebulan lamanya.Monday, May 19, 2008
Shah Alam Indah Bestari I
Kami berkira-kira untuk menetap di Shah Alam pada cuti summer kali ini. Taman Cahaya Alam. Banyak juga perkara yang perlu diselesaikan. Maklumlah, berpindah rumah.
Cuma, terharu yang amat apabila adik-adik kami teramatlah rajin menolong mengemas rumah sementara kami bercuti pulang ke kampung di Pulau Pinang. Semua bilik anak-anak kami, Maryam dan Aiman sudah siap dikemas, termasuklah pakaian mereka.
Friday, May 16, 2008
Kata Seorang Pakcik Tua
Kampungku menjadi lokasi pasar malam setiap hari Jumaat malam Sabtu. Seperti biasa, sebelum membeli-belah, aku singgah sebentar untuk Solat Maghrib di surau berdekatan. Boleh juga bertemu dengan orang-orang kampung di sini.Kata seorang pakcik tua yang mengetahui bahawa ibu negara Kanada ialah Ottawa, menangnya Pakatan Rakyat baru-baru ini bukanlah disebabkan masyarakat suka pada perjuangan mereka. Sebaliknya masyarakat amat marah pada Barisan Nasional, khususnya UMNO. Mana mungkin UMNO boleh kalah di kubu kuat sendiri melainkan masyarakat memang marah. Sombong sangat. Ingat masyarakat boleh diperbodoh sewenang-wenang. Zaman sekarang zaman teknologi dan masyarakat sudah berpendidikan tinggi.
Harga petrol naik. Harga barang keperluan naik. Tol naik. Kata pakcik tua, takkanlah harga petrol kita nak dibanding dengan Myanmar... Kita pengeluar minyak. Bodoh sangatkah kita sampai dibanding-banding dengan keadaan di negara yang ntah apa-apa.
Kata pakcik tua lagi, dalam kita marah-marah, kita tak boleh nafikan sumbangan UMNO dan Barisan Nasional. Banyak juga kemudahan yang mereka buat untuk kesenangan masyarakat. Cuma bila dah melampau sangat kesombongan mereka, mereka perlu diajar.
Lihat saja surau kita ni. Projek untuk bina surau baru dah bertahun lamanya diluluskan dan duit peruntukan semua dah ada tapi tak tahu di mana yang tersekat. Bila Pakatan Rakyat menang, baru UMNO cepat-cepat umum lepas Eidul Fitri tahun ni surau baru siap. Projek Kerajaan Persekutuan, untuk orang kampung kita.
Lagi pula, siapa kata kuasa Melayu semakin terhakis. Sekarang bilangan wakil rakyat Melayu di Parlimen, bila dicampur semua wakil UMNO, PKR dan PAS bilangannya adalah lebih ramai dari penggal lepas. Takkanlah bila perlembagaan mengenai Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu terancam mereka akan berdiam diri sahaja.
Sekarang kita bagi peluang kepada Pakatan Rakyat. Jika mereka tidak bagus, selepas empat tahun kita buat kepada mereka apa yang kita pernah buat kepada Barisan Nasional.
Alahai, kalau pakcik tua pun dah boleh celik politik, kalau yang muda masih buta terkapai-kapai tak tahulah...
Carilah Agama Yang Benar Kawanku...
Suatu masa tidak lama dahulu, setelah mengetahui serba sedikit mengenai Islam, Koen pernah berkata, Islam adalah agama yang susah. Lihat kena solat lima kali sehari semalam. Kena bangun seawal waktu fajar untuk bersihkan diri dan solat. Tambah pula di Kanada, waktu fajar boleh mencecah seawal 3:30 pagi pada musim panas. Ketika sedang belajar di kelas pun kena berhenti seketika untuk Zuhur, Asar dan Maghrib. Sebelum tidur kena bersihkan diri dan tunggu untuk Solat Isyak, di mana waktu Isyak pada musim panas di Kanada boleh mencecah selewat 11:00 malam. Kemudian pada bulan Ramadhan perlu pula menahan diri dari makan dan minum pada siang hari. Sebulan pula. Kemudian perlu juga beramai-ramai ke Makkah, bersusah-payah mengerjakan haji. Banyak pula larangan lain. Khinzir tidak boleh, daging yang tidak halal tidak boleh. Dating tidak boleh. Susah sangat menjadi penganut Islam.Lebih mudah menjadi seorang Kristian katanya. Ramai kawan-kawannya yang berpegang dengan agama Kristian tidak pernah ada sebarang pantang larang. Asal ada masa boleh pergi ke gereja. Jika tidak pergi pun tidak mengapa. Cukup sekadar hati percaya kepada Jesus. Cara penganut Kristian beramal ibadah lebih senang dari Islam. Lagi pula, semua agama lebih kurang sama sahaja, membawa kepada Tuhan...
Nasihatku kepadanya, jangan dikira mana mudah mana susah. Yang penting, cari agama yang benar. Katanya pula, mestilah semua agama benar sebab mereka ada pengikut. Kataku, tidak semestinya. Ada banyak ujian untuk mengukur kebenaran sesuatu agama. Jalankan ujian-ujian tersebut menggunakan aqal yang ada, kemudian ikut kata hati mana yang lebih benar dan lebih tepat.
Carilah agama yang benar kawanku...
Murtad dan Sebahagian Cara Menanganinya
Ulasan menarik dari Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis mengenai isu murtad di kalangan saudara baru (muallaf) dan sebahagian cara menanganinya. Murtad tempatnya di hati dan bukan ditentukan di Mahkamah Syari'ah ataupun kad pengenalan. Kad pengenalan hanya untuk memudahkan proses pentadbiran negara.
Sewaktu mereka ditimpa kesusahan memeluk Islam, kita kedekut nak beri wang zakat sebanyak mungkin. Kita tidak beri perhatian untuk mengajar mereka tentang Islam. Bagi duit zakat untuk tarik mereka memahami Islam. Bila sudah nak keluar atau mati baru nak rebut.
Begitu juga bila badan kebajikan agama lain beri wang dan bantuan perubatan percuma kepada orang Melayu-Islam, ada yang marah tapi tak mahu keluarkan duit sendiri!
Sewaktu mereka ditimpa kesusahan memeluk Islam, kita kedekut nak beri wang zakat sebanyak mungkin. Kita tidak beri perhatian untuk mengajar mereka tentang Islam. Bagi duit zakat untuk tarik mereka memahami Islam. Bila sudah nak keluar atau mati baru nak rebut.
Begitu juga bila badan kebajikan agama lain beri wang dan bantuan perubatan percuma kepada orang Melayu-Islam, ada yang marah tapi tak mahu keluarkan duit sendiri!
Subscribe to:
Posts (Atom)

