Friday, January 02, 2009

Kuala Lumpur-Gombak-Putrajaya

Another busy day...

Pagi-pagi lagi sudah berkejar ke Klinik Daya X-ray di Jalan Raja Laut ambil laporan x-ray. Terus ke Health Center, UIAM untuk melengkapkan medical examination report. Kemudian singgah di MSD, UIAM untuk ambil borang-borang dan surat perjanjian berkaitan study leave. Terus pula ke Putrajaya untuk menghantar surat perjanjian biasiswa di Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi. Lunch di Nando's dekat Medan Selera Putra. Solat Jumaat di Masjid Putra. Khutbah mengenai kewajiban membantu saudara di Palestin. Selesai solat diadakan pula solat hajat untuk keselamatan Palestin. Biarpun kaedah pelaksanaan solat hajat itu sendiri tertakluk kepada pertikaian, namun sekurang-kurangnya mereka ada kesedaran untuk membantu rakyat Palestin, tidak seperti sebuah masjid di Kuala Lumpur yang berterusan seperti tidak peduli akan isu semasa. Menurut sumber yang dipercayai, khutbah di masjid tersebut menyentuh isu hijrah, maklum sahajalah kita berada di ambang tahun baru hijrah.

Mungkin disebabkan kurangnya pendedahan terhadap amalan Sunnah, masyarakat lupa kepada Qunut Nazilah. Biarpun semangat untuk membantu Palestin membuak-buak, sepatutnya cara dan kaedah memberi bantuan juga perlu selari dengan ajaran Sunnah. Penerangan ringkas mengenai Qunut Nazilah ada di blog Abu Usamah:


Ya Allah! Peliharalah saudara-saudara kami yang dizalimi di Palestin!

Thursday, January 01, 2009

Ceri kegemaranku

Alhamdulillah, dengan kemudahan teknologi yang ada, banyak perkara menjadi mudah. Pagi tadi dah langsaikan beberapa bayaran. Pertama bayar baki upah tukang jahit kot di Kota Bharu, kedua bayar upah tukang jahit baju kurung di Johor Baharu. Kedua-duanya dengan mesin cash deposit Maybank. Cuma bil api dan telefon tidak dapat ditunaikan di mesin, tetapi boleh buat online. Aktifkan Maybank2U. Senang. Tak perlu beratur panjang di Pejabat Pos UIAM lagi untuk bayar bil.

Kad debit Visa pun lawa. Ada gambar buah ceri. Tak tahulah apa kaitan buah ceri dengan penggunaan kad debit, tapi design memang cantik. Sekarang sudah ada alternatif kepada kad kredit. Kad debit lebih selamat dan lebih menepati kehendak syarak. Ada peluang cerah untuk mengembangkan lagi penggunaan kad debit pada masa depan.

Cuma, carilah cawangan Maybank yang memberi layanan baik kepada pelanggan. Jangan jadi seperti kami, sudah dua kali ke Maybank di The Curve tetapi tahap layanan masih tidak memuaskan. Khabarnya Maybank Taman Tun lebih baik. Kad debit Visa Alrajhi pun ok, boleh guna untuk beli barangan online, cuma design ringkas dan tiada kemudahan MEPS.

Wednesday, December 31, 2008

Other than Palestine...

Weird?!

What is it? Well, tonight I prayed Maghrib and Isyak at a masjid in Kuala Lumpur. There was a weekly lecture after Maghrib, delivered by a quite famous scholar in Klang Valley. I used to listen to his lecture when I was at the Matriculation Center in Petaling Jaya. His lecture is not so bad, but if you have other things to do, better don't waste your time. So I didn't wait for his lecture since I have promised my wife to go to the bank, but I'll come back for Isyak. According to a reliable source that waited for the lecture, the scholar talked about waqf, and as usual he touched on the issue of delivering our Quran recitation to the deceased.

Then we prayed Isyak together. After prayer, as usual the imam read the doa loudly, following the local practice.

What's wrong? Bid'ah? Well, that is weird. But one more thing that really makes me feel weird and my heart painful, is to see how these people - the scholar, and the imam - even if they are really against the arguments of salafi scholars, did not say a thing about the Palestinian issue.

For the scholar, if you have time to attack opinions that say we cannot transfer the rewards of our Quran recitation to the deceased while teaching waqf, at least make the people aware of what is happening in Ghazzah.

As for the imam, when you read the doa loudly for the congregation following the local traditions, please include a plight for the Palestinians.

Our brothers and sisters are suffering. If we cannot fight with them, at least pray for them.

May Allah guide my people!

Doa buat Ghazzah!

Perlakuan rejim Zionis yang membunuh jiwa yang tidak berdosa di Ghazzah semakin melampau. Biadab. Kejam. Tidak berperikemanusiaan. Bukan saja umat Islam, bukan Islam yang bertamaddun juga mengutuk serangan tersebut. Tidaklah patut jet-jet pejuang melepaskan bom ke atas kawasan awam. Memang mana-mana negara patut mempertahankan keselamatan rakyatnya, tetapi dengan membunuh orang awam Palestin dari kalangan wanita dan kanak-kanak pastinya tidak akan memberi keamanan yang dicita Israel. Apabila kita kehilangan orang tersayang, kehilangan tanah tumpah darah, kehilangan rumah kediaman, akibat kezaliman yang berlaku, apa lagi yang ada pada hidup? Pastinya kita akan menuntut keadilan dilaksanakan. Sekiranya keadilan itu tidak dapat tercapai, pasti kita akan berbuat sesuatu demi membela keadilan.

Sebagai saudara seagama yang jauh, janganlah kita lupa akan nasib rakyat Palestin. Sama-sama berkongsi perasaan dengan mereka. Sekurang-kurangnya iringi perjuangan mereka dengan doa. Qunut Nazilah, seperti yang termaktub dalam lembaran al-Sunnah. Lebih jauh kita dari riyak, lebih mujarab doa kita.

Tuesday, December 30, 2008

Hari-hari Terakhir 2008

Minggu-minggu akhir 2008 sibuk dengan persiapan untuk berangkat ke Ottawa. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya permohonan untuk menyambung pelajaran diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 22 Disember 2008. Dengan kira-kira dua minggu sahaja lagi kelas akan bermula, ditambah pula dengan pelbagai jenis cuti, usaha untuk membuat persiapan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dalam satu hari perlu buat dua tiga kerja sekaligus. Pagi di Putrajaya bertemu pegawai kementerian, tengahari di Pusat Bandar Damansara mengambil pasport, petang di Health Center, UIAM Gombak untuk pemeriksaan kesihatan kementerian. Pagi mengisi borang permohonan visa yang berjela panjangnya, petang ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Jalan Duta untuk matikan setem perjanjian cuti belajar dan singgah pula di bank untuk buat cek bagi permohonan visa. Pagi ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur menghantar borang permohonan visa. Kemudian bersedia untuk pemeriksaan kesihatan Suruhanjaya Tinggi Kanada di Klinik Qualitas di Bukit Nanas, kemudian berkejar ke Daya X-ray di Wisma PKNS.

Selepas ini perlu ke Putrajaya semula untuk menghantar surat perjanjian cuti belajar dan borang pemeriksaan kesihatan. Perlu menunggu pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada panggil untuk serahan pasport. Kemudian tempah tiket penerbangan. Banyak betul perkara yang perlu dilakukan. Oleh itu, bagi sahabat-sahabat yang menghantar sms atau e-mel yang tidak berbalas, harap maaf. Nanti bila banyak masa lapang akan dibalas, insya-Allah.

Monday, December 29, 2008

Maryam at Baiti's

Maryam ke Restoran Baiti's buat kali yang ke... ke berapa ye? Dah banyak kali. Kalau tak silap kali ke-empat rasanya. Menu pilihan: Nasi goreng senandung dan nasi lemak kukus ayam goreng rempah. Oh, untuk orang diet kueh teow goreng pun jalan. Jangan lupa roti bakar dengan telur setengah masak.

Satu lagi, blog ini tidak dapat meletakkan gambar-gambar makanan disebabkan pelancaran rasmi program diet peringkat keluarga (walaupun dah beberapa malam ada ahli yang gagal mematuhinya).

Sunday, December 28, 2008

Aiman ke DSH lagi!

Dalam kesibukan membuat persiapan untuk ke Ottawa, tiba-tiba sahaja Aiman kena asma. Tidak seserius bronkitis sewaktu akhir Ramadhan yang lalu. Sabtu pagi kami membawa Aiman bertemu Dato' Dr. Azizi di Damansara Specialist Hospital. Walaupun keadaan kurang serius, penjagaan di wad lebih sempurna berbanding di rumah. Kali ini Aiman ditahan selama dua malam. Isnin pagi 1 Muharram 1430H baru dibenarkan keluar. Alhamdulillah.

Kiranya dalam sibuk-sibuk, sempat juga bercuti di hospital. Tengok movies, makan, tidur. Tengok movies lagi. Kemudian bila Aunty Ana joined the club, selalu pula ke wad di tingkat empat.

Dan seperti dulu, ramai nurse yang crazy kat Aiman. Kecil-kecil dah pandai pikat orang yerr!