Tuesday, January 27, 2009

Sarapan di Taman Tun Sardon

Selasa. Hari kedua Tahun Baru Cina. Hari ini satu keluarga berazam untuk stay-up lepas Subuh. Tujuannya ialah untuk bersarapan di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor. Tempat persinggahan wajib setiap kali pulang ke Pulau Pinang. Sebelah Kompleks Pasar dan Balai Rakyat Taman Tun Sardon, terletak deretan gerai kecil yang banyak. Kebanyakannya mula beroperasi awal pagi, selesai Solat Subuh. Jadi memang kena datang awal. Macam-macam ada di sini. Roti canai, roti jala, nasi lemak, nasi tomato, nasi kandar, kuih-muih dan lain-lain. Cuma perlu layan diri sebab ramai. Untuk minuman sahaja pelayan akan datang ambil pesanan.

Balik singgah sebentar di rumah emak saudara di Flat Taman Tun Sardon.

Sunday, January 25, 2009

Gaza, Hajarul Aswad dan Politik Tanahair

Sewaktu berada di hospital, jiran sebilik adalah dari bangsa Cina. Asal Ipoh. Menjalani rawatan fisioterapi kerana ada disc tulang belakang yang lari. Akibat kerja kuat. Sememangnya bangsa Cina terkenal dengan semangat untuk kerja kuat.

Pada suatu malam, dia melontarkan rasa kasihannya pada penduduk Gaza yang disembelih oleh rejim Zionis. Apakah kesalahan besar yang dibuat mereka sehingga negeri mereka diserang habis-habisan? Itu yang menghairankannya. Katanya lagi, sehingga kini dia masih belum jelas kenapa bumi Palestin sering dilanda konflik yang berterusan sejak sekian lamanya.

Tampak jelas kekejaman rejim Zionis sehinggakan individu-individu bukan Islam turut bersimpati dengan Gaza. Sejarah penubuhan negara haram Israel menyaksikan tanah milik rakyat Palestin dirampas. Hak mereka untuk hidup makmur dan berdaulat dinafikan. Rumah-rumah mereka dirobohkan. Kegiatan ekonomi mereka disekat. Orang-orang tersayang dibunuh. Apabila kesemua ini berlaku, apa lagi yang ada pada kehidupan? Kata rejim Zionis, mereka ingin melindungi rakyat mereka daripada keganasan Hamas. Namun, mereka lupa bahawa konflik tercetus akibat tindakan mereka sendiri. Apabila rumah dan keluarga tersayang hilang dari pandangan mata akibat dirampas dan dibunuh dengan zalim, pastinya dendam membara. Manusia sanggup berbuat apa saja demi mempertahankan tanahair dan membela orang-orang tersayang. Serangan demi serangan ke atas Gaza hanya akan menyemarakkan lagi bibit permusuhan yang sedia ada. Peluang untuk keamanan semakin tipis, dan pemulihan pastinya perlu mengambil lebih dari satu generasi.

Pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan. Apa istimewanya Palestin sehingga menjadi rebutan? Siapa pula yang memerintah di sana? Satu persatu persoalan dijawab sebaik mungkin. Menyingkap bagaimana Jerusalem menjadi istimewa di hati tiga agama besar: Yahudi, Kristian dan Islam. Menyusuri sirah penjajahan Rom dan pembukaan Jerusalem pada zaman Khalifah 'Umar ibn al-Khattab radiyallahu 'anhu, diikuti peperangan Salib dan pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi, sehingga kepada kejatuhan Turki 'Uthmaniyyah dan perang 1948.

Katanya, baru sekarang jelas kepadanya kenapa konflik ini berlaku. Kemudian ada juga beberapa persoalan lain mengenai Islam yang ditanyakan. Makkah. Batu hitam di Kaabah, apakah umat Islam menyembahnya. Ada juga isu politik tanahair yang disentuhnya. Maklum sajalah, esok pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Katanya, sebagai rakyat Malaysia, dia tidak kisah siapa yang memerintah. Yang penting, boleh cari makan dengan aman. Persepsi tipikal bangsa Cina sejak dahulu. Buat apa gaduh-gaduh, yang penting boleh sama-sama cari makan dengan baik. Persoalan mengenai Islam dan Palestin yang dilontarkannya, mungkin menunjukkan umat Islam di Malaysia masih kurang berdakwah kepada rakan senegara dari agama lain. Tidak hairanlah apabila media massa negara lebih banyak memainkan isu politik daripada memberi kefahaman tentang Islam.

Friday, January 23, 2009

Denggi dan Ottawa

Selesai sudah bab denggi. Alhamdulillah. Setelah lapan hari berada di wad 381 Damansara Specialist Hospital (DSH), akhirnya platlet darah mula meningkat. Perjalanan untuk menuntut ilmu di Ottawa terganggu. Begini kisahnya...

Mengikut jadual asal, penerbangan ke Ottawa telah ditempah pada 17 Januari 2009 dengan agen Triways. Penerbangan MAS dari KLIA ke London ialah pada 11:55 malam. Dari London ke Ottawa dengan Air Canada dan dijangka tiba pada 18 Januari 2009 jam 3:45 petang waktu tempatan. Segala persiapan sudah dibuat.

16 Januari 2009 sebelah malam tiba-tiba diserang demam, ditambah dengan sakit sendi melampau yang mengganggu tidur. Ingatkan demam biasa. Jadi sekadar ambil panadol. Dua biji setiap enam jam. Sehingga 1 petang keesokan harinya demam semakin teruk. Badan terasa sejuk yang amat sehingga menggigil, padahal suhu di termometer sudah 40.9 celcius. Atas nasihat keluarga, buat ujian darah di DSH. Sejam kemudian keputusan diterima, dan doktor mengesahkan denggi. Lantas surat larangan daripada berangkat ke Ottawa dikeluarkan. Last minute terpaksa cancel flight dan segala-galanya. Tinggal di wad selama lapan hari. Setiap pagi terpaksa buat ujian darah. Sehingga hari kelapan barulah platlet stabil.

Demam sudah hilang pada hari kedua, tetapi kata doktor waktu itulah ramai pesakit menyangka mereka telah sihat kerana demam sudah tiada, sedangkan virus denggi masih mengurangkan kandungan platlet darah. Denggi tiada ubat. Doktor sekadar boleh bantu memberi keselesaan. Kurangkan demam, loya, muntah, sengal dan lain-lain. Alhamdulillah selera sekadar hilang pada hari pertama sahaja. Air perlu minum dengan banyak. Untuk mengelakkan darah dari membeku.

Hari ketujuh ruam-ruam merah mula memenuhi badan. Ditambah dengan rasa gatal di kawasan sendi di tangan dan kaki sehingga menyeksa tidur. Oleh kerana ubat gatal pemberian doktor kurang berkesan, kapur disapu di kawasan gatal. Sejuk, tapi sekurang-kurangnya boleh tidur dengan aman seketika.

Pada hari ketujuh platlet turun sehingga 101, pada hari kelapan baru stabil dan meningkat ke 144. Akhirnya dibenarkan keluar oleh doktor. Selepas semalaman berehat di Kuala Lumpur, pulang untuk bercuti rehat di Pulau Pinang.

Wednesday, January 07, 2009

Aiman sudah mula merangkak

Hari ini Aiman sudah mula merangkak.

"Assalamu'alaykum!" Maryam kat sini. Cantik.

Baju tempahan sudah siap. Kain dari Jakarta, tempahan di Johor Baharu.

Big girl on high heels...


"Fashion!!"
Maryam
1 year 8 month 10 days
"Nak lee-ken (I want chicken)."

Saturday, January 03, 2009

8 month 18 days

Aiman is able to sit now.

* * * * *
"I'm a big boy now... all of you better watch out!"

Aiman
8 month 18 days
11 kg and still growing...

Friday, January 02, 2009

Gerai Arab di Hartamas Square

Malam dinner kat Hartamas Square Food Court. Gerai jual makanan Arab. Semua ada kecuali anak-anak kecil dengan maid. Papa and mama belanja. Esok nak kena angkut barang pindah dari Shah Alam ke Taman Tun Dr Ismail dan Sungai Buloh.

Makanan best. Kira lebih kurang setaraf dengan Sahara Tent. Lamb shawarma memang sedap. Lagi satu sini ada garlic sauce, Sahara Tent takde. Teringat kenangan kat Ottawa. Takde garlic sauce tak sah makan makanan Arab.

Cuma suasana saja kurang selesa, tak macam Sahara Tent. Air minuman pun tak sedap. Mungkin sebab tu harga lebih rendah berbanding Sahara Tent. Yang penting, dekat dengan Taman Tun...