Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Perumpaan seseorang yang berzikir mengingati Tuhannya dan seseorang yang tidak berzikir mengingati Tuhannya, ibarat orang hidup dan orang mati." [al-Bukhariy]
Daripada Abu Hurayrah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan Subhanallah wa bi hamdih 100 kali sehari, akan dipadam kesalahannya, walaupun (kesalahannya) seperti buih di lautan (banyaknya)." [Muttafaq 'Alayh]
*Dipetik dari al-Kalim al-Tayyib karya Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah.
Moral of the story: Banyakkan berzikir, benda mudah tapi ganjarannya besar, rugi kalau tak buat. Cuma, pastikan zikir anda bersumberkan hadith yang sahih!
Thursday, February 23, 2006
Wednesday, February 22, 2006
Kualiti Individu & Organisasi Dakwah - Sejenak Bersama Penasihat
Pemilihan sebagai Agen Dakwah Satu Anugerah, Satu Tanggungjawab
Setiap individu yang meluangkan masa dan tenaga untuk usaha dakwah sebenarnya menerima anugerah nikmat yang sangat besar dari Allah, di mana setiap mereka sepatutnya bersyukur kerana dipilih Allah sebagai pendakwah untuk menyebarkan agama-Nya dan meneruskan perjuangan Rasul-Nya. Anugerah ini datang dengan tanggungjawab yang besar, di mana kita memikul tugas mulia yang pernah disandang oleh Rasulullah dan para Sahabat dan generasi terdahulu yang dipilih Allah untuk menyebarkan agama-Nya di muka bumi.
Sungguhpun pemilihan sebagai pendakwah adalah satu nikmat dari Allah, janganlah kita lalai dan berasa bangga. Ini kerana sekiranya kita gagal melaksanakan tugas dakwah, nescaya Allah akan melemparkan kehinaan kepada kita dan memberikan tugas yang amat mulia ini kepada orang lain, seperti firman-Nya: “Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang memerlukan-Nya; dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan jadi seperti kamu.” [Surah Muhammad, 47: 38] Biarlah ayat ini menjadi peringatan keras buat setiap pendakwah agar mereka sentiasa waspada dengan diri mereka sendiri.
Merancang untuk Masa Depan dan Menilai Prestasi Masa Lalu
Dalam apa jua bentuk organisasi, kepentingan merancang masa depan dan menilai prestasi masa lalu mempunyai pengaruh besar dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu organisasi. Sebagai gerkaan dakwah, kita sangat berhajat kepada penyusunan gerak kerja yang terancang di mana perbincangan perlu diadakan untuk merancang hala tuju dan aktiviti pada masa akan datang. Perancangan yang teliti akan memastikan segala matlamat yang ditetapkan berjaya dicapai. Begitu juga dengan prestasi masa lalu mestilah sentiasa dinilai semula, di manakah kegagalan dan kelemahan yang wujud agar dapat kita baiki. Prestasi masa lalu penting dalam menjadi kayu ukur yang dapat kita guna dalam menilai hasil kerja kita.
Setiap individu yang terlibat dalam gerakan dakwah mesti sentiasa saling memberi nasihat sesama mereka. Kita perlu sentiasa duduk berbincang mengenai prestasi kita pada masa lalu dan merancang strategi untuk masa depan. Kita bukan anti organisasi, bahkan gerak kerja dakwah sangat memerlukan kepada pentadbiran yang sistematik.
Dakwah Fardiyyah Faktor Utama Gerakan Dakwah
Dalam menyampaikan mesej Islam kepada orang lain, kita perlu sedar bahawa dakwah yang benar-benar meninggalkan kesan kepada manusia lain ialah dakwah fardiyyah, dakwah yang kebanyakan kita lakukan tanpa kita sedari, melalui perkataan dan perlakuan kita seharian yang menjadi contoh ikutan kepada orang lain. Sesungguhnya apabila Islam tegak di hati kita, nescaya segala amal perbuatan kita akan lahir dari asas-asas Islam yang kukuh. Contoh tauladan inilah yang akan mempengaruhi orang ramai agar menyahut seruan Islam. Maka adalah menjadi kemestian bagi kita untuk berakhlak dan beradab menurut lunas-lunas al-Quran dan al-Sunnah.

Setiap manusia yang kita temui setiap hari adalah peluang untuk kita sebarkan mesej Islam. Tidak kira sama ada rakan sebaya, rakan di tempat kerja, atau sesiapa sahaja yang berhubung dengan kita merupakan ladang yang subur untuk kita semai benih-benih Islam. Janganlah kita abaikan peluang yang besar ini, kerana para nabi-nabi dan pejuang-pejuang dakwah terdahulu tidak pernah melepaskan peluang walau sesaat dalam hidup mereka untuk menjadi agen penyampai mesej Islam kepada manusia di sekeliling mereka.
Kepentingan Ilmu sebagai Pemangkin Gerakan Dakwah
Setiap pendakwah mesti memandang diri mereka sebagai tentera yang bertanggungjawab untuk mempertahankan Islam. Sebagai agen dakwah, kita akan dilihat sebagai imej ajaran Islam. Jadi, kita perlu memastikan bahawa setiap kelakuan kita mencerminkan ajaran Islam yang sebenar tanpa melanggar garis panduan Islam. Andai kita berkelakuan buruk, akan tercalarlah imej Islam yang kita bawa bersama.
Dalam keghairahan menjaja tenaga untuk dakwah, setiap pendakwah perlu memastikan mereka sentiasa dalam proses menuntut ilmu. Ilmu memainkan peranan yang amat penting dalam dakwah. Tanpa ilmu, manusia akan mudah terperangkap dalam lembah kejahilan. Sehebat mana seseorang manusia, masih banyak ilmu yang perlu dipelajari. Janganlah ada antara pendakwah yang merasa ilmunya telah cukup, sebaliknya perasaan tidak cukup ilmu perlu sentiasa wujud di hati mereka agar mereka akan berusaha bersungguh-sungguh mengejar seberapa banyak ilmu yang dapat.
Pengorbanan dalam Dakwah dan Keperluan Individu
Dalam percaturan kehidupan pendakwah, tidak dapat tidak akan berlaku pertentangan antara usaha dakwah yang memerlukan pengorbanan besar dengan keperluan manusia memenuhi beberapa kepentingan hidupnya.
Sungguhpun masa merupakan sumber yang amat terhad terutama dalam kehidupan seorang penuntut universiti, pendakwah mestilah mempunyai keinginan untuk meluangkan masa di jalan Allah. Kita mesti pandai membahagikan masa. Kehadiran ke kuliah-kuliah ilmu dan perjumpaan-perjumpaan seperti ini, untuk membincangkan hala tuju dan aktiviti dakwah akan melatih kita komited dengan tugasan dakwah. Perjumpaan-perjumpaan untuk kebaikan agama sudah tentu akan diberkati Allah, dan masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Tiada kurangnya jika kita meluangkan sekadar 30 minit atau sejam dalam masa sebulan untuk hadir ke perjumpaan seperti ini.
Hendaklah kita faham sepertimana para nabi-nabi dan pejuang-pejuang dakwah terdahulu, tatkala mereka meletakkan kepentingan Allah dan kepentingan dakwah mendahului segenap kepentingan lain dalam hidup mereka. Ini adalah hasil pemahaman yang jelas mengenai konsep al-wala’ wa al-baraa’ yang selama ini menjadi tonggak kemampanan Islam merentasi dimensi masa dan lokasi. Semoga Allah memberi kejayaan kepada kita dan merahmati kita semua.
*Ringkasan dan terjemahan ucapan Penasihat YAPIS-UIA, Sheikh Abu Huzayfah Aiman Yosof Al-Dakkak dalam Sesi Bersama Penasihat, 9 Muharram 1427 H / 8 Februari 2006, Masjid UIAM.

Subscribe to:
Posts (Atom)