Friday, August 18, 2006

Khas buat Penyokong Ronaldinho

"Ronaldinho Mengharapkan Kejayaan Israel Menentang Lubnan"
Sila klik gambar untuk besarkan...

Thursday, August 17, 2006

27 Rejab - Isra' dan Mi'raj

Saban tahun Hijrah, ramai di kalangan umat Islam tidak ketinggalan menyambut 27 Rejab sebagai malam Nabi sallallahu 'alaihi wasallam diisra'kan oleh Allah subhanahu wa ta'ala dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa. Begitu juga masyarakat Islam di Malaysia. 27 Rejab dianggap tarikh berlakunya peristiwa besar tersebut. Sebelum kita mengambil apa-apa keputusan, elok sekiranya kita lihat pandangan dua tokoh besar zaman kontemporari mengenai perayaan Isra' dan Mi'raj...

1. http://yapis.blogspot.com/2006/08/hukum-menyambut-perayaan-malam-isra.html
(al-Syeikh 'Abd al-'Aziz ibn Baz)
2. http://yapis.blogspot.com/2006/08/berpuasa-sempena-isra-dan-miraj.html
(Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

Sedihnya, acapkali ceramah yang diadakan di masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia sempena perayaan Isra' dan Mi'raj tidak lebih sekadar bingkisan kisah peristiwa tersebut, sehinggakan tidak nampak perbezaan dengan Hikayat Malim Deman, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain. Penceramah-penceramah yang dijemput nyata tidak mengambil faedah dari penulisan tokoh sejarawan Islam, Ibn Khaldun yang menekankan kepentingan pengajaran dalam kajian sejarah. Nyata sekali konsep pengorbanan dalam berdakwah yang dilakukan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, kesukaran dan kepayahan yang merintangi baginda sebelum peristiwa tersebut, kewafatan pelindung baginda - Abu Talib dan Khadijah, penolakan penduduk Ta'if, aduan baginda kepada Allah akan lemah dan kurangya upaya baginda dalam berdakwah - tidak lagi menjadi tema utama ceramah Isra' dan Mi'raj... besarnya peranan solat tidak diberi perhatian, sebaliknya kisah karut-marut yang kononnya dilihat baginda sepanjang perjalanan agung itu yang menjadi fokus ceramah. Aduhai umat Islam Malaysia! Alangkah remeh!!!

Tuesday, August 15, 2006

Kebiadaban Tentera Syi'ah - Mencerca Para Sahabah dan Umm al-Mukminin 'A'isyah

21 REJAB 1427, Laman Mufakkirah al-Islam: Berpuluh-puluh kenderaan tentera 'Iraq (Syi'ah) di sebuah bandar besar mencela para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan Ummu al-Mukminin ‘A'isyah radiyallahu 'anha dengan memainkan lagu-lagu dan muzik-muzik ketika dilaungkan azan maghrib di masjid Sunnah di satu daerah yang terletak di barat Ibu Negara Baghdad. Wartawan Mufakkirah al-Islam yang berada di tempat tersebut menceritakan kenderaan-kenderaan tentera 'Iraq menggunakan pembesar suara memainkan lagu-lagu lucah ketika melalui masjid-masjid Sunnah di daerah tersebut.

Sumber tersebut menjelaskan tentera-tentera ('Iraq yang Syi'ah) sentiasa mencela para sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan Ummu al-Mukminin ‘A'isyah radiyallahu 'anha dengan cara nyanyian. Kebiasaan mereka menperdengarkannya di jalan-jalan dan keadaan tersebut berterusan sehinggalah berita ini disebut. Wartawan Mufakkirah al-Islam di Baghdad berkata: Sekiranya yang dicerca itu isteri atau ibu orang yang cuma mengkhanati ummah dengan pemikiran al-Taqrib (mendekatkan antara sunnah) dengan mereka ini (Syi'ah), terutamanya ketika sekarang ini dengan situasi di Lubnan, sudah tentu mereka (suami dan anak) akan berubah pendirian. Adakah kedudukan dan kemuliaan mereka itu lebih suci dari kedudukan dan kemuliaan Ummu al-Mukminin wa al-Muslimin yang suci lagi disucikan, ‘A'isyah radiyallahu 'anha!!!

http://www.islammemo.cc/news/one_news.asp?IDNews=121803