Friday, March 27, 2009

Pasar Kubang Pasu dan Perjalanan Pulang ke Kuala Lumpur

Hari ini semua sudah bersedia untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Pagi selesai mengemas barang, terus ke Pasar Kubang Pasu, beli kuih-muih untuk sarapan pagi. Kemudian dari sana terus ke Jalan Che Su, singgah sarapan di Kopitiam Khuan Heong Yan. Kalau kat tempat lain jangan haraplah kalau nak singgah makan di kopitiam Cina. Pengecualian hanya untuk Kota Bharu. Kali pertama masuk ke sini memanglah agak kekok, tetapi apabila melihat ramai sahaja orang Melayu yang turut makan, akhirnya rasa biasa. Bukti integrasi kaum lebih berjaya di Kelantan berbanding tempat lain.

Inilah Pasar Kubang Pasu - pasar tidaklah sebesar mana, tetapi meriah dengan pelbagai jenis makanan yang dijual. Murah pula tu. Cuma nak cari parking ada sedikit masalah. Gambar pasar kurang memuaskan disebabkan terpaksa diambil dari dalam kereta. Budaya Malaysia - jika tiada parking, kita double park sahaja. Tapi pemandu perlu ada dalam kereta kalau-kalau menghalang jalan.

Ini pula Kopitiam Khuan Heong Yan - jangan mudah tertipu dengan papan tanda kedai yang baru, sebab kopitiam ini sudah lama. Perabot dan susun atur di dalam juga lama. Teknologi pun lama. Buktinya, cuba pesan telur setengah masak. Telur-telur perlu beratur menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam bekas air panas yang hanya boleh memuatkan dua biji telur pada satu-satu masa. Kalau pesan roti bakar juga suspense, sebab selalu sangat roti hailam habis.

Bila perut dah kenyang, penulis dan keluarga mula bergerak meninggalkan Kota Bharu melalui Jalan Kuala Krai-Gua Musang. Singgah untuk solat dan makan di R&R Gua Musang. Kemudian singgah lagi di Medan Selera Majlis Agama Islam Pahang di Raub untuk minum petang. Layanan tak mesra, ada ke patut dah pukul 5 petang belum ada masakan panas! Agaknya sebab lauk-pauk untuk nasi putih masih banyak, jadi pemilik restoran tidak mahu memulakan khidmat ala carte walaupun dah petang. Mee kari saja yang sedap. Kebersihan boleh diterima, walaupun kalau nak diikutkan perlu bersih lagi sesuai dengan imej Majlis Agama Islam Pahang. Layanan itu perlu diperbaiki lagi. Tandas pun sama.

Keluar dari terowong Genting Sempah hujan lebat. Ada banyak kemalangan di sana sini sepanjang lebuhraya menuju ke Gombak. Lega sangat bila sampai di Taman Tun Dr Ismail.

Thursday, March 26, 2009

Makan Malam di Syam Restaurant

Makan malam di Restoran Syam di Jalan Abdul Kadir Adabi. Restoran ini dah lama beroperasi, tetapi sudah di'rennovate' dan tampak eksklusif. Dua tingkat. Layan!

Tak sempat ambil gambar makanan kerana memory card sudah penuh. Maaf ya!

Secara keseluruhan, Restoran Syam memang bersih. Layanan yang diberi juga baik. Kualiti makanan sedap. Harga berpatutan, bahkan murah sebenarnya. Lebih baik ambil set dinner mengikut bilangan pengunjung.

Eh, sebenarnya ada gambar makanan, tersimpan dalam handphone lain.

Inilah suasana dalam restoran di tingkat atas. Mewah. Chandelier terang sangat, imej tak sharp.

Udang masak mentega (yakni buttered prawn) adalah hidangan wajib keluarga, memang sinonim sejak berzaman dahulu. Tak tahu kenapa setiap kali makan di restoran masakan Cina mesti ada menu ini. Kat belakang tu ialah ayam goreng mangga. Sebab selalunya pesan ayam masak lemon, kali ini nak cuba kelainan jadi pesan ayam goreng mangga. Ingatkan special macam masak lemon, tapi rupanya ayam goreng tepung dengan kerabu mangga. Tapi kira ok la juga sebab dapat ayam goreng dengan kerabu mangga sekaligus.

Menu utama pada malam tersebut: Kerapu masak nyonya. Sedap. Ada rasa pedas-pedas masam sikit. Sewaktu hidangan sampai, api kat bawah ikan menyala kuat sangat, terpaksa minta pelayan cepat-cepat padamkan, sikit lagi dah nak hangit!

Pasar Gok Kapur

Selesai membeli-belah di pusat bandar, destinasi seterusnya ialah Pasar Gok Kapur yang terletak di jalan ke arah Pantai Cahaya Bulan. Keistimewaan pasar ini ialah jualan ikan dan hasil laut yang baru sahaja tiba di jeti dengan harga yang murah. Sangat segar.

Pintu gerbang Pasar Gok Kapur

Bangunan pasar - meriahnya! Ramai pengunjung yang datang untuk membeli hasil laut

Antara hasil laut yang dijual. Segar! Lihat saja saiz sotong dan ikan yang dijual.
Penulis dan keluarga memborong bekalan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur

Pasar ini mula meriah pada waktu petang, kira-kira setelah nelayan pulang dari laut. Setelah membawa pulang hasil laut yang dibeli, timbul masalah untuk membungkus dan membawa pulang ke Kuala Lumpur. Semalam sewaktu bertolak dari Kuala Lumpur tidak menyangka hendak memborong ikan, jadi tidak membawa kotak polisterin. Akhirnya penulis dan keluarga terpaksa mencari kedai hardware petang ini juga, maklum sahajalah esok ialah Hari Jumaat, hari cuti umum - kemungkinan banyak kedai yang ditutup.

Beli kotak di Pasaraya Salamku - di persimpangan
Jalan Sultan Yahya Petra-Jalan Dato' Lundang

Tindik Telinga dan Kedai Alat Mainan

Petang. Keluar ke pusat bandar. Kali ini menuju ke deretan kedai emas di Jalan Pintu Pong, bertentangan dengan Kompleks Pasar Besar Siti Khadijah. Tindik telinga Maryam. RM 10 sahaja.

Maryam menangis terkejut apabila telinganya ditembak dengan subang

Kemudian, bawa Maryam ke kedai alat mainan di persimpangan Jalan Dato' Perdana-Jalan Tengku Maharani. Terdapat banyak pilihan alat mainan. Setiap kali pulang ke Kota Bharu memang penulis akan memborong barang permainan untuk anak-anak. Jika di Kuala Lumpur harganya RM 40, di sini boleh dapat dengan harga RM 10 sahaja. Ada satu lagi kedai alat permainan di Jalan Kebun Sultan, cuma kedai di Jalan Dato' Perdana lebih kecil. Tak perlu banyak berjalan dan mudah membuat pilihan kerana tidak rambang mata. Kedai di Jalan Kebun Sultan lebih besar dan lebih banyak pilihan. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Jika mahu ke kedai yang besar dan banyak pilihan, lebih baik ke kedai di Jalan Kebun Sultan.

Antara alat permainan yang ada dijual di sini

Selesai membeli alat permainan untuk Maryam dan Aiman,
singgah pula di Kedai Zon Ria, membeli baju pula buat mereka. Murah.

Maryam dah pegang baju-baju yang hendak dibeli

*p/s: Tak sampai tiga hari, subang yang ditindik di telinga Maryam tercabut kedua-dua belah. Nampak gaya kena tunggu dia besar sedikit baru tindik semula.

Nasi Kukus Awal

Selepas lebih kurang dua jam membeli-belah di Pasar Besar Siti Khadijah, perut mula berasa lapar. Kali ini penulis dan keluarga sepakat untuk mencuba di Gerai Nasi Kukus Awal pula. Gerai Nasi Kukus Awal terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi.

Pekerja gerai sedang sibuk menggoreng ayam

Nasi Kukus Awal - pilihan lauk-pauk yang ada

Suasana di Gerai Nasi Kukus Awal

Kawah besar untuk menggoreng ayam

Ayam kampung yang sudah siap digoreng

Banyaknya ayam yang sudah diperam - menunggu giliran untuk digoreng

Enam nasi kukus, enam ayam kampung, seekor bawal, hati ayam dan perut kesemuanya berjumlah RM 32. Macam tak percaya pula. Balik rumah di Jalan Bayam, singgah beli air di Gerai Pak Lah. Makan dan berehat. Petang pula baru keluar lagi.

Pasar Besar Siti Khadijah

Antara tarikan utama Kota Bharu ialah Kompleks Pasar Besar Siti Khadijah yang besar dan meriah. Selepas meletakkan kereta di Jalan Pintu Pong, penulis dan keluarga ke Bazar Mydin sebentar. Kemudian baru menuju ke Kompleks Pasar Siti Khadijah.

Bertentangan dengan kompleks pasar, ada dua bank - iaitu Maybank dan Bank Simpanan Nasional. Malangnya hanya ada satu sahaja mesin ATM untuk pengeluaran wang. Jadi perlu beratur panjang, maklum sahajalah orang Kelantan banyak wang - lantas kenapa bank-bank tidak mahu membanyakkan kemudahan prasarana di sini? Setentang dengan Maybank ada dua farmasi, sekiranya perlu membeli ubat-ubatan boleh ke sini dan bandingkan harga sebelum membeli.

Sebahagian dari Kompleks Pasar Besar Siti Khadijah. Bangunan ini menempatkan gerai-gerai yang menjual barangan basah, makanan dan peralatan pertukangan dan senjata.

Antara bangunan utama Kompleks Pasar Besar Siti Khadijah. Bangunan berwarna oren ada tiga tingkat. Tingkat bawah untuk barang mentah basah, tingkat dua untuk barang mentah kering manakala tingkat tiga menjual pakaian.

Antara gerai yang sempat disinggah penulis dan keluarga di tingkat dua pasar. Beli sedikit dodol dan kuih sebagai ole-ole untuk dibawa pulang untuk dikongsi bersama rakan sepejabat.

Bermacam jenis serunding!

Sewaktu di pasar, anda perlu pandai tawar-menawar. Kadangkala harga pertama yang disebut oleh peniaga sebenarnya adalah dua kali ganda harga sebenar. Untuk mendapatkan harga terbaik, anda perlu pandai bercakap pelat Kelantan, kerana pada masyarakat peniaga di sini, pelancong luar ada duit lebih dan tidak berkira sangat untuk membeli. Jika datang sebelah pagi boleh minta harga 'gori', atau harga pemula perniagaan untuk hari itu (a.k.a. pembuka pintu rezeki). Satu lagi, layanan yang diterima dari peniaga di sini berbeza mengikut musim. Sekiranya anda datang pada musim cuti sekolah, jangan harap anda akan dilayan dengan baik. Alhamdulillah kunjungan kali ini bukan pada musim cuti sekolah, jadi apabila penulis dan keluarga meminta diskaun lebih pun dilayan dengan baik.

Sarapan di Gerai Pohon Kekuk

Seperti biasa, sudah menjadi kemestian apabila ke Kota Bharu mesti singgah bersarapan di Gerai Pohon Kekuk di Jalan Dato' Lundang, depan Balai Islam Negeri. Hidangan utama ialah nasi dagang dan nasi berlauk. Ada dua barisan untuk pengunjung beratur, satu untuk pengunjung yang ingin makan di sini manakala satu lagi untuk yang beli bungkus. Kuih-muih juga ada, tetapi tidak banyak pilihan.

Pilihan lauk-pauk nasi dagang dan nasi berlauk

Kali ini ada tarikan baru di sini. Hidangan ikan bakar dan daging bakar. Sedap dan layan!

Selesai sarapan terus menuju ke pusat bandar.

Rumah Pusaka Jalan Bayam

Rumah pusaka keluarga Tok Ayah terletak di Jalan Bayam, di belakang Hotel Perdana. Ada kira-kira enam buah rumah sahaja di sini. Sebelah rumah ialah Taman Didikan Kanak-kanak Homalee, jadi di sebelah pagi riuh rendah dengan pelbagai aktiviti.

Tadika Homalee sebelah rumah Tok Ayah -
sedang bersenam sambil menari mengikut rentak lagu Siam

Di persimpangan jalan masuk ke kawasan rumah, ada gerai Pak Lah. Macam-macam makanan, dari nasi dagang sehingga ke pelbagai jenis kuih. Yang istimewa di sini ialah minuman. Memang 'kaw!'

Pak Lah sedang menyediakan minuman yang dipinta pengunjung

Tengok sahaja betapa ramai pengunjung gerai Pak Lah - sesak dengan makanan, dan pengunjung pelbagai bangsa juga sanggup duduk bersesak-sesak. Kalau tak best takkan orang sanggup bersesak-sesak, kan?

Wednesday, March 25, 2009

Makan Malam di Miria, Kota Bharu

Tiba di Taman Haji Da, Kuala Terengganu lebih kurang pukul 4:00 petang. Ucapan takziah disampaikan kepada ahli keluarga si mati yang berada di rumah. Penulis dan keluarga dijamu dengan keropok lekor dan minuman sejuk sebagai menyambut tetamu yang datang dari jauh. Setelah meluangkan kira-kira sejam di Kuala Terengganu, kami mula meneruskan perjalanan ke arah utara menuju destinasi seterusnya - Kota Bharu. Kali ini melalui jalan pantai pula (Federal Route #3685, Federal Route #3 di Kuala Terengganu bertukar arah menjadi jalan pedalaman).

Lebih kurang pukul 8:00 malam sampai di Kota Bharu. Terus ke Restoran Miria untuk makan malam. Terdapat pelbagai jenis menu di sini. Ruang makan mungkin kurang selesa disebabkan susun atur meja yang agak sesak dan pelanggan yang ramai. Tidak mengapa, kerana ramai pelanggan itu petanda sedap. Kebersihan pula tidak memuaskan jika standard Kuala Lumpur diguna pakai, tetapi jika menurut standard Kelantan masih agak bersih.

Inilah Restoran Miria, gambar tak clear sebab photographer pun dah penat

Maryam di Miria - rambut dah kusut, lama sangat travel

Aiman di Miria - baru bangun tidur

Menu - rambang mata, banyak sangat pilihan

Nasi lemak, nasi putih, ayam goreng berempah. lauk-pauk, roti canai...

Kaunter masakan panas

Suasana dalam restoran - pakcik dalam gambar tiada kena-mengena dengan penulis

Kari gearbox yang dimakan bersama roti canai - layan!

Roti canai, dan menu adik-beradik roti canai yang lain

Koay Teow Kungfu - sedapnya!

Selesai makan malam, kira-kira pukul 9:00 malam pulang ke rumah keluarga di Jalan Bayam. Kenyang dan penat. Badan perlu rehat setelah lebih 12 jam memandu dari Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi.

Jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah

Jika sebelum ini asyik menggunakan jalan pantai (Federal Route #3), kali ini penulis dan keluarga memilih untuk menggunakan jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah (Federal Route #14) untuk ke Kuala Terengganu. Ada beberapa pros & cons.

Pertama, jalan pantai lebih indah dan menarik berbanding jalan Jabor-AMBS. Kalau rasa ingin berhenti di kawasan pantai untuk berehat atau makan minum, jalan pantai lebih elok kerana terdapat banyak gerai dan pekan. Jalan Jabor-AMBS hanya melalui kawasan ladang kelapa sawit. Gerai makan sangat sedikit.

Kedua, jalan pantai terlalu banyak trafik dan persimpangan. Jalan pantai juga lebih sibuk berbanding jalan Jabor-AMBS. Seingat penulis, sepanjang jalan ke Kuala Terengganu, hanya ada dua persimpangan lampu insyarat di jalan Jabor-AMBS berbanding jalan pantai yang ada berpuluh-puluh. Sekejap-sekejap perlu berhenti di jalan pantai. Jalan Jabor-AMBS pula lebih sunyi, tidak banyak kenderaan yang menggunakannya.

Ketiga, sekiranya ingin cepat untuk sampai ke Kuala Terengganu, lebih baik guna jalan Jabor-AMBS. Kalau rasa ingin bersantai dan punya banyak masa, pilih jalan pantai.

Penulis dan keluarga berhenti rehat seketika di Bandar Al Muktafi Billah Shah untuk solat dan makan. Kemudahan di Bandar AMBS sangat hebat, masjid besar, perpustakaan dan bermacam-macam lagi. Yang tidak nampak ialah penghuni dan rumah kediaman. Di mana agaknya kawasan perumahan bandar ini? Penulis difahamkan bahawa Bandar AMBS ini sebenarnya hanyalah pekan bagi kawasan FELDA berdekatan. Sudah menjadi tanda pembangunan Kerajaan Negeri Terengganu menghabiskan peruntukan yang banyak untuk membina masjid dan pelbagai kemudahan lain pada skala yang besar dan indah.

Selesai solat kami menuju ke kawasan R&R di persimpangan jalan masuk ke masjid. Makanan yang ada tidak menarik sama sekali. Layanan agak baik. Tandas dan bilik mandi ada disediakan. Pengunjung boleh memilih sama ada hendak makan di dalam bilik berhawa dingin. Mungkin sebelah petang baru menu lebih meriah. Untuk makan tengahari hanya ada nasi putih, lima jenis lauk dan laksa. Masakan panas sebelah petang baru ada. Kebersihan boleh diterima. Tetapi lain kali jangan berhenti makan di sini, lebih baik teruskan perjalanan seketika sehingga di persimpangan Bukit Besi-Dungun. Di situ ada medan selera yang besar dan ramai pengunjung.

Mihrab Masjid Bandar AMBS

Chandelier - besarnya!

Ruang kawasan solat yang kosong

Siling masjid

Tangga untuk ke dewan solat, tak boleh pakai kasut ketika menaiki tangga,
bila panas tangga akan menjadi sangat panas

Eh, besarnya masjid sampai tak muat masuk kamera - kena ambil long shot

Inilah R&R Bandar AMBS

Gambar masjid diambil dari kawasan R&R

Lagi gambar masjid

Tanda menyambut kedatangan pengunjung ke Bandar AMBS

Dah 15 tahun usia R&R ni - menteri yang rasmi pun dah tak jadi menteri lagi dah

Stesen minyak Petronas berdekatan - mana la tahu nak isi minyak nanti!