September 12, 2006 - 11:50 p.m. Pesawat MAS berlepas dari KLIA menuju ke Frankfurt, transit pertama sebelum tiba di bumi Canada. 13 jam kemudian, sayup-sayup kelihatan Bandaraya Frankfurt menyambut cahaya pagi, dan kami menunaikan Solat Fajar di terminal sahaja.
September 13, 2006 - 10:30 a.m. Kami menaiki pesawat Air Canada menuju point-of-entry Canada, Montreal menjadi destinasi seterusnya. Alhamdulillah, pesanan makanan muslim yang dibuat melalui internet dilaksana dengan baik oleh pramugari Air Canada. Perbezaan ketara antara pramugari Air Canada dan MAS, kebanyakan sudah pertengahan umur... seakan-akan Air Canada menerima wanita tua ada hak untuk bekerja.
1:00 p.m. Kami menjejakkan kaki di Montreal. Urusan imigresen dan kastam berjalan lancar - alhamdulillah, walaupun air mineral dan balm vick dirampas pegawai keselamatan airport Montreal.
2:45 p.m. Kami berlepas menuju Ottawa dengan menaiki pesawat Air Canada Jazz. Penerbangan antara Montreal dan Ottawa mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.
3:20 p.m. Tiba di destinasi - Bumi Ottawa. Ketibaan kami disambut pegawai dari Jabatan Penuntut Malaysia Kanada, En. Nasir. Kami terus dibawa ke rumah Cikgu Tarmizi, Ketua Jabatan Penuntut Malaysia Kanada. Alhamdulillah, tamat sudah pengembaraan selama 28 jam yang melelahkan!
Semoga Allah memberkati usaha menuntut ilmu di bumi Ottawa!
Wednesday, September 13, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment