Monday, October 23, 2006

Solat Eidul Fitri di Gymnasium

8:00 pagi; Sedikit sahaja student yang memilih untuk solat di gymnasium. Takbir raya tetap bergema, walaupun alunan tidak sekuat di tanahair.

8:30 pagi; Malang sekali, tiba-tiba sahaja sebelum memulakan solat, seorang siswa bangun melaungkan lafaz iqamah.

8:45 pagi; Khatib pula tatkala memulakan khutbah memilih tahmid berbanding takbir yang disunnahkan untuk khutbah Eid.

Adakah Ramadhan yang berlalu tidak menyedarkan kita agar lebih tekun menyelusuri lembaran sunnah Rasul tercinta yang tersusun dalam kitab-kitab hadith? Sayang seribu kali sayang...

Mungkin untuk Eidul Adha akan kugagahi ke Masjid Besar Ottawa...

Sunday, October 22, 2006

Eidul Fitri dan Komitmen Pelajaran

Alhamdulillah, genap 30 hari berpuasa Ramadhan, kini Syawal menjelang. Buat kesekian kalinya inilah pertama kali Eidul Fitri disambut di perantauan, jauh dari keluarga tercinta.

Ramadhan is the (month) in which was sent down the Quran... (He wants you) to complete the prescribed period, so that you may do Takbeer (Allahu Akbar) for what He has guided you (to); and so that you will be grateful.
[Surah al-Baqarah, 2:185]

Pengalaman menyambut raya bersama zaujah tercinta di perantauan, di mana Islam adalah minoriti. Khilaf akan permulaan dan pengakhiran Ramadhan dan Syawal adalah perkara biasa, untuk memudahkan keadaan maka ketetapan Masjid Besar Ottawa diikut - Syawal jatuh pada 23 Oktober 2006, Isnin.

Masjid Besar Ottawa menjadi pilihan untuk menunaikan Solat Eid, di mana tiga sesi diadakan kerana bilangan jemaah yang terlalu ramai sedangkan ruang solat masjid terhad. Namun sekali lagi kehidupan sebagai penuntut ilmu memerlukan komitmen - 10 pagi, midterm paper Microeconomics Analysis... maka terpaksa memilih untuk solat bersama MSA (Muslim Student Association) di gymnasium universiti.

Apapun, check this out. A very cool and simple presentation with info on Eid. Taqabbalallahu minka wa minna!
http://outstandingmuslim.com/eid101/engage.html

Friday, October 13, 2006

Solat Jumaat


Inilah Norm Fenn Gymnasium, tempat penuntut Islam berkumpul untuk Solat Jumaat saban minggu. Ramai penuntut memilih untuk menunaikan Jumaat di sini kerana Masjid Besar Ottawa terlalu jauh. Khatib biasanya dijemput dari kalangan tokoh-tokoh di kalangan masyarakat Islam tempatan. Berbeza dengan Masjid Besar Ottawa, khutbah di Carleton disampaikan dalam Bahasa Inggeris sahaja.