Friday, July 29, 2005

Jadi budak baik...

Jumaat.

Still banyak kerja, tak dapat nak laksanakan sunnah yang dituntut sepenuhnya. Entah apa yang berlaku semalam, walaupun tertidur awal, still liat nak bangun awal menghadap Ilahi... alhamdulillah, still manage to go to the masjid. Pagi tadi, Ustaz Arif tidak lead solat, instead Mustafa dari Saudi yang jadi imam, baca potongan dari surah Ibrahim pada rakaat pertama, dan potongan dari surah al-Tahrim pada rakaat kedua... mungkin sengaja tidak mahu membaca surah al-Sajdah dan al-Insan seperti kebiasaan. Lagipun, bukanlah satu kewajipan untuk membaca al-Sajdah dan al-Insan pada setiap subuh Jumaat, seperti yang diriwayatkan oleh al-Buhariy:

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi s.a.w. pernah membaca pada solat subuh hari Jumaat Alif Lam Mim Tanzil al-Sajdah dan Hal Ata 'ala al-Insan (al-Sajdah dan al-Insan). [Kitab al-Jumu'ah, Bab bacaan pada solat Subuh hari Jumaat, hadith no. 891]

Panjang pulak syarahan Ibn Hajar al-Asqalaniy... well, secara ringkas, Ibn Hajar berpendapat perbuatan tersebut adalah sesuatu yang dituntut (bukan wajib!) berdasarkan lafaz-lafaz dari riwayat lain yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. sering atau selalu buat (banyak kali!) Sesuatu yang menarik, kalam Ibn Daqiq al-Eid, bahawa perbuatan ini sepatutnya ditinggalkan sekali sekala agar orang ramai tidak keliru dan menyangka seolah-olah perbuatan tersebut adalah wajib!!!

Ada dua isu menarik yang ditimbulkan oleh Ibn Hajar. Pertama, beliau tidak jumpa riwayat yang jelas menunjukkan Nabi s.a.w. sujud (sebab dalam surah al-Sajdah ayat 15 adalah ayat sajdah) kecuali riwayat Ibn Abi Daud dan al-Tabrani, namun kedua-duanya tidak sahih.

Isu kedua, hikmah dibaca al-Sajdah bukanlah sebab hendak sujud, seperti yang dikatakan oleh sebahagian 'ulama Kufah dan Basrah, sehingga ada di kalangan mereka yang berpendapat apa-apa surah pun boleh asalkan ada ayat sajdah, bahkan ada yang kata baca satu ayat sajdah pun dah okey kalau waktu tak mengizinkan... Semua alasan hikmah ini ditolak oleh Ibn Hajar, beliau telah quote dari Ibn Dihyah - berpendapat kedua-dua surah ini dibaca Nabi s.a.w. sebab isi kandungannya, yang menyentuh isu kejadian Adam dan keadaan pada hari Qiyamah, kerana kedua-duanya berlaku pada hari Jumaat...

Well, pendapat ni memang ada rasionalnya... memang menginsafkan jika kita sering diingatkan perkara yang sama, teringat akan nasib kita pada hari Qiyamah kelak, so... hari Jumaat kiranya memang nak kena jadi sehabis baik laa!!!

No comments: