Satu perkara mengenai kanak-kanak yang sangat menarik, ialah mereka sentiasa bersemangat untuk meneroka perkara baru dalam hidup mereka. Cuba kita korek kembali kenangan sewaktu kecil, betapa bersemangat kita pada hari pertama untuk memulakan persekolahan, detik pertama naik basikal, pertama berdiri di hadapan perhimpunan untuk berucap... kesemuanya kita lakukan dengan penuh bersemangat...
Masih teringat akan nenda tercinta, suka benar melancong. Kali pertama dia ingin membawa diriku melancong ke Langkawi, seharian aku tak dapat bayangkan keseronokan untuk bercuti di sana... semalaman jua lah dia terpaksa temankan cucunya yang tidak dapat melelapkan mata.
Begitu juga sewaktu zaman persekolahan (sekolah rendah laa... sekolah menengah dah dewasa!) boleh dikatakan setiap perkara yang kita lakukan, kita akan buat sehabis baik...
Setelah meningkat dewasa, rasanya semangat untuk melakukan sesuatu semakin hambar... kita masing-masing sudah tidak ada keinginan untuk mencuba perkara baru... jika ada pun kerana terpaksa. Maka jarang orang dewasa dapat menghasilkan sesuatu yang telah diusahakan sebaik mungkin.
Jika dulu, time kecik-kecik, rasa tak sabar nak jadi orang dewasa, sebab nampak kebebasan yang mereka kecapi begitu indah... namun, sekarang rasa macam teringin benar untuk kembali ke zaman dulu, di mana ada perkara baru yang kita ingin ketahui atau lakukan... kehidupan yang bersih dari dosa yang menggelapkan hati.
Anyway, life must go on. Hopefully semangat ke'kanak-kanak'an akan sentiasa mempengaruhi perspektif diri dalam menilai sesuatu...
Thursday, July 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment