Friday, November 25, 2005

Kursus Penghayatan Solat dan Kecemerlangan Akademik

Tarikh:
25-27 November 2005
Tempat:
Institut Pengajian Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Anjuran:

Yayasan Penuntut Imam Al-Syafie (YAPIS) & Institut Pengajian Ibn Qayyim Al-Jauziyyah

Objektif Program
1. Melatihkan dan melazimkan peserta dengan ibadah solat berpandukan Sunnah Rasulullah
2. Meningkatkan dan menjana motivasi di dalam pelajaran akademik
3. Membimbing dan menerapkan peserta dengan akhlak Islam

Yuran: RM 50
*pembayaran boleh dibuat di Institut Pengajian Ibn Qayyim Al-Jauziyyah
Sasaran: Pelajar Sekolah berumur 10-17 tahun (Lelaki sahaja)
Fasilitator: Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Program ini merupakan tradisi bagi mahasiswa UIAM sejak tahun 2003. Ini adalah kali ketiga kami mengendalikan program ini di Pulau Pinang. Dijalankan dengan bimbingan dan bantuan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan para jawatankuasa Institut Pengajian Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Pulau Pinang.

Program sebegini dapat mengeratkan ukhuwwah di kalangan mahasiswa dan masyarakat sekeliling, dan melatih mereka menjadi pendakwah kepada komuniti Islam di luar kampus. Salah satu langkah untuk mendidik generasi muda masyarakat agar berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Berminat? Layari laman blog YAPIS di sebelah...

Thursday, November 17, 2005

Islamic Finance: The Challenges Ahead

Islamic Finance: The Challenges Ahead
3rd International Islamic Banking and Finance Conference
16 & 17 November 2005
Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur

website: http://www.monash.edu.my/bc3

Towards the Realisation of Divine Objectives and Moral Principles in Islamic Finance

Alhamdulillah, my paper is accepted and will be presented by my good friend, Dr. Hassanuddeen. Can't wait to hear response from others...

Monday, November 07, 2005

Chechnya... ambil tahu!

Ambil tahu...
Dalam kesibukan kita memenuhi kepentingan diri kita, sama-samalah luangkan masa untuk mengetahui kisah perjuangan saudara kita di seluruh dunia. Saudara-saudara kita di Chechnya telah lama menderita. Marilah kita ambil pengajaran terhadap apa yang menimpa mereka, dan jangan berhenti dari terus berdoa untuk mereka, di samping memikirkan bentuk bantuan lain yang dapat diberikan...


http://www.globalissues.org/Geopolitics/Chechnya.asp

Informasi yang tepat membantu memberi gambaran yang menyeluruh dan tindakan yang betul.

Negara kecil ini telah sekian lamanya memperjuangkan kemerdekaan, namun cengkaman penjajahan Russia terus menghalang impian rakyat Chechnya untuk bebas di bumi sendiri. Kekayaan minyak dan pelbagai hasil bumi menyebabkan ia menjadi rebutan Russia, ditambah dengan kepentingan politik Vladimir Putin untuk terus kekal berkuasa di Kremlin. Kekacauan yang berterusan hanya menyebabkan kemusnahan... yang menjadi mangsa, rakyat awam yang tidak bersalah.

Betapa ruginya dunia apabila orang Islam hilang kuasa!

Sunday, November 06, 2005

Bid'ah: Antara Ibadah dan Adat

Setiap bid'ah dalam agama adalah sesat, manakala bid'ah dalam urusan dunia tidak ditegah selagi tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas yang telah diletakkan agama. Allah memberi kebenaran kepada manusia untuk meneroka dunia dan memenuhi tuntutan kehidupan mereka sepertimana yang mereka mahu, asalkan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas agama, iaitu memelihara keadilan, menghalang mudarat dan menghasilkan manfaat.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah:

"Segala amal perbuatan makhluk terbahagi kepada dua: 1) Ibadah yang diambil sebagai agama, memberi manfaat di akhirat atau memberi manfaat di dunia dan akhirat; 2) Adat yang memberi manfaat kepada kehidupan mereka.

Maka, hukum asal dalam ibadah: Tidak diperintah melakukannya melainkan apa yang Allah perintahkan.

Dan hukum asal dalam adat pula: Tidak dihalang daripada melakukannya melainkan apa yang Allah telah larangkan."
[Iqtida' al-Sirat al-Mustaqim li Mukhalafah Ashab al-Jahim]

Wednesday, November 02, 2005

Eid Mubarak!


Semoga segala amalan diterima Allah dan diampunkan dosa-dosa yang lalu.
Maaf zahir & batin.
Sambutlah kegembiraan Eid berlandaskan lunas-lunas syarak.

Semoga istiqamah dalam perjuangan.

Ruang dalam Masjid Besar Qurtubah, Andalus.
Tinggalan bukti keunggulan tamadun Islam di bumi Sepanyol...
Moga menjadi inspirasi buat para pejuang agar terus berusaha mengembalikan kegemilangan Islam.