Firman Allah:
“Dan demikianlah, Kami telah menurunkan al-Quran itu sebagai peraturan (yangPenguasaan bahasa Arab yang lemah akan mudah menyebabkan seseorang itu terlibat dengan perbuatan bid‘ah. Sesungguhnya Syari‘ah yang diwahyukan Allah kepada umat manusia telah lengkap dan sempurna tanpa memerlukan penambahan atau pengurangan, maka setiap muslim mestilah memastikan setiap aspek kehidupannya: ibadah, adat dan mu‘amalah, selari dengan Syari‘ah.
benar) dalam bahasa Arab.” [al-Ra‘d, 13: 37]
Kejahilan mengenai kaedah memahami sumber hukum juga boleh menyebabkan seseorang terbabit dengan perbuatan bid‘ah. Sesungguhnya telah salah sesiapa yang menetapkan amal ‘ibadah melalui cara qiyas, kerana qiyas tidak boleh diguna pakai dalam hukum-hakam berkaitan ‘ibadat. Salah satu rukun qiyas, iaitu persamaan ‘illah (sebab sesuatu amalan menjadi wajib/mandub/harus/makruh/haram) antara hukum asal dan hukum baru, tidak boleh digunakan untuk menetapkan sesuatu amalan baru dalam ‘ibadah. Ini kerana amal ‘ibadah dibina atas ‘illah (sebab) ta‘abbudiyyah semata-mata, iaitu sesuatu amal ‘ibadah itu perlu dilakukan oleh manusia semata-mata kerana terdapat suruhan dari Allah, tidak boleh bagi manusia untuk memikirkan sebab-sebab yang rasional kenapa sesuatu ‘ibadah itu diwajibkan dan kemudian hukum tersebut dikembangkan pula kepada amalan lain.*
*Rujuk: Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali, al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul, juz 2, m/s 529.
Contoh: Solat sunat rawatib sebelum Zuhur disebut dalam hadith-hadith yang sahih. Walau bagaimanapun, pada hari Jumaat, solat Zuhur digantikan dengan solat Jumaat. Jadi, sebahagian umat Islam menggunakan kaedah qiyas untuk menetapkan terdapatnya solat sunat qabliyah Jumaat antara azan pertama dan azan kedua pada waktu solat Jumaat sebagaimana terdapatnya solat sunat qabliyah Zuhur antara azan dan iqamah solat Zuhur pada hari-hari lain.
Kata al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
“Sesiapa yang menyangka bahawa mereka (para Sahabah r.a.) setelah Bilal selesai
melaungkan azan, kesemua mereka bangun dan menunaikan solat dua rakaat maka dia adalah manusia yang paling jahil mengenai sunnah.”Zaad al-Ma’ad fi Hady Khayr al-‘Ibad.
No comments:
Post a Comment