Saban tahun Hijrah, ramai di kalangan umat Islam tidak ketinggalan menyambut 27 Rejab sebagai malam Nabi sallallahu 'alaihi wasallam diisra'kan oleh Allah subhanahu wa ta'ala dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa. Begitu juga masyarakat Islam di Malaysia. 27 Rejab dianggap tarikh berlakunya peristiwa besar tersebut. Sebelum kita mengambil apa-apa keputusan, elok sekiranya kita lihat pandangan dua tokoh besar zaman kontemporari mengenai perayaan Isra' dan Mi'raj...
1. http://yapis.blogspot.com/2006/08/hukum-menyambut-perayaan-malam-isra.html
(al-Syeikh 'Abd al-'Aziz ibn Baz)
2. http://yapis.blogspot.com/2006/08/berpuasa-sempena-isra-dan-miraj.html
(Dr. Yusuf al-Qaradhawi)
Sedihnya, acapkali ceramah yang diadakan di masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia sempena perayaan Isra' dan Mi'raj tidak lebih sekadar bingkisan kisah peristiwa tersebut, sehinggakan tidak nampak perbezaan dengan Hikayat Malim Deman, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain. Penceramah-penceramah yang dijemput nyata tidak mengambil faedah dari penulisan tokoh sejarawan Islam, Ibn Khaldun yang menekankan kepentingan pengajaran dalam kajian sejarah. Nyata sekali konsep pengorbanan dalam berdakwah yang dilakukan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, kesukaran dan kepayahan yang merintangi baginda sebelum peristiwa tersebut, kewafatan pelindung baginda - Abu Talib dan Khadijah, penolakan penduduk Ta'if, aduan baginda kepada Allah akan lemah dan kurangya upaya baginda dalam berdakwah - tidak lagi menjadi tema utama ceramah Isra' dan Mi'raj... besarnya peranan solat tidak diberi perhatian, sebaliknya kisah karut-marut yang kononnya dilihat baginda sepanjang perjalanan agung itu yang menjadi fokus ceramah. Aduhai umat Islam Malaysia! Alangkah remeh!!!
Thursday, August 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment