Pagi ini terasa hendak sarapan dengan roti canai. Sekali lagi singgah di medan selera di depan Sekolah Menengah Teknik Gombak. Kalau dulu kena roti canai Sasaran Selera, kali ini ke roti canai Montel pula. Kedua-dua gerai berada dalam blok medan selera yang sama.

Minuman pula di sini lebih banyak pilihan berbanding Sasaran Selera. Yang dalam gambar tu ialah kopi radix 'aircond' (maknanya suruh letak ais kat luar cawan). Minuman paket harganya kalau tak silap RM 2 satu. Layanan pula kedua-duanya baik, tetapi jika dibuat perbandingan, Montel lebih mesra pelanggan. Lagi pula kerana Montel hanya ada dua pekerja berbanding Sasaran Selera yang ada ramai pekerja.
Lagi satu, penulis suka konsep gerai yang menyediakan tempat basuh tangan dalam bekas air macam yang ada kat dalam gambar tu. Betul-betul menggamit nostalgia waktu kecil-kecil dahulu, dan rasa macam dilayan sungguh-sungguh sebab ada orang yang ambil berat menyediakan air untuk basuhan tangan. Kalau ada sinki tu dah jadi perkara biasa, tapi bila ada bekas air dekat dengan kita rasa macam dilayan sebagai tetamu betul...
Rupa-rupanya ada satu lagi gerai roti canai yang baru beroperasi di sebelah Montel. Maknanya sekarang ada tiga gerai roti canai di sini. Insya-Allah ada peluang cuba gerai yang baru pula.
Rupa-rupanya ada satu lagi gerai roti canai yang baru beroperasi di sebelah Montel. Maknanya sekarang ada tiga gerai roti canai di sini. Insya-Allah ada peluang cuba gerai yang baru pula.
4 comments:
abg iwan, dia diberi nama montel sebab penebar roti canai tu,nama dia montel
makan jangan tak makan, tinggai lagi 4 bulan aja nak mai sini. nak kena suruh sidia belajaq canai roti la nnt. beli yg segera tak sedap, cepat keraih.
Aduh, saya pon meleleh ayaq lioq mcm kak azidah. Ttp takde si dia atau sesiapa nak tolong buatkan.
Terima kasih entri dan gambar, memang kedai RC Montel tempat kegemaran saya makan RC di situ sejak dari kampus lagi. Kelebihannya ialah pada kuah karinya yang sedaapp sangat :-)
Post a Comment