Sunday, March 18, 2007

Al-Kabirah V

Menahan diri dari mengeluarkan zakat. Firman Allah tabaraka wa ta'ala:
[180] Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya, menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan dia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.
[Surah Ali 'Imran, 3:180]

Sunday, March 11, 2007

Gunung Nan Teguh dan Seekor Anjing Kurap

Hairan apabila melihat sebahagian manusia berusaha bersungguh-sungguh ingin menyesatkan tokoh-tokoh ilmuwan agung terdahulu, sedangkan tokoh-tokoh ilmuwan ini telah pun lama meninggalkan kita, sebahagian besar mereka telah pun membuktikan kecintaan mereka terhadap Islam dan menyeberang jambatan menuju keredhaan Ilahi, dan keilmuwan mereka diiktiraf tokoh-tokoh ilmuwan terkemudian. Antara yang sering menjadi perhatian golongan ini ialah Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah rahimahullah.

Andai diperhatikan usaha golongan ini, mereka bukan sekadar menyesatkan Ibn Taymiyyah, bahkan dengan tidak segan silu mengkafirkan beliau, berpaksikan aqidah murni Ibn Taymiyyah yang pada timbangan falsafah mereka adalah terkeluar dari Islam. Cacat dengan virus musyabbihah dan mujassimah kononnya, padahal mereka sebenarnya yang terjebak dalam perangkap musyabbihah dan mujassimah akibat ketaksuban mereka kepada falsafah.

Tidakkah golongan ini sedar, bahawa ketokohan Ibn Taymiyyah diakui tokoh-tokoh Islam terkemudian? Buku-buku karangan beliau memenuhi rak-rak perpustakaan di serata dunia Islam dalam serata bidang: aqidah, tafsir, ulum al-tafsir, siyasah, ekonomi, kemudian terdapat pula himpunan fatwa beliau yang merangkumi hampir segenap disiplin ilmu Islam. Pendapat-pendapat beliau sering dijadikan rujukan dan panduan oleh tokoh-tokoh ilmuwan Islam. Beratus-ratus kajian tesis kesarjanaan mengenai ilmu beliau dihasilkan oleh universiti-universiti di serata dunia Islam. Ratusan graduan institut pengajian tinggi di dunia Islam memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafah hasil kajian mengenai ilmu beliau. Karya-karya beliau senantiasa memenuhi ruang nota kaki khazanah Islam. Bahkan sifat beliau yang sabar menghadapi fitnah yang dilemparkan terhadapnya yang mengakibatkan beliau dihukum pemerintah pada zamannya, hidupnya yang zuhud, perjuangan beliau di medan perang bersama tentera Islam menghadapi kemaraan Tartar sering disebut sebagai tauladan baik yang harum sepanjang zaman buat umat Islam.

Tiba-tiba pada zaman sekarang ada pula suara-suara yang mengkafirkan beliau. Hati manakah yang tidak terasa apabila melihat saudara seagamanya dicerca dan dituduh kafir? Apatah lagi jika saudara seagama tersebut telah lama mati, dan meninggalkan khazanah ilmuwan tak ternilai yang diakui oleh tokoh-tokoh ilmuwan lain pula? Apakah mereka hendak membuang puluhan karya Ibn Taymiyyah yang memenuhi perpustakaan dunia Islam? Kemudian tidak mengiktiraf pula ratusan kajian dan tesis yang telah dihasilkan mengenai keilmuwan beliau?

Bagi saya, keilmuwan Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah ibarat gunung yang kukuh terpasak ke dalam bumi menjulang tinggi ke awan. Bukan seorang dua sahaja tokoh yang menyanjung keilmuwan beliau, bahkan terlalu ramai yang mengakui keilmuwan beliau. Suara-suara yang mengkafirkan beliau hanyalah ibarat lolongan anjing kurap yang tidak sedar keadaan dirinya yang hina. Menyalaklah sekuat hati, nescaya gunung tersebut tetap kukuh.

Daripada membuang masa mencerca saudara seagama yang telah meninggal dunia dan diakui pula kebaikannya, saya doakan semoga Allah memberi kesedaran kepada golongan ini akan kesalahan besar mereka. Lebih baik mereka menginsafi kesalahan mereka sendiri daripada mencerca kesalahan Ibn Taymiyyah.

Artikel ringkas pembelaan tokoh-tokoh ilmuwan terhadap Ibn Taymiyyah:
http://yapis.blogspot.com/2007/03/pembelaan-para-ulama-terhadap-ibnu.html

Al-Kabirah IV

Meninggalkan Solat. Firman Allah tabaraka wa ta'ala:
[59] Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), [60] Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.

[Surah Maryam, 19:59-60]

Monday, March 05, 2007

Puak Allah Wujud Tanpa Bertempat Mencuba Nasib Lagi di UIAM

Puak Allah Wujud Tanpa Bertempat kembali lagi dengan tujuan merosakkan aqidah siswa UIAM, setelah mereka pernah berdialog dan berdebat bersama siswa UIAM di Masjid UIAM dua tahun yang lalu. Kali ini mereka berjaya mendapatkan auditorium UIAM, dan turut disertai oleh al-Fadhil Ustaz Uthman El-Muhammady, Timbalan Mufti Pahang, Zamihan al-Ghariy dari JAKIM dan Ustaz Mahfuz (walaupun Zamihan dan Mahfuz tidak dapat hadir). Butiran mengenai seminar tersebut:

Seminar Sehari Dan Forum Pembangunan Aqidah Islamiah Sebenar Adalah Satu Cabaran di Era Globalisasi
Tarikh: 3 Mac 2007-03-05
Tempat: Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Masa: 9:30 pagi- 11.30 malam
Bayaran: RM 5.00 (Pelajar) Percuma
RM 7 (Bukan Pelajar) Percuma

Maka berbondong-bondonglah pelajar dari luar UIAM dibawa untuk memenuhi ruang auditorium. Sebagai respons kepada Forum Tajdid yang diadakan di UIAM baru-baru ini, tidak hairan puak Allah Wujud Tanpa Bertempat ini kembali lagi untuk cuba mendapatkan tempat di hati siswa UIAM. Untuk laporan mengenai seminar tersebut, boleh baca laporan yang disediakan oleh pihak YAPIS yang hadir di seminar tersebut:
http://yapis.blogspot.com/2007/03/laporan-khasseminar-sehari-dan-forum.html

Syabas buat sahabat-sahabat siswa di UIAM yang tegar mempertahankan kemurnian aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dari anasir-anasir sesat ini. Semoga Allah memberkati usaha kalian.

Sunday, March 04, 2007

Al-Kabirah III

Sihir. Firman Allah subhanahu wa ta'ala:
[102] Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
[Surah al-Baqarah, 2:102]

Thursday, March 01, 2007

Sharing a Camel

Syeikh Abu 'Abdurrahman Muhammad 'Ali 'Ajaal
Fiqh Class
Syeikh Abu 'Abdurrahman was teaching about Solat al-Jumu'ah, and he read to us the famous hadith concerning early attendance to Solat al-Jum'ah:
Abu Hurayrah (radiyallahu 'anhu) narrated, the Apostle of Allah (sallallahu 'alayhi wasallam) said, "Any person who takes a bath on Friday like the bath of Janaba and then goes for the prayer (in the first hour i.e. early), it is as if he had sacrificed a camel (in Allah's cause); and whoever goes in the second hour it is as if he had sacrificed a cow; and whoever goes in the third hour, then it is as if he had sacrificed a horned ram; and if one goes in the fourth hour, then it is as if he had sacrificed a hen; and whoever goes in the fifth hour then it is as if he had offered an egg. When the Imam comes out (i.e. starts delivering the Khutba), the angels present themselves to listen to the Khutba."
[al-Bukhari]

As usual, Syeikh Abu 'Abdurrahman will entertain any questions from the audience. A boy raised his hand and asked: "O syeikh! What if there are five person who go to the prayer in the first hour?" Syeikh Abu 'Abdurrahman said: "What's the problem? All of them will get the camel." The boy replied: "But someone has to help cut the camel into five parts so that they can share the camel. How can we cut the camel and make sure that each of them receive equal amount?"

The audience bursts with laughters. The syeikh said: "O my son! Even if all people on this earth go to the prayer in the first hour, Allah will reward one camel for each of them."

Why must it be the Sun?

Syeikh Abu 'Abdurrahman Muhammad 'Ali 'Ajaal
Fiqh Class
Syeikh Abu 'Abdurrahman was teaching about Solat al-Eid, and he told us that the Hijra calendar is based on the movement of the moon, and not the sun.
Narrated Ibn Umar (radiyallahu 'anhuma): I heard the Apostle of Allah (sallallahu 'alayhi wasallam) saying, "When you see the crescent (of the month of Ramadan), start fasting, and when you see the crescent (of the month of Shawwal), stop fasting; and if the sky is overcast (and you can't see It) then regard the crescent (month) of Ramadan (as of 30 days)."
[al-Bukhari]

A man sitting on the chair in the last row asked him: "Muslims now should change their calendar and use the sun. Why must it be the moon?" The syeikh replied: "Why must it be the sun then?"

Al-Kabirah II

Bunuh diri. Firman Allah:
[68] Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; [69] Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surah al-Furqan; 25:68-70]