Wednesday, May 13, 2009

ESQ 165?

Telah banyak yang diperkatakan mengenai ESQ 165 - satu program motivasi berasal dari Indonesia yang semakin masyhur di Malaysia. Seperti biasa, ada yang positif dan ada yang negatif.

ESQ 165 diperkenalkan kepada penulis oleh bapa saudara isteri penulis. Beliau merupakan salah seorang tokoh korporat yang berjaya di Malaysia. Satu hari, beliau telah menjemput kesemua kaum keluarga dan kerabat ke rumahnya untuk makan tengahari. Seusai makan, beliau memperkenalkan ESQ 165 kepada kami semua. Katanya, beliau telah menemui sesuatu - ESQ 165 memberi satu kesedaran dan semangat untuk mengejar cinta Allah. Ya, mencintai Allah. Dengan penuh perasaan untuk sama-sama berkongsi kebaikan perasaan mencintai Allah, beliau menggalakkan kesemua kami untuk turut hadir dan merasai ESQ 165. Beliau sendiri mengambil keputusan untuk menghantar kesemua warga kerja syarikatnya ke ESQ 165. Diberitakan berlaku banyak perubahan positif di syarikat setelah warga kerja pulang dari ESQ 165. Selepas itu, ramailah kaum keluarga dan kerabat menghadiri ESQ 165.

Helaian buku-buku tulisan pengasas ESQ 165 dibuka dan ditelaah. Ada yang dirasakan betul, ada yang dirasakan salah, ada yang perlu penjelasan lanjut. Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk turut sama hadir dan merasai apa itu ESQ 165 angkatan ke-30 pada 17-18 April 2009 di Hotel Flamingo, Ampang.

Habis program selama tiga hari, penulis merasakan bahawa ESQ 165 ini lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Keburukan-keburukan yang ada pula tidaklah kritikal sehingga boleh menyebabkan ESQ 165 dituduh sebagai sesat. Banyak kekurangan yang boleh diperbaiki dengan mudah. Dua minggu selepas penulis selesai menghadiri ESQ 165, pihak ESQ 165 telah menjemput Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman untuk menilai program tersebut. Ustaz Zaharuddin telah memberi komentar dan ulasan yang panjang di blognya, dan penulis sendiri bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan beliau.

Komentar Ustaz Zaharuddin mengenai ESQ 165 boleh dibaca di blog beliau di pautan berikut:

Terima kasih buat Ayahdin yang memperkenalkan ESQ 165,
dan terima kasih buat papa yang menaja yuran kursus.

1 comment:

mns said...

sila lihat di http://www.blogger.com/feeds/7380777682568374436/posts/default
untuk tuan/puan lebih faham bahawa ESQ boleh menyesatkan kita.