Maryam pulang bersama hadiah pemberian Kak Ayu, isteri Ustaz Hannan. Terima kasih.
Monday, August 20, 2007
Hubungan Guru-Murid: Antara Kemesraan dan Ketegasan
Maryam pulang bersama hadiah pemberian Kak Ayu, isteri Ustaz Hannan. Terima kasih.
Saturday, August 18, 2007
Kenangan Yang Terindah IV
Pun begitu, tatkala melangkah ke kampus induk, rasanya mata penglihatan kita lebih luas dan cerah. Teringat pada tahun pertama di kampus induk, muncul beberapa individu yang meniup gelombang arus tajdid dengan kuliah-kuliah beliau yang sangat ilmiah. Setiap idea dan pandangan yang dilontarkan siap disandarkan pada hujjah al-Quran dan al-Sunnah. Selesai kuliah, para hadirin diberi peluang untuk bertanyakan sebarang persoalan yang terbuku, dan nyata berjaya dijawab dengan baik dan ilmiah.
Kuliah mereka yang pada awalnya bermula secara kecil-kecilan dengan bilangan yang hadir kurang dari 10 orang, akhirnya menjadi sesak. Jarang sekali ada kerusi kosong.
Dengan melebarnya sayap tajdid, pimpinan jemaah merasakan mereka perlu melakukan perubahan. Jika dahulu mereka tidak pernah memeriksa latar belakang penceramah, sekarang mereka terpaksa menapis penceramah dan mencari penceramah yang benar-benar menjaga disiplin ilmu. Mereka perlu memastikan penceramah-penceramah jemputan mereka turut menyokong pidato mereka dengan ayat-ayat al-Quran dan petikan hadith. Penulis sendiri turut merasakan perubahan kualiti kuliah-kuliah yang dianjurkan jemaah-jemaah ini melainkan satu jemaah yang tetaplah berpuas hati dengan satu kitab sahaja. Graduan dari timur tengah menjadi favorites untuk menjadi penceramah kuliah dan liqa’ yang diadakan.
Ini adalah kesan baik arus tajdid. Kualiti penyampai ceramah dijaga dan diperhatikan. Begitu juga dengan aliran tradisional seperti pondok yang semakin hari semakin kurang pengikutnya akibat tekanan arus tajdid, akhirnya mereka sendiri beralah dan mula melakukan tajdid mereka sendiri. Suatu masa dahulu, kita sering mendengar mereka menghina penuntut universiti. Belajar ilmu dunia hati sudah gelap, tak boleh belajar agama. Banyak bertanya tanda kurang iman. Menuntut ilmu mesti memakai kain pelikat, memaki seluar adalah tidak elok. Belajar pula mesti duduk di lantai bukan di meja. Kini mereka muncul dengan slogan tersebdiri seperti tajdid segar dan sebagainya sebagai menyahut seruan tajdid dan menggantikan kata-kata lapuk mereka. Bukankah ini suatu kesan yang baik? Sudah ada pelajar universiti yang menjadi pendokong aliran pondok, sedangkan sebelum ini pelajar pondok sendiri bermusuhan dengan pelajar universiti. Mereka sendiri semakin rajin menyelak lembaran kitab-kitab dan memulakan pengembaraan mencari kebenaran ilmiah sendiri. Biarpun ada yang tidak sebulu, sekurang-kurangnya matlamat tajdid untuk melahirkan budaya ilmiah tercapai. Ini adalah antara kesan baik munculnya arus tajdid di institusi pengajian tinggi di tanahair.