Wednesday, April 16, 2008

Aiman tak kisah...

"Your wealth and your children are only a trial, whereas Allah! With Him is a great reward (Paradise)."
[Surah Al-Taghabun, 64:15]

Alhamdulillah, pada 16 April 2008 waktu 12:27 malam waktu Malaysia, Maryam telah menjadi kakak kepada Aiman. Selamat datang ke alam dunia buat anakku Aiman, semoga Allah memberkatimu dan memberkati perjalanan hidupmu!

Sayang seribu kali sayang ayahanda masih di perantauan, kasihan pada bonda yang keseorangan bertarung sekali lagi. Maka kasihilah bonda kalian, moga pada dirinya kalian akan peroleh contoh kesetiaan dan ketabahan.

Mari kita main satu permainan. Serupa tapi tak sama, apa perbezaan kedua-dua gambar di bawah ini?

Gambar Pertama

Gambar Kedua

Gambar pertama ialah Aiman Muhammad Irwan beberapa jam selepas dilahirkan (16 April 2008), manakala gambar kedua ialah Maryam Muhammad Irwan beberapa jam selepas dilahirkan (7 Mac 2007). Ada perbezaan? Hehehe... apa pun, alhamdulillah.

3 comments:

mr khamsani said...

Haaa,saya baru nak teka yang atas tu Aiman sebab ada gmbr dia dlm friendster abang. Hehe..tahniah skali lg.

Irving Tan said...

Congrats abg!!

=D

ahmad al-Libi said...

haah la.. muka diorg masa lahir sebijik.