Suatu masa tidak lama dahulu, setelah mengetahui serba sedikit mengenai Islam, Koen pernah berkata, Islam adalah agama yang susah. Lihat kena solat lima kali sehari semalam. Kena bangun seawal waktu fajar untuk bersihkan diri dan solat. Tambah pula di Kanada, waktu fajar boleh mencecah seawal 3:30 pagi pada musim panas. Ketika sedang belajar di kelas pun kena berhenti seketika untuk Zuhur, Asar dan Maghrib. Sebelum tidur kena bersihkan diri dan tunggu untuk Solat Isyak, di mana waktu Isyak pada musim panas di Kanada boleh mencecah selewat 11:00 malam. Kemudian pada bulan Ramadhan perlu pula menahan diri dari makan dan minum pada siang hari. Sebulan pula. Kemudian perlu juga beramai-ramai ke Makkah, bersusah-payah mengerjakan haji. Banyak pula larangan lain. Khinzir tidak boleh, daging yang tidak halal tidak boleh. Dating tidak boleh. Susah sangat menjadi penganut Islam.Lebih mudah menjadi seorang Kristian katanya. Ramai kawan-kawannya yang berpegang dengan agama Kristian tidak pernah ada sebarang pantang larang. Asal ada masa boleh pergi ke gereja. Jika tidak pergi pun tidak mengapa. Cukup sekadar hati percaya kepada Jesus. Cara penganut Kristian beramal ibadah lebih senang dari Islam. Lagi pula, semua agama lebih kurang sama sahaja, membawa kepada Tuhan...
Nasihatku kepadanya, jangan dikira mana mudah mana susah. Yang penting, cari agama yang benar. Katanya pula, mestilah semua agama benar sebab mereka ada pengikut. Kataku, tidak semestinya. Ada banyak ujian untuk mengukur kebenaran sesuatu agama. Jalankan ujian-ujian tersebut menggunakan aqal yang ada, kemudian ikut kata hati mana yang lebih benar dan lebih tepat.
Carilah agama yang benar kawanku...

1 comment:
kebetulan bos saya seorang canadian yang sebelum memeluk Islam, dia seorang yang belajar untuk menjadi paderi.
mengikut kata dia, ada banyak kesamaan dari segi amalan ibadat antara Islam dan kristian. Bertudung pun iye jugak (tengok je la nun diorang kot?). mungkin kalau si Koen mendalami agama Kristian, mungkin dia akan dapati Islam itu lebih mudah.
Contohnya... kalau nak betul dekat dengan Allah, diorang akan fikir nak jadi Paderi. Tak boleh kahwin dan sebagainya. Tapi Islam pula lain, kalau kahwin dapat lagi pahala malah makin mudah nak rapat dengan Yang Esa.
Sekarang bos sy tu siap masuk tareqat lagi. bab2 ibadat ni, tak perlu fajar kul 3.30 pagi untuk jadi bebanan. boleh extend sampai kul 7.30 pun orang kat sini tak buat jugak.
kuat imannya, kurang la rasa beban tu. :)
Post a Comment