Kami berkira-kira untuk menetap di Shah Alam pada cuti summer kali ini. Taman Cahaya Alam. Banyak juga perkara yang perlu diselesaikan. Maklumlah, berpindah rumah.
Cuma, terharu yang amat apabila adik-adik kami teramatlah rajin menolong mengemas rumah sementara kami bercuti pulang ke kampung di Pulau Pinang. Semua bilik anak-anak kami, Maryam dan Aiman sudah siap dikemas, termasuklah pakaian mereka.
Terima kasih banyak-banyak buat Alwani, Syazwani, Syafinaz dan Syazana. Nanti kitorang belanja... belanja apa ek? Dulu pernah pergi Secret Recipe saja. Nanti dulu la kot. Pintu rumah sentiasa terbuka luas. Maklum sajalah Maryam bukan boleh berenggang lama-lama dengan aunties dia.
Hati pula masih berkira-kira sama ada hendak sambung PhD di Kanada atau di tanahair sahaja. Teringin juga untuk kembali ke Pulau Pinang, USM pun apa kurangnya. Terlalu lama sangat merantau. Nanti jugalah, fikir dahulu.
No comments:
Post a Comment