Wednesday, June 10, 2009

Mohon Pencerahan

Ok, satu penjelasan mengenai pendirian Seri Negara terhadap ESQ 165.

Kursus Basic Executive setakat ini masih ok, dengan harapan agar nasihat dan teguran Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman diambil kira oleh pengurusan ESQ 165. Mungkin saya salah faham, kiranya kebanyakan nasihat dan teguran beliau telahpun dilaksanakan, cuma ada beberapa perkara yang masih diteruskan, iaitu pergerakan tangan dan badan tatkala membaca tafsiran Surah Al-Syams.

Cuma untuk kursus MCB, Seri Negara sangat-sangat berharap agar slot Wali Songo dan dialog wayang kulit berbaur fahaman Wahdatul Wujud ditukar...

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Pada saya tiada salah nya dengan Wali Songo dalam ESQ atau gerakan tangan semasa demi matahari dan sebagainya yang di tegur Tuan. Asalkan tidak melanggar akidah sebagaimana yang telah di katakan oleh beberapa orang mufti yang telah menyertai ESQ. Wallahu Alam

Seri Negara said...

Salam Anonymous,

Saya tak kata salah menggunakan Wali Songo. Cuma saya katakan banyak lagi perumpamaan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah yang jauh lebih baik untuk diambil ESQ berbanding kisah Wali Songo. Tambahan Wali Songo tiada kaitan dengan sejarah Islam di Malaysia. Takkanlah Malaysia langsung tiada tokoh 'ulama yang boleh diketengahkan? Telah saya terangkan, kisah Wali Songo sering diselit dengan kisah karut-marut yang bertentanfan dengan aqidah - tanya mufti-mufti, apa pandangan mereka mengenai tindakan segelintir umat Islam di Tanah Jawa yang sering ke perkuburan Wali Songo untuk meminta hajat dan mengambil berkat - tak bercanggah dengan aqidah Islam ke?

Saya ulangi, contoh perumpamaan Al-Quran dan Al-Sunnah jauh lebih baik dari Wali Songo. Masih berdegil? Terpulanglah kepada ESQ. Saya cuma memberi pandangan dan cadangan yang lebih baik.

Gerakan tangan telah ditegur oleh Ustaz Zaharuddin. Saya lebih suka mengambil pendapat beliau, kerana ESQ sendiri yang meminta pandangan dan nasihat daripada beliau. Sudah beliau nasihatkan seperti dipinta, sekarang ESQ sendiri tak nak terima pula?