Novel? Tak minat sangat. Tapi disebabkan ada orang tu komen kata asyik tulis benda boring saja. Perkara fakta memang biasanya boring berbanding gossip, sebab tu newspaper macam Metro lebih disukai berbanding Sinar.
Jadi tak lama dahulu ada ternampak novel Personal Justice, terjemahan daripada A.D.A.M. karya Ramlee Awang Murshid kat rumah. Kesian dah berhari-hari takde orang sentuh kat atas meja. Novel-novel jiwang juga yang laku. Tapi boring baca novel jiwang sebab boleh agak jalan cerita dan ending macam mana. Alah, macam movie Ayat-ayat Cinta tu la. Tengok 15 minit dah boleh agak siapa kahwin siapa, siapa mati dan lain-lain. Lainlah dengan movie dan novel thriller. Karya thriller Ramlee memang best. Suspen.
Siapa sangka jalan cerita tu boleh mengaitkan seorang wira negara dari Kuala Kangsar dengan Presiden Amerika Syarikat? Memang best. Cuma translation English tu banyak yang salah dari segi grammar dan lain-lain, sedikit sebanyak mengurangkan keseronokan novel walaupun jalan cerita best. Layan saja la...
No comments:
Post a Comment