Saturday, November 29, 2008

Syura dan UIAM

Nota: Isu berikut adalah pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian penulis. Pembaca berhak menerima atau menolak kerana pemerhatian manusia sangat terbatas.

Isu perpindahan pensyarah keluar dari UIAM, terutama Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan (KENMS) bukan sesuatu yang baru. Bukan pensyarah biasa, bahkan professor-professor yang senior ramai yang membuat keputusan tersebut. Sebagai orang muda, pastinya tindakan mereka menimbulkan banyak persoalan. Kebanyakan mereka sememangnya telah lama mendapat tawaran yang lebih baik dari luar, baik dari institusi kerajaan dan juga pihak swasta, tidak kurang juga dari IPT lain. Rasa sayang kepada UIAM sahaja yang menyebabkan mereka setia dengan UIAM. Cuma apabila situasi pentadbiran UIAM yang nampaknya semakin kurang sensitif dengan staf mereka sendiri, maka para professor ini tiada pilihan lain.

Kenapa kurang sensitif? Banyak perkara. Yang terbaru, isu pelantikan Dekan KENMS. Awal tahun 2008, alhamdulillah melalui platform Persatuan Staf Akademik (Academic Staff Association - ASA) pihak pentadbiran UIAM menerima cadangan agar pelantikan jawatan-jawatan penting di peringkat fakulti dijalankan melalui pungutan suara para pensyarah dan mesti mendapat perkenan Rektor. Satu langkah yang baik. Sudah pasti para pensyarah sendiri lebih tahu siapa di kalangan mereka yang mampu memimpin. Akhirnya para pensyarah berhak bersuara mengenai siapa yang patut memimpin mereka. Sewaktu pemilihan jawatan Dekan, tiga calon telah disenarai pendek dan calon yang mendapat undian tertinggi telah dilantik ke jawatan tersebut.

Pada penghujung 2008, Dekan KENMS mengambil keputusan untuk berhenti. Malang sekali pihak pentadbiran UIAM terus melantik calon pilihan mereka tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan para pensyarah. Tindakan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pensyarah. Apatah lagi calon yang dipilih pihak pentadbiran tidak pernah dicalonkan ke sebarang jawatan pada awal 2008. Ramai juga yang merasakan calon tersebut tidak layak dan telah sepakat menghantar surat bantahan. Pada mereka, sepatutnya pungutan suara baru diadakan, atau setidak-tidaknya pilihlah dari kalangan calon-calon yang telah dipilih mereka pada awal tahun 2008. Ini langsung tidak dinamakan sebagai calon untuk mana-mana jawatan langsung.

Sehingga sekarang pihak pentadbiran tidak memberi sebarang jawapan. Lihat sahaja bagaimana UIAM ditadbir. Inikah cara yang dianjurkan Islam? Atau mungkin konsep Syura yang diwarwarkan hanya untuk dilarik dalam kertas-kertas jurnal dan kelas-kelas buat santapan pelajar, bukan untuk diamalkan oleh pentadbir UIAM. Apabila lantikan dibuat tanpa perbincangan, pasti pada masa akan datang banyak masalah boleh berlaku. Mana tidaknya, ramai yang menganggap calon tersebut tidak layak memimpin. Tiada mandat.

Tidak hairan jika semakin ramai yang meninggalkan UIAM, terutama KENMS. Sayang. Kalau yang ramai itu pensyarah muda tidak mengapa, masalahnya ada juga professor yang jagoan keluar juga.

3 comments:

the anThropologist said...

Hmmm... Teruk gak KENMS yer. KIRKHS so far takder plak masalah macam tue. Lagipun, so far saya observe Dr. Hazizan nie okaylah. Banyak gak dia defend untuk academic staffs nyer kepentingan. Cuma still, problem MSD lah...

Seri Negara said...

time slab last week, ada jumpa kenalan dari irk complain kulliyyah tak tolong defend utk study leave dia. mungkin kes terpencil. kesian kat dia, offer dah dpt, msd pulak reject. sekarang tgh appeal, oleh kerana kulliyyah x boleh harap, abg advise dia jumpa dep rector je terus, habis cerita.

the anThropologist said...

Erk... Tak plak dengar kes macam tue. Ntahlah. Susah nak cakap.

Kes IRKHS nie macam nie. Kalu Dean dari HS, insya Allah HS takder masalah sangat, IRK yang ader masalah. Tapi kalu Dean dari IRK, HS ader masalah IRK okay ajer...

Ntahlah. Malas nak layan sangat...