Pagi ini, para pelajar Malaysia-Muslim di Ottawa berpeluang berjumpa dengan seorang ahli akademik tanahair yang kebetulan berada di Kanada untuk tujuan penyelidikan beliau. Secara jujur, aku berasa seronok mendengar beliau berucap.
Nasihat beliau agar kami turut celik politik walaupun sibuk mengejar kecemerlangan akademik. Beliau menekankan betapa golongan teknokrat perlu memberi sumbangan untuk kestabilan politik negara. Tidak semestinya kena sertai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) pun tidak mengapa asal kebajikan rakyat dipelihara.
Beliau turut menyentuh pembentukan kabinet baru. Pada beliau, kabinet baru ini sedikit sebanyak mencerminkan perubahan yang diminta rakyat dan mula didengari pemimpin di mana beberapa teknokrat dibawa masuk. Beliau menyatakan harapan tinggi agar UMNO dan Barisan Nasional melakukan perubahan demi kepentingan orang Melayu-Islam. Keputusan Pilihanraya Umum ke-12 menunjukkan undi marah rakyat menyebabkan UMNO-BN kini berada dalam keadaan yang sangat fragile dalam memerintah negara. Maka UMNO-BN perlu melakukan perubahan drastik. Rakyat marah dan melihat UMNO-BN tidak lebih dari menjaga kepentingan kroni-kroni dan payung korupsi. Angkuh, bongkak. Macam-macam lagilah.
Beliau memberi komen yang baik mengenai keadaan para pelajar Melayu yang dihantar ke luar negara. Rata-rata mereka pandai, tetapi apabila pulang ke negara tiada ruang buat mereka dalam UMNO-BN disebabkan UMNO-BN masih dicengkam sistem feudal yang mementingkan cablelity dari capability. Akhirnya mereka menyertai pakatan pembangkang dan mengisi ruang yang terbuka luas untuk golongan muda. Sudah tiba masanya bagi UMNO-BN mendengar kritikan dan jangan terus melabel pengkritik sebagai penentang.
Segala nasihat yang beliau sampaikan sangat baik. Alangkah baik jika nasihat-nasihat ini didengari oleh pimpinan dan ahli-ahli UMNO-BN, kerana perlakuan mereka sebelum ini yang menyebabkan rakyat berasa marah. Kami yang pelajar beroleh manfaat sebagai peringatan andai ada antara kami yang akan bergiat aktif dalam politik kelak. Harap nasihat beliau kekal dalam ingatanku tatkala perut sendat dengan makanan sewaktu menamatkan pertemuan ringkas tersebut.

1 comment:
Dia sebagai org UMNO, kenapa dia berasa kesal org bakar kelambu. kenapa dia tak brainwash ke punca kenapa org bakar kelambu itu. Dah tahu, geng2 teknorat tak diberi peluang, adakah salah geng2 teknorat utk berpaling kepada alternatif.
Semoga nasihat2 tersebut tidak hanya dicanang kepada pelajar2 sahaja, semoga ia juga dicanang kepada pemimpim2 UMNO juga.
Post a Comment