Pagi ini salji turun agak lebat diikuti dengan angin bertiup kencang. Dari tingkap bilik dobi nampak berbalam-balam Experimental Farm dan Downtown Ottawa diserang angin ribut. Sementara menantikan kain baju siap dibasuh, aku ke Pejabat Pos Rideauview Mall untuk mengambil bungkusan dari Malaysia.
Bungkusan sengaja dialamatkan menggunakan nama isteri kerana pengalaman buruk tatkala bungkusan berisi baju raya yang dikirim keluarga di kampung ditahan selama lebih sebulan di sempadan US. Sia-sia sahaja bayar mahal untuk kiriman ekspress melalui Fedex. Lepas raya juga baru sampai. Tidak cukup dengan itu, baju raya yang dikirim telah bercompang-camping dikerjakan pegawai sempadan US. Mungkin mereka menyangka kain baju raya mengandungi bahan kimia berbahaya tahap antraks. Iyalah, dialamatkan kepada individu bernama MUHAMMAD yang sudah pasti beragama Islam. Alhamdulillah setelah diadukan kepada Fedex, mereka memulangkan kos penghantaran serta nilai baju raya.
Kali ini pula hampir-hampir gagal mendapatkan bungkusan yang dikirim. Oleh kerana bungkusan dialamatkan menggunakan nama isteri, maka isteri yang perlu datang sambil membawa dokumen pengenalan diri. Jika diwakilkan kepada orang lain, perlu mendapat surat pengesahan yang disertakan tandatangan dan salinan dokumen pengenalan diri.
Lantas kuceritakan pengalaman lalu. Akhirnya dapat juga mengambil bungkusan, itupun setelah mendengar nasihat dari kerani pos yang panjang lebar, yang mana kudapati segala kata-katanya benar belaka, dan kuringkaskan seperti berikut:
Pengalaman berharga buatku...

"Kenapa awak perlu menggunakan nama isteri awak? Setiap manusia berhak menggunakan nama mereka dan berhak beramal dengan agama mereka. Sekiranya bungkusan awak dibuka dan dirosakkan, maka awak perlu mengajukan pertanyaan kepada mereka. Sekiranya tiada sebab yang munasabah, maka awak perlu tampil menuntut hak awak. Hak awak untuk bernama MUHAMMAD dan hak awak untuk beragama Islam. Kenapa awak mesti takut untuk memperjuangkan hak awak sendiri? Sekiranya awak sendiri tidak mahu memperjuangkan hak awak, maka awak akan terus dipandang lemah. Ia juga tanda bahawa semangat awak lemah dan ini akhirnya akan menyebabkan fikiran awak kacau bilau kerana sering merasa tertekan. Jangan biarkan perkara ini berterusan. Ini Kanada. Negara ini ada undang-undang. Setiap individu ada hak yang perlu dihormati. Pertahankan hak awak!"Walaupun kerani tersebut bukan seorang Muslim dan hanyalah seorang kerani pejabat pos, kata-katanya benar-benar meragsang semangat. Andai kita sendiri membiarkan orang lain menindas hak kita, sudah tentu kita akan terus ditindas. Tidak ada orang lain yang akan menuntut hak kita bagi pihak kita. Kita sendiri perlu bangun berjuang.
Pengalaman berharga buatku...
1 comment:
bagus gila kerani tu abg irwan..tak sangka dia akan ckp mcm tu...respect2=)
Post a Comment