Sunday, March 30, 2008

Seorang pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ingin berjumpa dengan pelajar-pelajar Islam di Ottawa ini part I

Beberapa hari lalu, Presiden Kelab Pelajar Malaysia Carleton University (MASACU) menghantar e-mail jemputan untuk pelajar-pelajar Muslim Malaysia hadir ke suatu majlis perjumpaan bersama pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada hari Sabtu 29 Mac 2008. Nature perjumpaan tersebut tidak pula diberitahu. Memandangkan perjumpaan diadakan bersama seorang khadam awam kerajaan (public servant), maka sudah tentu menjadi tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia untuk hadir ke majlis tersebut. Keraguan mengapa pelajar Muslim sahaja yang dijemput jauh kulontar ke tepi. Mungkin ada sebab tersendiri mengapa pegawai tersebut hanya ingin bertemu dengan pelajar Muslim sahaja. Presiden sendiri tidak tahu maklumat lengkap mengenai perjumpaan yang bakal diadakan.

Dalam perjalanan bersama-sama Presiden dan beberapa ahli MASA, aku diberitahu bahawa ada wakil Kelab UMNO Kanada yang hadir, dan pegawai yang ingin berjumpa pula bukannya pegawai Kementerian Pengajian Tinggi. Pada awalnya, terbit juga rasa marah juga kerana seolah-olah tertipu pula. Secara peribadi, aku menganggap ada beratus lagi perkara yang lebih berfaedah daripada mendengar bicara orang UMNO. Jangan anggap aku seorang yang tidak suka politik, namun kelakuan ahli-ahli UMNO yang mewarnai dunia politik negara menyebabkan aku berpendapat sebegini. Lebih baik habiskan masa membaca dan memahami isi kandungan al-Quran.

Rasa marah reda apabila diberitahu bahawa pegawai yang datang adalah seorang ahli akademik. Oleh kerana beliau adalah seorang ahli akademik, aku tidak berasa janggal untuk hadir walaupun aku bukan ahli Kelab UMNO Kanada. Tidak kisahlah jika dia ahli UMNO sekalipun, kerana sebagai seorang ahli akademik, pastinya akan ada nasihat-nasihat berguna dan bijaksana daripadanya. Orang akademik kata-katanya bersendikan fakta dan angka, hidupnya berpaksikan prinsip dan tauladan, dan kebanyakan mereka tidak pula ada kepentingan peribadi tatkala bersuara.

Kemudian pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kanada memberitahu pula bahawa perjumpaan tersebut diadakan sempena mengambil peluang keberadaan ahli akademik tersebut di Kanada. Tujuan sebenar beliau datang ke Kanada adalah untuk menjalankan urusan kajian dengan McGill dan Guelph. Dah ada dekat sini, ambil peluang jumpa. Lagi pun, apa salahnya bila berjumpa terjalin ukhuwwah, makan pun ada.

Tidak adil jika aku tidak meluangkan masa mendengar butir bicara beliau dan pastinya aku akan berlaku zalim terhadapnya. Sebagai seorang Muslim, aku seharusnya mendengar kata-katanya, sebelum aku boleh bulat menyokong atau lintang membantah. Mungkin aku setuju dengan pandangan beliau, mungkin juga aku tidak setuju dengan pandangan beliau. Walau apa pun, akan kupertahankan hak beliau untuk bersuara.

1 comment:

Anonymous said...

Jikalau diberitahu secara terang2an bahawasanya maksud sebenar perjumpaan dan siapa sebenarnya, mmg akak nak pi nak dengar apa yg nak diutarakan. Rasa agak kecewa bila pihak MSD terpaksa menipu utk menwajibkan kedatangan pelajar2.
Macamana kita nak tertarik jikalau usaha kearah itu sudah tidak tulus. macamana nak beri kepercayaan bila tiada langsung hormat yg bahawasanya kita juga boleh berfikir.
kekadang akak terpikir , kalaulah Ustaz Tok Nik yg datang, adakah beliau akan mendapat layanan yg serupa?