Perlakuan rejim Zionis yang membunuh jiwa yang tidak berdosa di Ghazzah semakin melampau. Biadab. Kejam. Tidak berperikemanusiaan. Bukan saja umat Islam, bukan Islam yang bertamaddun juga mengutuk serangan tersebut. Tidaklah patut jet-jet pejuang melepaskan bom ke atas kawasan awam. Memang mana-mana negara patut mempertahankan keselamatan rakyatnya, tetapi dengan membunuh orang awam Palestin dari kalangan wanita dan kanak-kanak pastinya tidak akan memberi keamanan yang dicita Israel. Apabila kita kehilangan orang tersayang, kehilangan tanah tumpah darah, kehilangan rumah kediaman, akibat kezaliman yang berlaku, apa lagi yang ada pada hidup? Pastinya kita akan menuntut keadilan dilaksanakan. Sekiranya keadilan itu tidak dapat tercapai, pasti kita akan berbuat sesuatu demi membela keadilan.
Sebagai saudara seagama yang jauh, janganlah kita lupa akan nasib rakyat Palestin. Sama-sama berkongsi perasaan dengan mereka. Sekurang-kurangnya iringi perjuangan mereka dengan doa. Qunut Nazilah, seperti yang termaktub dalam lembaran al-Sunnah. Lebih jauh kita dari riyak, lebih mujarab doa kita.
No comments:
Post a Comment