Selesai sudah bab denggi. Alhamdulillah. Setelah lapan hari berada di wad 381 Damansara Specialist Hospital (DSH), akhirnya platlet darah mula meningkat. Perjalanan untuk menuntut ilmu di Ottawa terganggu. Begini kisahnya...
Mengikut jadual asal, penerbangan ke Ottawa telah ditempah pada 17 Januari 2009 dengan agen Triways. Penerbangan MAS dari KLIA ke London ialah pada 11:55 malam. Dari London ke Ottawa dengan Air Canada dan dijangka tiba pada 18 Januari 2009 jam 3:45 petang waktu tempatan. Segala persiapan sudah dibuat.
16 Januari 2009 sebelah malam tiba-tiba diserang demam, ditambah dengan sakit sendi melampau yang mengganggu tidur. Ingatkan demam biasa. Jadi sekadar ambil panadol. Dua biji setiap enam jam. Sehingga 1 petang keesokan harinya demam semakin teruk. Badan terasa sejuk yang amat sehingga menggigil, padahal suhu di termometer sudah 40.9 celcius. Atas nasihat keluarga, buat ujian darah di DSH. Sejam kemudian keputusan diterima, dan doktor mengesahkan denggi. Lantas surat larangan daripada berangkat ke Ottawa dikeluarkan. Last minute terpaksa cancel flight dan segala-galanya. Tinggal di wad selama lapan hari. Setiap pagi terpaksa buat ujian darah. Sehingga hari kelapan barulah platlet stabil.
Demam sudah hilang pada hari kedua, tetapi kata doktor waktu itulah ramai pesakit menyangka mereka telah sihat kerana demam sudah tiada, sedangkan virus denggi masih mengurangkan kandungan platlet darah. Denggi tiada ubat. Doktor sekadar boleh bantu memberi keselesaan. Kurangkan demam, loya, muntah, sengal dan lain-lain. Alhamdulillah selera sekadar hilang pada hari pertama sahaja. Air perlu minum dengan banyak. Untuk mengelakkan darah dari membeku.
Hari ketujuh ruam-ruam merah mula memenuhi badan. Ditambah dengan rasa gatal di kawasan sendi di tangan dan kaki sehingga menyeksa tidur. Oleh kerana ubat gatal pemberian doktor kurang berkesan, kapur disapu di kawasan gatal. Sejuk, tapi sekurang-kurangnya boleh tidur dengan aman seketika.
Pada hari ketujuh platlet turun sehingga 101, pada hari kelapan baru stabil dan meningkat ke 144. Akhirnya dibenarkan keluar oleh doktor. Selepas semalaman berehat di Kuala Lumpur, pulang untuk bercuti rehat di Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment