Thursday, January 01, 2009

Ceri kegemaranku

Alhamdulillah, dengan kemudahan teknologi yang ada, banyak perkara menjadi mudah. Pagi tadi dah langsaikan beberapa bayaran. Pertama bayar baki upah tukang jahit kot di Kota Bharu, kedua bayar upah tukang jahit baju kurung di Johor Baharu. Kedua-duanya dengan mesin cash deposit Maybank. Cuma bil api dan telefon tidak dapat ditunaikan di mesin, tetapi boleh buat online. Aktifkan Maybank2U. Senang. Tak perlu beratur panjang di Pejabat Pos UIAM lagi untuk bayar bil.

Kad debit Visa pun lawa. Ada gambar buah ceri. Tak tahulah apa kaitan buah ceri dengan penggunaan kad debit, tapi design memang cantik. Sekarang sudah ada alternatif kepada kad kredit. Kad debit lebih selamat dan lebih menepati kehendak syarak. Ada peluang cerah untuk mengembangkan lagi penggunaan kad debit pada masa depan.

Cuma, carilah cawangan Maybank yang memberi layanan baik kepada pelanggan. Jangan jadi seperti kami, sudah dua kali ke Maybank di The Curve tetapi tahap layanan masih tidak memuaskan. Khabarnya Maybank Taman Tun lebih baik. Kad debit Visa Alrajhi pun ok, boleh guna untuk beli barangan online, cuma design ringkas dan tiada kemudahan MEPS.

2 comments:

SPORTS said...

Very good!

daSetan_7 said...

Jangan lupa khabarkan pada saya tarikh penerbangan abang nanti...