Sudah seminggu di Pulau Pinang. Cuaca panas, tiada hujan langsung sejak seminggu yang lalu. Hari ini cadangan asal ingin ke Bukit Bendera. Cuti Tahun Baru Cina sudah habis, jadi kemungkinan tidak ramai ke sana pada waktu ini. Namun jangkaan tersebut meleset. Kira-kira pukul 10:00 pagi tatkala sampai di Stesen Bawah Bukit Bendera, kaunter tiket sesak dengan barisan panjang sehingga ke pintu pagar stesen. Situasi normal ketika musim cuti sekolah. Mungkin pukul 3:00 petang baru dapat naik keretapi ke atas.
Tukar rancangan. Daripada kaki Bukit Bendera, terus ke Jalan Masjid Negeri menghala ke arah Lebuhraya Pantai. Selatan ke Queensbay Mall. Makan di Restoran Kapitan cawangan Queensbay Mall. Kemudian bersiar-siar di Queensbay Mall. Beli barang-barang mainan di Toys R' us, termasuk kolam kecil untuk Maryam dan Aiman mandi.
Bukit Bendera perlu tunggu. Mungkin minggu depan setelah tamat cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina, dan selepas Hari Wilayah Persekutuan.
No comments:
Post a Comment