Showing posts with label Padang Besar. Show all posts
Showing posts with label Padang Besar. Show all posts

Saturday, February 14, 2009

Padang Besar Part VI

MARYAM: Kami sampai rumah tokwan lebih kurang pukul 7:00 petang. Mama dan baba terus ke pasar malam dengan Aiman, saya pula tinggal di rumah. Takpe, malam nanti Non mesti bawa saya.

Aiman siap berpakaian seragam pemandu jet pejuang tentera udara.

Cuba teka, apa yang baru tentang saya? Baju tidur dan crocs la...

Yang ni Aiman punya.

Feri Pulau Pinang

MARYAM: Kali ini balik melalui feri. Yea, seronoknya! Ini kali kedua saya naik feri. Kali pertama dulu waktu saya kecil, saya pun dah tak ingat sedangkan sekarang saya masih lagi kecil. Apa-apa aje la...

Syoknya naik feri. Tambang untuk kereta ialah RM 7.70. Kalau pejalan kaki RM 1.20 seorang. Dah naik. Dulu waktu baba remaja tambang 80 sen. Waktu maktok muda lagi murah, 40 sen saja. Sama seperti jambatan, kena bayar untuk perjalanan masuk pulau sahaja, keluar dari pulau percuma. Cerdik, kan?

Tu dia Jambatan Pulau Pinang. Yang kat belakang tu Pulau Jerejak.

Ini gambar di sisi feri. Muka saya agak cuak sebab risau juga tengok laut luas ni.

Sekarang saya di bahagian hadapan feri. Tengok betapa kuat angin bertiup,
habis rambut saya mengerbang. Tak boleh buat iklan syampu lepas ni.

Tocang saya bagai nak tercabut!


Kuatnya angin sampai rosak iklan syampu saya!

Jadi model iklan kereta saja la.

Padang Besar Part V

MARYAM: Lebih kurang pukul 2:00 petang kami bergerak pulang. Perut dah lapar tapi maktok kata restoran kat Padang Besar tak syok. Jadi baik singgah saja kat mana-mana gerai tepi jalan. Oleh sebab nak cari gerai, kena pulang ikut Jalan Kangar-Padang Besar, sebab kalau ikut Chuping mana ada gerai, ladang tebu sahaja.

Haa... bagi mereka yang membeli-belah tu, janganlah melampaui batas. Kalau tak, mengundang masalah kat checkpoint Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). Nampak tak checkpoint UPP kat tengah jalan tu? Shopping tadi tak ingat, kat sini baru kecut perut, hahaha... Ada gerai makan selepas checkpoint, jadi kami singgah makan di sini.

Saya sedang mencuba melangkah longkang dan... berjaya!
Alamak, ada kucing la kat sini. Itu yang saya nangis tu.

Saya makan nasi dengan sup ekor. Nasi tak best. Kueh teow boleh tahan. Cuma, kalau makan kat gerai macam ni, kena hati-hati bila lori besar lalu. Berhabuk!


Bila perut dah kenyang, kena la singgah masjid. Solat? Betul. Yang dewasa solat. Yang baby macam saya ni singgah untuk tukar lampin sebab bila perut kenyang benda tu terjadi. Betul ke? Jadi kami singgah di Masjid Al-Azim, Titi Tinggi, Padang Besar.

Saya dah tukar baju. Tunggu orang dewasa selesai solat. Kat beranda masjid ada kelas mengaji. Saya tumpang dengar. Ramai budak yang belajar mengaji dengan ustazah ni.

Haa... awak datang lambat ye? Nanti ustazah rotan baru tau.

Padang Besar Part IV

MARYAM: Sekarang kami dah keluar dari bangunan bazar. Nak pergi ke pasar pula.

Kali ni saya bawa botak bersama. Pakcik pimpin tangan saya berjalan kat kawasan gerai. Gerai-gerai di sebelah pasar cuma ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Hari lain mereka tidak berniaga. Hanya pasar dan bazar yang buka. Oh lupa nak beritahu. Kalau nak beli beras, kerepek dan kacang, beli kat gerai-gerai sebelah pasar, lebih murah berbanding di bazar.

Inilah bangunan pasar. Tak besar sangat.

Suasana dalam pasar.

Besarnya anak patung.

Tapi, botak juga yang best.

Padang Besar Part III

MARYAM: Sambung shopping kat bawah semula.


Ada gaya seorang inspektor polis sedang menyoal-siasat? Lagi satu, perhati gaya saya berdiri sambil angkat kasut sebelah kanan, tumit kaki kanan saja yang kena lantai.


Sebenarnya waktu ni mama sedang beli kacang-kacang dan makanan ringan. Yang kat atas tu adalah video saya dengan anak makcik penjual kacang. Saya tertarik dengan plastik bungkusan yang dia main. Tapi saya tak berani nak ambil dari dia, takut dia marah.

Padang Besar Part II

MARYAM: Sekarang kami di tingkat 2 bazar. Kat sini takde lif, jadi mama dengan baba kena angkat stroller naik tangga. Sebenarnya saya bukan suka sangat duduk dalam stroller, tapi convenient untuk mama dan baba beli barang. Main sumbat je kat dalam stroller saya. Nasib baik stroller saya kecil. Kalau tak, selagi boleh muat, selagi tu asyik membeli-belah. Hahaha...

Nampak tak berjenis-jenis beg yang berlambak-lambak tu?

Saya pun nak pilih satu dompet. Nanti boleh isi duit banyak-banyak.

Huh, penat la membeli-belah ni. Duduk rehat kat sini kejap.

Sekarang saya teman mama beli baju. Mama tengah tawar-menawar dengan kakak penjual. Hmm... kenapa akak ada kerusi kecil ni? Akak bukannya boleh duduk pun. Jual kat saya, boleh? Eh, lupa pula. Cuba teka apa yang saya pegang? Itulah makhluk asing dari planet Uranus. Hahaha... bukanlah, saya pun tak tahu benda apa. Tapi saya panggil 'lampu' sebab bila saya goncang benda tu akan keluarkan lampu. Mulanya baba tak nak beli. Saya terus menangis non-stop sampai baba terpaksa beli. Harga RM 3 tapi bila baba bayar kakak yang jual tu kata "takpalah 2 ringgit saja," saya punya pasal baba sampai terlupa nak tawar.

Nampak tak kasut banyak-banyak kat belakang saya?

Banyaknya bakul... Mama, beli la satu untuk simpan barang-barang susu.

Lamanya mama pilih corak bakul. Bosan dah menunggu, susu pun dah nak habis. Saya dah letih berjalan. Perasan sesuatu tak? Shh... jangan bagitau baba. Mainan hijau yang dia baru beli tadi tu dah hilang. Saya pun tak perasan kat mana. Mungkin terjatuh kot tadi. Nasib baik baba tak perasan dah hilang.

Padang Besar Part I

MARYAM: Selesai sarapan di Gurun, kami terus menghala ke arah Bukit Kayu Hitam. Boleh juga kalau keluar dari lebuhraya ikut Alor Setar. Jalan Alor Setar lebih dekat tapi banyak halangan sebab jalan biasa. Baik ikut Bukit Kayu Hitam. Sungguhpun jauh sedikit, tapi tak keluar dari lebuhraya.

Sebelum sampai Pekan Changlun, ada kedai Jo Cendol Pulut. Tapi kami tak singgah sebab hari Jumaat kebanyakan kedai di Kedah tutup, termasuk Jo Cendol Pulut. Selepas Pekan Changlun, kira-kira 10 kilometer sebelum Bukit Kayu Hitam, kami masuk ke Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis. Terus saja sampai ke Persimpangan Arau. Singgah di ILP Kangar kira-kira 15 minit tunggu pakcik selesaikan urusan sijil tamat latihan. Lepas tu kami terus ke Padang Besar ikut Kangar. Ada dua jalan ke Padang Besar. Satu ikut Chuping. Kalau ikut Chuping, boleh tengok ladang tebu yang luas, tapi panas. Satu lagi ikut Jalan Kangar-Padang Besar.

Kira-kira jam 11:45 pagi kami sampai di Padang Besar.
Terus ke Medan Bazar. Sekali masuk parking RM 2.

Ini bangunan bazar. Dua tingkat saja. Tak sabar nak explore.

Saya duduk kat dalam stroller saja, selesa. Ni tengah pilih baju tidur. Cantik, kan? Harga sebelum tawar ialah RM 10. Kat sini kena pandai tawar, kalau tak rugi la...

Suasana kat tengah-tengah bazar.

Wow, banyaknya baju untuk saya pilih! Tapi mama tak nak beli sebab mama kata aunties saya kat Bandung pun tengah borong baju-baju saya.

Kasut, tas tangan. Banyaknya!

Tolong, saya dah rambang mata ni...

Friday, February 13, 2009

Sarapan di R&R Gurun

MARYAM: Hari ini saya hendak ke Perlis. Semalam pakcik pulang dari Kulim, jadi hari ini nak teman dia pergi ambil sijil tamat latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar. Alang-alang dah sampai Kangar, biarlah melencong sampai ke sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar. Macam biasa, Aiman tak ikut. Saya saja yang ikut. Maktok dengan pakcik ikut sama.

Oleh sebab hari Jumaat pejabat tutup pukul 12:00 tengahari, saya kena paksa bangun awal. Tapi nak melancong punya pasal, saya tak kisah. Pukul 8:00 pagi dah bergerak keluar dari Pulau Pinang. Tak sempat sarapan sebab risau kalau-kalau trafik sesak di jambatan. Tapi alhamdulillah, trafik lancar sewaktu kami sampai di jambatan.

Lebih kurang jam 9:00 pagi kami berhenti untuk sarapan di R&R Gurun arah utara. Tak tahu nak makan apa. Mama belikan saya bihun goreng. Sepinggan RM 2. Tak sedap, tapi setengah pinggan saya makan.

Kat sini yang istimewa ialah kuih tepung bungkus. Waktu kami sampai tinggal dua biji saja yang belum dijual. Laku betul. Memang sedap. Lain kali singgah beli kuih ni saja. Yang lain tak berapa sedap.