Saturday, February 14, 2009

Padang Besar Part II

MARYAM: Sekarang kami di tingkat 2 bazar. Kat sini takde lif, jadi mama dengan baba kena angkat stroller naik tangga. Sebenarnya saya bukan suka sangat duduk dalam stroller, tapi convenient untuk mama dan baba beli barang. Main sumbat je kat dalam stroller saya. Nasib baik stroller saya kecil. Kalau tak, selagi boleh muat, selagi tu asyik membeli-belah. Hahaha...

Nampak tak berjenis-jenis beg yang berlambak-lambak tu?

Saya pun nak pilih satu dompet. Nanti boleh isi duit banyak-banyak.

Huh, penat la membeli-belah ni. Duduk rehat kat sini kejap.

video
Sekarang saya teman mama beli baju. Mama tengah tawar-menawar dengan kakak penjual. Hmm... kenapa akak ada kerusi kecil ni? Akak bukannya boleh duduk pun. Jual kat saya, boleh? Eh, lupa pula. Cuba teka apa yang saya pegang? Itulah makhluk asing dari planet Uranus. Hahaha... bukanlah, saya pun tak tahu benda apa. Tapi saya panggil 'lampu' sebab bila saya goncang benda tu akan keluarkan lampu. Mulanya baba tak nak beli. Saya terus menangis non-stop sampai baba terpaksa beli. Harga RM 3 tapi bila baba bayar kakak yang jual tu kata "takpalah 2 ringgit saja," saya punya pasal baba sampai terlupa nak tawar.

Nampak tak kasut banyak-banyak kat belakang saya?

Banyaknya bakul... Mama, beli la satu untuk simpan barang-barang susu.

Lamanya mama pilih corak bakul. Bosan dah menunggu, susu pun dah nak habis. Saya dah letih berjalan. Perasan sesuatu tak? Shh... jangan bagitau baba. Mainan hijau yang dia baru beli tadi tu dah hilang. Saya pun tak perasan kat mana. Mungkin terjatuh kot tadi. Nasib baik baba tak perasan dah hilang.

No comments: