MARYAM: Hari ini saya hendak ke Perlis. Semalam pakcik pulang dari Kulim, jadi hari ini nak teman dia pergi ambil sijil tamat latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar. Alang-alang dah sampai Kangar, biarlah melencong sampai ke sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar. Macam biasa, Aiman tak ikut. Saya saja yang ikut. Maktok dengan pakcik ikut sama.
Oleh sebab hari Jumaat pejabat tutup pukul 12:00 tengahari, saya kena paksa bangun awal. Tapi nak melancong punya pasal, saya tak kisah. Pukul 8:00 pagi dah bergerak keluar dari Pulau Pinang. Tak sempat sarapan sebab risau kalau-kalau trafik sesak di jambatan. Tapi alhamdulillah, trafik lancar sewaktu kami sampai di jambatan.
Lebih kurang jam 9:00 pagi kami berhenti untuk sarapan di R&R Gurun arah utara. Tak tahu nak makan apa. Mama belikan saya bihun goreng. Sepinggan RM 2. Tak sedap, tapi setengah pinggan saya makan.
Kat sini yang istimewa ialah kuih tepung bungkus. Waktu kami sampai tinggal dua biji saja yang belum dijual. Laku betul. Memang sedap. Lain kali singgah beli kuih ni saja. Yang lain tak berapa sedap.
No comments:
Post a Comment