Minggu-minggu akhir 2008 sibuk dengan persiapan untuk berangkat ke Ottawa. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya permohonan untuk menyambung pelajaran diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 22 Disember 2008. Dengan kira-kira dua minggu sahaja lagi kelas akan bermula, ditambah pula dengan pelbagai jenis cuti, usaha untuk membuat persiapan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dalam satu hari perlu buat dua tiga kerja sekaligus. Pagi di Putrajaya bertemu pegawai kementerian, tengahari di Pusat Bandar Damansara mengambil pasport, petang di Health Center, UIAM Gombak untuk pemeriksaan kesihatan kementerian. Pagi mengisi borang permohonan visa yang berjela panjangnya, petang ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Jalan Duta untuk matikan setem perjanjian cuti belajar dan singgah pula di bank untuk buat cek bagi permohonan visa. Pagi ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur menghantar borang permohonan visa. Kemudian bersedia untuk pemeriksaan kesihatan Suruhanjaya Tinggi Kanada di Klinik Qualitas di Bukit Nanas, kemudian berkejar ke Daya X-ray di Wisma PKNS.
Selepas ini perlu ke Putrajaya semula untuk menghantar surat perjanjian cuti belajar dan borang pemeriksaan kesihatan. Perlu menunggu pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada panggil untuk serahan pasport. Kemudian tempah tiket penerbangan. Banyak betul perkara yang perlu dilakukan. Oleh itu, bagi sahabat-sahabat yang menghantar sms atau e-mel yang tidak berbalas, harap maaf. Nanti bila banyak masa lapang akan dibalas, insya-Allah.
2 comments:
terima kasih kepada isteri tercinta anda sebab teman pergi semua tempat...hehehe....
gonna miss u sayang ......
sayang isteri tingal-tingalkan..ye dak? hahahahahah bila kiranya berangkat? boleh bawak lembu jumpa tuan. btw, ahli2 jamaah berpakat nak tukaq tayar pasai lembu byk berkorban kat persatuan. nak tukaq Winter tire, skrg dah abis.. jadik kami tukaq tayar all-season saja. tp kami option 2nd hand pasai yg baru harga beribu dolar. sekian, makluman dr sini
Post a Comment