Saturday, January 31, 2009

Mood bercuti

Sejak sampai di Penang, belum pernah hujan. Cuaca amat panas. Ramalan cuaca juga asyik beritahu Penang cuaca cerah. Jangan kata hujan, mendung jauh sekali. Kawasan Seberang Perai selalu hujan, tapi hujan tak lepas Jambatan Pulau Pinang. Kadang-kadang panas agak membahang, sampai pening kepala. Maklumlah dikelilingi laut. Kena banyak minum air.

Kebelakangan ini banyak juga isu yang timbul. Keganasan di Ghazzah sehingga menggemparkan Forum Ekonomi Dunia di Davos, isu boikot, keriuhan politik tanahair, dan macam-macam lagilah. Mungkin disebabkan masih dalam tempoh bercuti, maka peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk berseronok bersama keluarga. Di kampung juga ada isu yang timbul, daripada isu perbalahan hak ahli Koperasi Tunas Muda dengan melawan segelintir ahli Lembaga Pengarah, sehingga kepada persengketaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J.K.K.K.) dengan J.K.K.K. Persekutuan. Almaklumlah Penang sekarang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Tetapi seperti yang disebutkan tadi, apabila bercuti dengan keluarga mood banyak berubah. Rasa seperti malas hendak melibatkan diri dengan perkara-perkara lain. Kita enjoy! Yang penting, kita berbuat baik dengan semua orang. Beri peluang pihak-pihak bertelagah menyuarakan pendapat. Jangan jadikan diri batu api, cubalah untuk menjadi pendamai dengan cara diplomasi yang penuh hikmah.

Mandi swimming pula...

Dua hari lepas dah letak gambar Maryam dan Aiman swimming kolam. Oleh kerana baru tahu macam mana nak letak video, kali ni letak klip video Maryam dengan Aiman mandi. Maryam dah terjun dalam air tak nak pakai apa pun. Aiman pula dah boleh panjat dinding kolam dan berdiri, walaupun beberapa kali terjatuh dalam air.


Seronoknya mandi!


Aiman yang berpaut dekat dinding kolam.

Lepas mandi, Aiman menangis nak susu. Jadi bagi Aiman minum susu dulu. Maryam apa lagi, terus rampas botol susu, bawa lari bantal pergi baring dekat pintu rumah.

"Sesiapa yang ingin keluar dari rumah ini mesti lepasi saya dulu.
Dalam erti kata lain, mesti bawa saya keluar sama."

Belalang Oh Belalang

Kat kampung macam-macam ada. Kalau dua hari lepas Maryam dengan Aiman mandi kolam dengan ikan dan udang, hari ini ada belalang kunyit besar. Maktok simpan dalam balang. Boleh cucu-cucu tengok.

Tapi bila cucu-cucu bertindak agresif, habis penutup balang hancur. Sang belalang pun bebas lari keluar.



Aiman sedang mengejar balang yang sudah kosong, sementara Maryam sudah lari ketakutan sambil menangis sebab belalang sudah keluar. Maktok datang tangkap belalang, letak semula dalam balang.



Maryam yang tak puas hati terus ambil balang hempas-hempas ke lantai. Belalang pun bebas buat kali kedua. Dah sedia nak lari untuk menikmati kebebasan, tiba-tiba Maryam capai kapal mainan sambil jerit-jerit dan hempok atas belalang. Tamatlah riwayat sang belalang. Aiman pula berebut nak tangkap belalang yang sudah mati...

Nasi Ayam KFC dan Yogurt Epal-Aloe Vera

Sabtu. Pagi ini keluar ke Pasaraya Giant Bayan Baru untuk beli susu dan barang-barang. Sarapan di Restoran Nasi Kandar Pelita, tetapi tak makan nasi kandar, cuma makan roti. Selesai beli barang, terus ke gerai Makcik Zaharah dekat simpang Flat TNB, belakang padang Sekolah Kebangsaan Sungai Ara untuk ambil nasi tomato. Semalam sudah tempah nasi tomato untuk enam orang. Makcik Zaharah memang pandai masak sejak dulu lagi. Cuma gerainya kecil. Sejak dulu memang setiap kali hari raya tiba, keluarga akan pesan juadah istimewa darinya. Setiap hari Sabtu dia akan masak nasi special untuk tempahan dari kilang-kilang di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas. Jadi alang-alang dah dia masak nasi special, biasanya minta dia buat lebih sedikit untuk kami sekeluarga.

Sampai rumah, Maryam dah sedia untuk makan. Tolak bangku dekat meja kopi, lepas tu duduk. Pagi ni dia makan nasi ayam KFC. Aiman pula makan yogurt epal dengan aloe vera, dapat percuma dekat Giant tadi.

Tolak bangku dekat meja.

Tunggu makanan siap.

Makan!

Masamnya. Apa benda yang mama suap ni...?

Masam-masam pun nak lagi!

Panjat meja.

Dah berdiri.

Aiman mengintai yogurt. "Sesiapa pun tidak dibenarkan makan tanpa mengajak saya."

Friday, January 30, 2009

Pasar Malam Sungai Ara

Malam ini ada pasar malam di kampung. Dari sebelah rumah, dekat Balairaya Sungai Ara sampai ke Surau Kampung Jalan Tengah. Macam-macam ada. Ingatkan nak ambil gambar dan pos kat sini, tetapi ada orang kata pasar malam lebih kurang sama saja kat mana-mana pun.

Lepas Solat Maghrib di surau, terus berjalan di pasar. Malam ini beli kuih karipap, keria dengan bengkang ubi kayu kat makcik biasa. Makcik ni memang dah lama jual kuih, dari zaman sekolah rendah sampai sekarang. Datang lambat tapi balik awal sebab kuih dia memang laku sangat-sangat. Orang sanggup tunggu dan berebut beli kuih dia. Lepas tu beli pizza. Beratur panjang. Ramai peminat pizza. Ala, pizza pasar malam sahaja.

Kemudian beli char koay (orang sini sebut pak tongko), pun kena tunggu juga. Kalau nak beli makanan yang sedap-sedap memang kena tunggu. Ada juga gerai lain yang jual char koay, tapi berlonggok saja, mungkin kurang sedap.

Laksa Ibrahim sebungkus RM 2:00 memang sedap. Boleh bagi A+. Nak setanding dengan laksa pokok gajus kat Balik Pulau. Beli kat pasar malam senang tak payah susah payah ke Balik Pulau dan beratur panjang. Cendol dengan air tebu pun layan... Lempeng umbut kelapa pun ada. Makan dengan kari ikan. RM 1:00 sekeping.

Balik rumah makan sambil tengok tv. Best kalau ada rumah kat sebelah pasar malam. Meriah. Lepas beli boleh terus makan, tak payah nak drive cari parking dan balik rumah. Misteri Nusantara. Macam mengarut saja. Tangkap jin guna telur. Hahaha...

Tidurlah Anakku...

Seorang jejaka yang keletihan bermain air sedang tidur nyenyak...

Lepas Mandi

The aftermath. Maryam lepas mandi cakap, "Nak mandi lagi." Terus lari keluar ke kolam, dah angkat satu kaki nak masuk kolam. Kena paksa masuk rumah. Pujuk pakai tudung.

Muka masam sebab tak boleh main ubat-ubatan Aiman.

Duduk dekat kotak ubat baru muka happy.

Aiman baru lepas kena ubat.

Jari tak lepas nak masuk mulut.

Another pose.

One more. Ni dah nak berdiri dekat sofa.

And another. Dah berjaya berdiri.

Swimming lagi!!

Maryam dan Aiman swimming lagi kat rumah tokwan. 4:45 petang, kira-kira nak masuk waktu Asar. Cuma hari ni takde ikan-ikan dengan udang kat dalam kolam.

Seronok!

Anak dara mandi. Abang-abang jiran sebelah tengah intai kat sebalik pokok pagar.

Kali ni Aiman kena pakai baju sebab dia cepat sejuk. Selesema sikit.

Maryam tembak pistol air. Habis semua basah.
Punyalah eager nak mandi, hari ni tak sempat pakai apa-apa dah terjun kolam.

Oh, minggu lepas lupa nak post gambar-gambar yang diambil oleh Maryam.

Gambar botak kesayangan. Ketiak botak dah terkoyak kat Penang, habis keluar isi.

Ada gaya jurugambar professional?

"Nak makan!"

Dua-dua makin gelap. Kat Penang, hari-hari main lari-lari kat kampung. Aktif. Pukul 8:00 malam dah tidur. Tadi, Maryam tolak bangku kecil ke meja kopi kat ruang tamu. Kemudian dia duduk dan cakap: "Nak makan." Maktok tanya, "Nak makan apa?" Maryam jawab, "Makan nasi."

Mama dia pun kena buat spaghetti sekejap.

Dah habis makan, mama tanya, "Mari makan roti." Maryam balas, "Nak aiskrim..."

Aiman pun nak makan juga!!!

Hari ini Aiman berjaya habiskan sebiji roti High5,
itupun setelah makan sup karot dua biji untuk tengahari tadi. Go Aiman!

Konspirasi Jahat?

Solat Jumaat di Masjid Al-Huda, Sungai Ara. Khutbah berkisar tentang pakatan jahat Yahudi dan Nasrani yang memusuhi Islam. Konspirasi teliti ini dijalankan untuk menyelewengkan umat Islam daripada ajaran Islam yang tulen, di samping menghalang kemajuan ilmu dan teknologi di negara-negara Islam. Kekejaman Zionis di Gaza menunjukkan betapa darah umat Islam begitu murah untuk ditumpahkan, seolah-olah tiada harga langsung. Malang sekali masih belum ada pembelaan daripada umat Islam itu sendiri. Justeru, umat Islam disarankan untuk memastikan aqidah mereka benar-benar mantap untuk menghadapi ancaman musuh.

Hmm... nampaknya masih ramai di kalangan umat Islam yang menganggap permasalahan yang melanda dunia adalah disebabkan konspirasi jahat Yahudi dan Nasrani. Biarpun tuduhan ini masih boleh diragui, jika ia benar sekalipun rasanya ancaman luaran ini bukan faktor sebenar yang mengakibatkan umat Islam dilanda seribu satu masalah. Dahulu kita pernah menjadi kuat dan memerintah dunia dan memakmurkan segenap penjuru alam dengan keadilan Islam, malangnya kelalaian kita sendiri yang menyebabkan musuh dapat mengambil kesempatan ke atas kita. Sudah tiba masanya kita menuding jari ke muka sendiri dan membuat muhasabah, jangan asyik menyalahkan orang lain.

Thursday, January 29, 2009

Swimming!

Petang makan laksa. Beli dekat van depan sekolah rendah. Layan juga laksa van ni, not bad. Bolehlah bagi B+. Maryam dan Aiman mandi kolam yang beli tadi.

Maryam tendang air

Raksasa angkat bot dan kapal

Ada udang lagi kat dalam kolam air

Aiman pun mandi. Kapal beli dah tenggelam karam kat dasar kolam

Maryam cuba nak tangkap udang dengan ikan-ikan yang ada kat dalam kolam.
Udang dengan ikan hidup, bukan tipu punya

Maryam dengan Aiman

Maryam ajak Pak Ngah mandi sekali

Maryam sudah kesejukan mandi lama sangat, kecut jari jemari

Maryam swimming kat rumah tok wan sambil tengok aeroplane

From Ayer Hitam to Bayan Bay

Sudah seminggu di Pulau Pinang. Cuaca panas, tiada hujan langsung sejak seminggu yang lalu. Hari ini cadangan asal ingin ke Bukit Bendera. Cuti Tahun Baru Cina sudah habis, jadi kemungkinan tidak ramai ke sana pada waktu ini. Namun jangkaan tersebut meleset. Kira-kira pukul 10:00 pagi tatkala sampai di Stesen Bawah Bukit Bendera, kaunter tiket sesak dengan barisan panjang sehingga ke pintu pagar stesen. Situasi normal ketika musim cuti sekolah. Mungkin pukul 3:00 petang baru dapat naik keretapi ke atas.

Tukar rancangan. Daripada kaki Bukit Bendera, terus ke Jalan Masjid Negeri menghala ke arah Lebuhraya Pantai. Selatan ke Queensbay Mall. Makan di Restoran Kapitan cawangan Queensbay Mall. Kemudian bersiar-siar di Queensbay Mall. Beli barang-barang mainan di Toys R' us, termasuk kolam kecil untuk Maryam dan Aiman mandi.

Bukit Bendera perlu tunggu. Mungkin minggu depan setelah tamat cuti persekolahan sempena Tahun Baru Cina, dan selepas Hari Wilayah Persekutuan.

Tuesday, January 27, 2009

Beriyani Hameediyah Cawangan Relau

Hari ini, untuk makan tengahari kami sepakat untuk beli nasi beriyani Restoran Hameediyah. Restoran ini dah berusia lebih 100 tahun. Dah dekat 100 tahun baru pengurusan restoran bersetuju untuk buka cawangan. Jika tidak, kena turun Tanjung dekat Campbell Street untuk menikmati juadah restoran ini. Kiranya sejak zaman my grandma muda-muda memang favorite family kitorang untuk makan nasi beriyani Hameediyah. Biarpun restoran asal dekat Campbell Street tu sempit dan ramai orang, ayam ros dengan daging masala sini tiada tandingan.

Jadi tengahari tu kami pergi ke cawangan Hameediyah di depan Sekolah Seri Relau. Dekat saja dengan Sungai Ara, tidak perlu ke Tanjung. Cawangan di sini tidak berapa ramai, mungkin sebab lokasi kurang strategik dan masih baru. Kualiti makanan ada sedikit perbezaan dengan Campbell Street, tapi tak kisahlah sebab dekat. Terbaca iklan, rupa-rupanya dah buka satu lagi cawangan baru di Putrajaya, dekat Diplomatic Enclave. Balik Kuala Lumpur mesti nak kena cari.

Sarapan di Taman Tun Sardon

Selasa. Hari kedua Tahun Baru Cina. Hari ini satu keluarga berazam untuk stay-up lepas Subuh. Tujuannya ialah untuk bersarapan di Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor. Tempat persinggahan wajib setiap kali pulang ke Pulau Pinang. Sebelah Kompleks Pasar dan Balai Rakyat Taman Tun Sardon, terletak deretan gerai kecil yang banyak. Kebanyakannya mula beroperasi awal pagi, selesai Solat Subuh. Jadi memang kena datang awal. Macam-macam ada di sini. Roti canai, roti jala, nasi lemak, nasi tomato, nasi kandar, kuih-muih dan lain-lain. Cuma perlu layan diri sebab ramai. Untuk minuman sahaja pelayan akan datang ambil pesanan.

Balik singgah sebentar di rumah emak saudara di Flat Taman Tun Sardon.

Sunday, January 25, 2009

Gaza, Hajarul Aswad dan Politik Tanahair

Sewaktu berada di hospital, jiran sebilik adalah dari bangsa Cina. Asal Ipoh. Menjalani rawatan fisioterapi kerana ada disc tulang belakang yang lari. Akibat kerja kuat. Sememangnya bangsa Cina terkenal dengan semangat untuk kerja kuat.

Pada suatu malam, dia melontarkan rasa kasihannya pada penduduk Gaza yang disembelih oleh rejim Zionis. Apakah kesalahan besar yang dibuat mereka sehingga negeri mereka diserang habis-habisan? Itu yang menghairankannya. Katanya lagi, sehingga kini dia masih belum jelas kenapa bumi Palestin sering dilanda konflik yang berterusan sejak sekian lamanya.

Tampak jelas kekejaman rejim Zionis sehinggakan individu-individu bukan Islam turut bersimpati dengan Gaza. Sejarah penubuhan negara haram Israel menyaksikan tanah milik rakyat Palestin dirampas. Hak mereka untuk hidup makmur dan berdaulat dinafikan. Rumah-rumah mereka dirobohkan. Kegiatan ekonomi mereka disekat. Orang-orang tersayang dibunuh. Apabila kesemua ini berlaku, apa lagi yang ada pada kehidupan? Kata rejim Zionis, mereka ingin melindungi rakyat mereka daripada keganasan Hamas. Namun, mereka lupa bahawa konflik tercetus akibat tindakan mereka sendiri. Apabila rumah dan keluarga tersayang hilang dari pandangan mata akibat dirampas dan dibunuh dengan zalim, pastinya dendam membara. Manusia sanggup berbuat apa saja demi mempertahankan tanahair dan membela orang-orang tersayang. Serangan demi serangan ke atas Gaza hanya akan menyemarakkan lagi bibit permusuhan yang sedia ada. Peluang untuk keamanan semakin tipis, dan pemulihan pastinya perlu mengambil lebih dari satu generasi.

Pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan. Apa istimewanya Palestin sehingga menjadi rebutan? Siapa pula yang memerintah di sana? Satu persatu persoalan dijawab sebaik mungkin. Menyingkap bagaimana Jerusalem menjadi istimewa di hati tiga agama besar: Yahudi, Kristian dan Islam. Menyusuri sirah penjajahan Rom dan pembukaan Jerusalem pada zaman Khalifah 'Umar ibn al-Khattab radiyallahu 'anhu, diikuti peperangan Salib dan pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi, sehingga kepada kejatuhan Turki 'Uthmaniyyah dan perang 1948.

Katanya, baru sekarang jelas kepadanya kenapa konflik ini berlaku. Kemudian ada juga beberapa persoalan lain mengenai Islam yang ditanyakan. Makkah. Batu hitam di Kaabah, apakah umat Islam menyembahnya. Ada juga isu politik tanahair yang disentuhnya. Maklum sajalah, esok pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Katanya, sebagai rakyat Malaysia, dia tidak kisah siapa yang memerintah. Yang penting, boleh cari makan dengan aman. Persepsi tipikal bangsa Cina sejak dahulu. Buat apa gaduh-gaduh, yang penting boleh sama-sama cari makan dengan baik. Persoalan mengenai Islam dan Palestin yang dilontarkannya, mungkin menunjukkan umat Islam di Malaysia masih kurang berdakwah kepada rakan senegara dari agama lain. Tidak hairanlah apabila media massa negara lebih banyak memainkan isu politik daripada memberi kefahaman tentang Islam.

Friday, January 23, 2009

Denggi dan Ottawa

Selesai sudah bab denggi. Alhamdulillah. Setelah lapan hari berada di wad 381 Damansara Specialist Hospital (DSH), akhirnya platlet darah mula meningkat. Perjalanan untuk menuntut ilmu di Ottawa terganggu. Begini kisahnya...

Mengikut jadual asal, penerbangan ke Ottawa telah ditempah pada 17 Januari 2009 dengan agen Triways. Penerbangan MAS dari KLIA ke London ialah pada 11:55 malam. Dari London ke Ottawa dengan Air Canada dan dijangka tiba pada 18 Januari 2009 jam 3:45 petang waktu tempatan. Segala persiapan sudah dibuat.

16 Januari 2009 sebelah malam tiba-tiba diserang demam, ditambah dengan sakit sendi melampau yang mengganggu tidur. Ingatkan demam biasa. Jadi sekadar ambil panadol. Dua biji setiap enam jam. Sehingga 1 petang keesokan harinya demam semakin teruk. Badan terasa sejuk yang amat sehingga menggigil, padahal suhu di termometer sudah 40.9 celcius. Atas nasihat keluarga, buat ujian darah di DSH. Sejam kemudian keputusan diterima, dan doktor mengesahkan denggi. Lantas surat larangan daripada berangkat ke Ottawa dikeluarkan. Last minute terpaksa cancel flight dan segala-galanya. Tinggal di wad selama lapan hari. Setiap pagi terpaksa buat ujian darah. Sehingga hari kelapan barulah platlet stabil.

Demam sudah hilang pada hari kedua, tetapi kata doktor waktu itulah ramai pesakit menyangka mereka telah sihat kerana demam sudah tiada, sedangkan virus denggi masih mengurangkan kandungan platlet darah. Denggi tiada ubat. Doktor sekadar boleh bantu memberi keselesaan. Kurangkan demam, loya, muntah, sengal dan lain-lain. Alhamdulillah selera sekadar hilang pada hari pertama sahaja. Air perlu minum dengan banyak. Untuk mengelakkan darah dari membeku.

Hari ketujuh ruam-ruam merah mula memenuhi badan. Ditambah dengan rasa gatal di kawasan sendi di tangan dan kaki sehingga menyeksa tidur. Oleh kerana ubat gatal pemberian doktor kurang berkesan, kapur disapu di kawasan gatal. Sejuk, tapi sekurang-kurangnya boleh tidur dengan aman seketika.

Pada hari ketujuh platlet turun sehingga 101, pada hari kelapan baru stabil dan meningkat ke 144. Akhirnya dibenarkan keluar oleh doktor. Selepas semalaman berehat di Kuala Lumpur, pulang untuk bercuti rehat di Pulau Pinang.

Wednesday, January 07, 2009

Aiman sudah mula merangkak

Hari ini Aiman sudah mula merangkak.

"Assalamu'alaykum!" Maryam kat sini. Cantik.

Baju tempahan sudah siap. Kain dari Jakarta, tempahan di Johor Baharu.

Big girl on high heels...


"Fashion!!"
Maryam
1 year 8 month 10 days
"Nak lee-ken (I want chicken)."

Saturday, January 03, 2009

8 month 18 days

Aiman is able to sit now.

* * * * *
"I'm a big boy now... all of you better watch out!"

Aiman
8 month 18 days
11 kg and still growing...

Friday, January 02, 2009

Gerai Arab di Hartamas Square

Malam dinner kat Hartamas Square Food Court. Gerai jual makanan Arab. Semua ada kecuali anak-anak kecil dengan maid. Papa and mama belanja. Esok nak kena angkut barang pindah dari Shah Alam ke Taman Tun Dr Ismail dan Sungai Buloh.

Makanan best. Kira lebih kurang setaraf dengan Sahara Tent. Lamb shawarma memang sedap. Lagi satu sini ada garlic sauce, Sahara Tent takde. Teringat kenangan kat Ottawa. Takde garlic sauce tak sah makan makanan Arab.

Cuma suasana saja kurang selesa, tak macam Sahara Tent. Air minuman pun tak sedap. Mungkin sebab tu harga lebih rendah berbanding Sahara Tent. Yang penting, dekat dengan Taman Tun...

Kuala Lumpur-Gombak-Putrajaya

Another busy day...

Pagi-pagi lagi sudah berkejar ke Klinik Daya X-ray di Jalan Raja Laut ambil laporan x-ray. Terus ke Health Center, UIAM untuk melengkapkan medical examination report. Kemudian singgah di MSD, UIAM untuk ambil borang-borang dan surat perjanjian berkaitan study leave. Terus pula ke Putrajaya untuk menghantar surat perjanjian biasiswa di Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi. Lunch di Nando's dekat Medan Selera Putra. Solat Jumaat di Masjid Putra. Khutbah mengenai kewajiban membantu saudara di Palestin. Selesai solat diadakan pula solat hajat untuk keselamatan Palestin. Biarpun kaedah pelaksanaan solat hajat itu sendiri tertakluk kepada pertikaian, namun sekurang-kurangnya mereka ada kesedaran untuk membantu rakyat Palestin, tidak seperti sebuah masjid di Kuala Lumpur yang berterusan seperti tidak peduli akan isu semasa. Menurut sumber yang dipercayai, khutbah di masjid tersebut menyentuh isu hijrah, maklum sahajalah kita berada di ambang tahun baru hijrah.

Mungkin disebabkan kurangnya pendedahan terhadap amalan Sunnah, masyarakat lupa kepada Qunut Nazilah. Biarpun semangat untuk membantu Palestin membuak-buak, sepatutnya cara dan kaedah memberi bantuan juga perlu selari dengan ajaran Sunnah. Penerangan ringkas mengenai Qunut Nazilah ada di blog Abu Usamah:


Ya Allah! Peliharalah saudara-saudara kami yang dizalimi di Palestin!