Monday, December 01, 2008

SLAB UIAM 23/11-2/12/2008

Selesai IEEP di Port Dickson, bermula pula satu lagi program yang penulis perlu hadir. Kursus Research Methodology di bawah Skim Lantujan Akademik Bumiputera atau SLAB yang merupakan satu kursus wajib bagi staf akademik kerajaan yang memohon biasiswa kerajaan untuk menyambung pelajaran. SLAB kali ini diadakan di universiti sahaja (alhamdulillah, penat banyak-banyak travel ni) dari 25/11 sehingga 2/12. SLAB dipenuhi dengan pelbagai ceramah dan perbincangan pelbagai topik yang berkaitan dengan penyediaan kajian tesis. Ada yang best, ada yang boring. Tetapi disebabkan ia wajib maka penulis hadir sahajalah dengan harapan mungkin ada slot-slot yang dapat memberi pengetahuan baru (hehehe, sewaktu nak buat masters dulu penulis ponteng sahaja kursus SLAB, ini disebabkan SLAB langsung tidak bermanfaat buat mereka yang akan study masters bu coursework only. So, apahal nak pergi buang masa sampai tujuh hari dengar benda tak bermanfaat. Lagi pula time tu otak masih gila-gila so berani la ponteng. Situasi kali ini berbeza disebabkan pengajian PhD ada bahagian kajian tesis, jadi eloklah pergi).

Sewaktu program tersebut penulis berjumpa ramai kawan baru, dan ada juga topik-topik menarik yang boleh dikongsi bersama. Ada seorang pensyarah dari KENMS ingin buat kajian mengenai kemampanan dan keteguhan sistem kewangan Islam terhadap gangguan krisis kewangan. Cuma masalahnya beliau belum dapat memikirkan instrumen yang sesuai untuk dijadikan kayu ukur tahap kekuatan sistem kewangan Islam. Penulis mencadangkan beberapa instrumen seperti jumlah untung perbankan Islam dan jumlah NPLs yang mungkin sesuai. Ada seorang pensyarah dari Fakulti Undang-undang UM nak buat kajian menarik. Kajian mengenai keperluan dan kaedah untuk memasukkan "good faith" dalam kontrak di Malaysia. Bagaimana hendak terangkan tajuk ini? Lebih kurang beginilah. Menurut beliau, di Malaysia tiada peruntukan "good faith" dalam undang-undang. Tidak seperti negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan lain-lain. Mungkin disebabkan kita terlalu mengikut common law yang merupakan legasi penjajah British. Peruntukan "good faith" ni lebih kurang begini. Kalau kita beli baju dari supermarket, tiba-tiba balik rumah kita dapati baju tersebut rosak, maka kita sepatutnya ada hak untuk pulangkan baju dan terima wang kita. Kiranya penjual apabila menjual barangan mesti ada niat baik agar barang tersebut benar-benar memberi manfaat kepada pembeli. Kalau penjual ada niat menipu dan cuba melindungi kerosakan pada barang yang dijual, dia boleh didakwa. Sangatlah baik jika peruntukan ini ada di Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

salam boleh tanye tak?kalo kita nak amik kursus slab ni kite leh amik je kat memane universiti ke?saya bond ngan ukm so leh tak amik kursus slab ni ngan u len?

Seri Negara said...

salam. kebiasaannya pihak pentadbir universiti akan minta kita buat SLAB dengan universiti sendiri, melainkan jika kita kesuntukan masa untuk pergi sambung belajar, maka kita boleh mendaftar untuk kursus SLAB yang paling cepat di mana-mana universiti.