Tiba di Taman Haji Da, Kuala Terengganu lebih kurang pukul 4:00 petang. Ucapan takziah disampaikan kepada ahli keluarga si mati yang berada di rumah. Penulis dan keluarga dijamu dengan keropok lekor dan minuman sejuk sebagai menyambut tetamu yang datang dari jauh. Setelah meluangkan kira-kira sejam di Kuala Terengganu, kami mula meneruskan perjalanan ke arah utara menuju destinasi seterusnya - Kota Bharu. Kali ini melalui jalan pantai pula (Federal Route #3685, Federal Route #3 di Kuala Terengganu bertukar arah menjadi jalan pedalaman).
Lebih kurang pukul 8:00 malam sampai di Kota Bharu. Terus ke Restoran Miria untuk makan malam. Terdapat pelbagai jenis menu di sini. Ruang makan mungkin kurang selesa disebabkan susun atur meja yang agak sesak dan pelanggan yang ramai. Tidak mengapa, kerana ramai pelanggan itu petanda sedap. Kebersihan pula tidak memuaskan jika standard Kuala Lumpur diguna pakai, tetapi jika menurut standard Kelantan masih agak bersih.









Selesai makan malam, kira-kira pukul 9:00 malam pulang ke rumah keluarga di Jalan Bayam. Kenyang dan penat. Badan perlu rehat setelah lebih 12 jam memandu dari Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi.
No comments:
Post a Comment