Hari ini semua sudah bersedia untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Pagi selesai mengemas barang, terus ke Pasar Kubang Pasu, beli kuih-muih untuk sarapan pagi. Kemudian dari sana terus ke Jalan Che Su, singgah sarapan di Kopitiam Khuan Heong Yan. Kalau kat tempat lain jangan haraplah kalau nak singgah makan di kopitiam Cina. Pengecualian hanya untuk Kota Bharu. Kali pertama masuk ke sini memanglah agak kekok, tetapi apabila melihat ramai sahaja orang Melayu yang turut makan, akhirnya rasa biasa. Bukti integrasi kaum lebih berjaya di Kelantan berbanding tempat lain.


Bila perut dah kenyang, penulis dan keluarga mula bergerak meninggalkan Kota Bharu melalui Jalan Kuala Krai-Gua Musang. Singgah untuk solat dan makan di R&R Gua Musang. Kemudian singgah lagi di Medan Selera Majlis Agama Islam Pahang di Raub untuk minum petang. Layanan tak mesra, ada ke patut dah pukul 5 petang belum ada masakan panas! Agaknya sebab lauk-pauk untuk nasi putih masih banyak, jadi pemilik restoran tidak mahu memulakan khidmat ala carte walaupun dah petang. Mee kari saja yang sedap. Kebersihan boleh diterima, walaupun kalau nak diikutkan perlu bersih lagi sesuai dengan imej Majlis Agama Islam Pahang. Layanan itu perlu diperbaiki lagi. Tandas pun sama.
Keluar dari terowong Genting Sempah hujan lebat. Ada banyak kemalangan di sana sini sepanjang lebuhraya menuju ke Gombak. Lega sangat bila sampai di Taman Tun Dr Ismail.
No comments:
Post a Comment