Selesai membeli-belah di pusat bandar, destinasi seterusnya ialah Pasar Gok Kapur yang terletak di jalan ke arah Pantai Cahaya Bulan. Keistimewaan pasar ini ialah jualan ikan dan hasil laut yang baru sahaja tiba di jeti dengan harga yang murah. Sangat segar.



Penulis dan keluarga memborong bekalan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur
Pasar ini mula meriah pada waktu petang, kira-kira setelah nelayan pulang dari laut. Setelah membawa pulang hasil laut yang dibeli, timbul masalah untuk membungkus dan membawa pulang ke Kuala Lumpur. Semalam sewaktu bertolak dari Kuala Lumpur tidak menyangka hendak memborong ikan, jadi tidak membawa kotak polisterin. Akhirnya penulis dan keluarga terpaksa mencari kedai hardware petang ini juga, maklum sahajalah esok ialah Hari Jumaat, hari cuti umum - kemungkinan banyak kedai yang ditutup.
No comments:
Post a Comment