Pagi ini ada ujian untuk periksa tahap kolestrol dalam darah di Sinaran Pharmacy. RM 10 seorang. Pagi-pagi lagi dah ramai orang beratur di luar farmasi. Penulis dan isteri mendapat nombor giliran 14 dan 15. Ada dua pegawai makmal yang mengambil darah sampel. Tidak perlu menunggu lama. Selesai sampel darah diambil, ada peluang untuk periksa tahap kandungan gula dalam darah pula. RM 3.50 setiap seorang. Keputusan ujian gula terus diperoleh. Tahap gula penulis ialah 5.3, masih ok walaupun sudah dekat dengan 6.0. Keputusan kolestrol perlu tunggu tiga hari. Kemungkinan Khamis sudah boleh dapat keputusan.
Untuk mendapatkan ujian yang tepat, calon dinasihatkan agar berpuasa. Jadi tidak boleh makan sebelum ujian. Habis sahaja membayar wang ujian, penulis dan isteri terus menuju ke Restoran Santai yang tidak jauh dari Sinaran Pharmacy.
pelanggan yang 'double-park' di luar restoran.
Restoran Santai terkenal dengan masakan Thai. Tetapi sebelah pagi takkan nak makan tomyam. Ada nasi lemak, mee, lontong dan laksa. Kuih-muih pun ada. Kebersihan restoran terjaga dengan baik. Sekiranya tidak merokok, lebih baik duduk di dalam restoran. Gaya reka bentuk restoran adalah bercirikan tradisional Melayu. Kualiti makanan dan minuman pun baik. Memang sedap.
**Keputusan ujian kolestrol diperoleh pada hari Rabu, tatkala penulis dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu. Tahap kolestrol ialah 4.6, masih di tahap ok juga.
No comments:
Post a Comment