Kali kedua ziarah ke Restoran Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru cawangan Melati Utama. Bersama rakan yang sama-sama datang pada lawatan pertama dahulu. Teringatkan kenangan buruk sewaktu pertama kali ke sini, memang tak mahu singgah lagi. Tetapi disebabkan sudah tiada idea hendak makan di mana lagi, tambahan pula eloklah beri peluang kedua kerana pada lawatan kali pertama dahulu adalah hari kedua restoran beroperasi. Pastinya banyak kelemahan. Harapnya kali ini kelemahan tersebut dapat diatasi.
Alhamdulillah, servis sudah cepat. Para pekerja pun sudah memakai uniform. Sambal pun banyak. Dua nasi lemak dengan masing-masing dua lauk tambahan tambah dua minuman, perlu bayar lebih kurang RM 28.
No comments:
Post a Comment