Petang hari ini keluar bersantai. Oleh kerana selalu sangat ke One Utama, hari ini tukar haluan ke Mutiara Damansara. Pada asalnya hendak makan di IKEA, tetapi ramai sangat orang. Tukar plan ke IKANO.
Di IKANO pun ada banyak kedai makan. Last-last sebab tak pasti hendak ke mana, makan sahaja di The Manhattan Fish Market di tingkat bawah IKANO. Seafood. Kami pesan dua main course dan satu kid's course untuk Maryam. Aiman belum sampai masa lagi untuk makan. Bottomless ice lemon tea, sebab tu pesan satu saja. Kongsi empat beranak. Tambah dua side dish, cendawan goreng dan sup cendawan. Semua lebih kurang RM 70. Potongan ikan grill atau fillet nampak kecil, tetapi bila makan baru tahu sebenarnya ia besar dan memenuhi perut. Restoran macam ni memang bersih dan suasana selesa. Layanan pun mesra, mungkin sebab tak berapa ramai pelanggan sangat. Sampai ada seorang waitress tu tak habis-habis mengurat Aiman!
No comments:
Post a Comment